6.12.09

Sedang Dilamun Cinta



Lautan mana yang tidak pernah bergelora.

Perhubungan dan cinta juga kadang-kadang dilanda sengketa.

Selesaikanlah segala perselisihan agar cinta kembali bersemarak.

Sedangkang lidah lagi tergigit…


Ini barangkali boleh membantu:

  1. Bersikap jujur setiap masa.
  2. Berkata benar.
  3. Bersangka baik kepada pasangan.
  4. Jika perlu, cubalah untuk mengakui kebaikan pasangan.
  5. Beritahu dengan jelas kepada pasangan apa yang tidak disukai.
  6. Bercakaplah secara berhemah dan waras.
  7. Dengarlah dengan sabar dan perihatin.
  8. Pamerkan kemesraan..
  9. Terimalah kesilapan sendiri. Akuilah jika membuat kesilapan.
  10. Beritahu apa yang diperlukan. Bersabarlah menanti.
  11. Ucapkan kata “maaf”.
  12. Ucapkan kata “terima kasih”.
  13. Bersyukurlah.
  14. Belajarlah menghormati keperihatinan, kebaikan, budibicara dan timbangrasa pasangan..
  15. Belajar untuk memahami dan menghargai ‘kesepian’ ketika berjauhan.
  16. Lakukan sebaik-baiknya untuk membantu.
  17. Walaupun sentiasa bersikap baik, jangan lupa, kita manusia biasa dan cenderung melakukan kesilapan.


dan banyak lagi....

20 comments:

  1. mantan,

    18. Fahamilah hati dan perasaan pasangan.

    ReplyDelete
  2. mantan,
    cinta itu terlalu unik, kadangkala ia sukar untuk ditafsirkan...

    ReplyDelete
  3. salam mantan,
    19. semaikan rasa cinta yang tak berbelah bagi dan sentiasa percaya pada pasangan, biarpun badai datang melanda...

    ReplyDelete
  4. puterizz,
    Lakukan yang terbaik untuk terus menyemarakkan rasa cinta.

    ReplyDelete
  5. mek manja,
    Unik dan juga subjektif. Sukar ditafsirkan.

    ReplyDelete
  6. scorpion,
    Kadang-kadang badai yang melanda datang tanpa diduga dalam pelbagai cara. Anggaplah itu sebagai cabaran, ujian yang akan menambahkan kematangan bagi menyemarakkan rasa cinta. Cuma dibimbangi jika terlalu kerap badai yang melanda nanti akan terhakis juga istana cinta.

    ReplyDelete
  7. lagi hebat cinta sebenarnya lagi banyak cabarannye.. itu satu conclusion saya melalui cerita2 dari filem hindi spt film Mann dan film melayu Nurkasih.. kalau betul2 dah cinta semua mesti sanggup hi.hi dok gitu ?

    ReplyDelete
  8. Rosnah,
    Kalau betul2 dah cinta, semua sanggup belaka.

    ReplyDelete
  9. salam mantan,

    Benar apa yg mantan nyatakan itu. Kalaulah setiap pasangan itu lebih memahami. Insya Allah rumah tangga aman damai.

    ReplyDelete
  10. IP,
    Semua orang dambakan kebahagiaan...

    ReplyDelete
  11. eiza,
    Yang baik, jadikan teladan...Yang buruk jadikan sempadan...

    ReplyDelete
  12. salam mantan....

    wahh tajuk nyee sedang di lamun cinta... ingat kan mantan di lamun cinta...he.

    betul kata mantan... dlm hubungan perlu ada sikap yg begitu... utk menambahkan lagi rasa kasih dan sayang...


    p/s- gambar kat atas tue... gambar kekasih kk... nanti kk jeles lak...hehe...

    ReplyDelete
  13. salam..

    dh lama xmasuk sini semenjak balik kg..

    dr love pon boleh mantan ni ye..hhe

    ReplyDelete
  14. shantekkknye blog ni, aku suke header atas tu...

    cinta? erm... mcm2 ttg cinta ni, letih klu nk membahaskannye... hehe

    ReplyDelete
  15. cinta,
    terlalu mudah ianya diungkapkan...
    tapi adakah ungkapan itu
    disulami dengan seribu pengertian...
    rimas dan lemas di dalam persoalan,
    kerna hanya aku yang mendambakan
    tapi...
    kau bak salju tanpa perasaan
    pasrahkah aku,
    tewaskah aku,
    atau perlu ku terus berjuang...
    demi menagih cinta sejati


    (amacam mantan ok tak sajak dari saya?)

    ReplyDelete
  16. Zai,
    cantik gambar PH tu - dari rumah kecil ke blog mantan.

    Mantan memang setiap detik dilamun "cinta".

    ReplyDelete
  17. n@m@n,
    tq singgah.

    Boleh saja...

    Cinta juga sebahagian warna-warna kehidupan...

    ReplyDelete
  18. Teja,

    Akan tetap ada "cinta" yang mewarnai kehidupan kita.

    ReplyDelete
  19. izakhairi,

    ok lah tu. cantik. Puisi yang indah terungkap dan terpancar dari hati yang ikhlas.

    iza, ini secebis puisi:

    dalam kembara
    menjejak makna cinta
    akan tercabar teguhnya diri

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi comment di blog mantan ni!