13.1.10

Frog Jadi Kodok


Katak-katak ini cantik. Warnanya.

Di United Kingdom "FROG" amat terkenal dalam bidang pendidikan, terutamanya dalam bidang ICT. "FROG" menjadi lambang kemajuan pendidikan.

Barangkali ramai juga cerdik pandai pendidikan di negara kita sedang membuat kajian dan mengintai-intai tentang lompatan sang "KATAK". Mungkin nanti akan bertukar menjadi "KODOK".

(Apapun, katak dan kodok jika dieja secara songsang, sama saja).

                            



Mantan: Teringat lagu "Lompat Si Katak Lompat!"

26 comments:

  1. katak selalu membuat lonjakan saujana...

    ReplyDelete
  2. Katak pisang bahaya cikgu wahab, dengarnya mata boleh buta kalau terkena pancutan air kencingnya!. Lagi 1, katak x semestinya boleh melompat je, katak lembik tu siap boleh memanjat pokok kelapa...

    ReplyDelete
  3. katak kalau warna merah dan terang2 tu beracun ... tapi lagu tu tentunya mengimbau kenangan masa zaman kanak-kanak.

    ReplyDelete
  4. kata orang...
    katak juga melambangkan seseorang yang tiada pendirian...duduk dua alam...survivor..macam macam lagi...
    Wallahualam..

    ReplyDelete
  5. Mula-mula masuk pra-sekolah dulu...
    Lagu 'Katak Oh Katak' antara pelajaran yang paling awal cikgu perkenalkan...



    KATAK juga...eja dari depan atau belakang tetap KATAK!

    ReplyDelete
  6. klcitiz,
    ha ah, tengok jenis-jenis kataknya juge...

    ReplyDelete
  7. chun,
    banyak juga rupanya kebolehan sang katak ni...

    ReplyDelete
  8. IP,
    Jangan dekat dengan katak merah yg beracun tu...

    ReplyDelete
  9. hazeleyed lady,

    Macam-macam rupa dan perangai sang katak ni. Yang bertanduk pun ada...

    ReplyDelete
  10. xiiinam,

    Lompat Si Katak Lompat,
    Lompatlah Tinggi Tinggi,
    Cepatlah Adik Cepat,
    Cepatlah Bangun Pagi Pagi,

    Lompat Si Katak Lompat,
    Lompatlah Tinggi Tinggi,
    Cepatlah Adik Cepat,
    Cepatlah Bangun Pagi Pagi,

    Kalau Adik Malas Lagi,
    Malas Bangun Pagi,
    La La La La La La,
    Nanti Kita Rugi...

    Lompat Si Katak Lompat,
    Lompat Tepi Perigi ,
    Cepatlah Adik Cepat,
    Cepatlah Pergi Mengaji,

    Kalau Kita Rajin Usaha,
    Tentu Kita Berjaya,
    La La La La La La,
    Hidup Aman Bahagia....

    Kalau Adik Tidak Malas,
    Rajin Setiap Hari,
    La La La La La La,
    Tentu Usaha Jaya....

    Lompat Si Katak Lompat,
    Lompat Tepi Paya ,
    Cepatlah Adik Cepat,
    Cepatlah Pergi Belajar,

    ReplyDelete
  11. Dengar khabarnya setelah melihat di London Menteri Pelajaran kita mahu bawa 'frog' ke dalam sistem pendidikan kita...Ramai yang akan terlompat...projek datang! beban datang!

    ReplyDelete
  12. zaijb,
    comel pun katak tu, ramai yang geli...

    ReplyDelete
  13. mendewa,
    Tulah, kena sedia awal-awal, belajar macam mana katak-katak tu melompat.

    ReplyDelete
  14. teringat dulu kejar katak sebab nak bedah buat eksperimen biologi..

    ReplyDelete
  15. n@m@n,
    Masa sekolah dulu belajar sains kena bedah katak dan arnab juga.

    Masa mantan kecik2 dulu, kejar katak (anak yg kecik), tangkap buat umpan pancing ikan haruan.

    Semoga dapat berehat bersama keluarga pada cuti hujung minggu ni...

    ReplyDelete
  16. Saya paling takut dengan katak. Geli tak dapat nak cakap. Tengok pun kalau boleh tak mau. Pengalaman hitam masa kecil....

    ReplyDelete
  17. Aida,
    Takut katak ye.

    Masa saya kecik-kecik dulu suka tengok nenek saya latah kalau dia nampak katak melompat...

    ReplyDelete
  18. Kata mereka yang pernah makan katak, rasanya manis dan sedap, tetapi bukan semua jenis katak selamat di makan.Bagi kita muslim, katak tidak boleh dimakan kerana dia jenis binatang dua alam.Begitulah mengikut pendapat ulamak.

    ReplyDelete
  19. HAPPY BIRTHDAY TO YOU CIKGU...SEMOGA PANJANG UMUR...MURAH REZKI...

    ReplyDelete
  20. cikgupj,
    Saya pernah tonton di Asian Food Channel (Astro), chef masak katak!

    ReplyDelete
  21. Rosnah,
    Terima kasih atas ucapan dan doa tu.

    ReplyDelete
  22. alamak rasanya tak terlewat juga nak ucapkan....

    HAPPY BIRTHDAY !!! kat Mantan...

    Moga sentiasa di berkati oleh Allah ape yg kita lakukan....amin.

    ReplyDelete
  23. Zaijb,
    Terimakasih atas ucapan dan doa untuk mantan.....

    ReplyDelete
  24. Antara haiwan yang dilarang dibunuh dalm Islam ialah katak, haiwan lain ialah semut, lebah, dan labah-labah. maaf kalau tersalah, dah lama... ingat-ingat lupa

    ReplyDelete
  25. Orang muo,
    Islam agama syumul. Mendidik kita tentang semua perkara dalam kehidupan termasuk belas kasihan bukan sahaja kepada manusia tetapi haiwan juga.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi comment di blog mantan ni!