Banyak yang sudah berubah. Atau diubah. Kadang-kadang kita pun tak sedar bila berubah. Ubah mungkin ada kesan positif. Ada juga yang negatif.
Contoh-contohnya:
Kerepek - Cip (pisang, ubi, keladi, keledek)
Budu - Sos bilis.
Kicap - Sos soya.
Keropok - Cip ikan.
Lempeng - Penkek (Kelapa, pisang)
Agar-agar - Jeli (Kelapa)
Belacan - Pes udang.
Tempoyak - Pes Durian
Kuah - Sos (Kacang)
Air - Jus (Limau, epal, soya)
Air batu - Ais
Keropok lekor - Sosej ikan.
Barangkali dengan mengubah nama itu, jenis-jenis makanan itu tampaknya lebih komersial (Atau lebih enak?). Atau proses penyediaan makanan itu menyebabkan namanya diubah.
Mungkin nanti : ikan jeruk, ikan pekasam, cencalok, petai jeruk, jering peram dan sebagainyaa itu akan turut berubah.
Apapun, rasa enak dan bau pes udang, pes durian, pes ikan, sos bilis akan tetap kekal walaupun namanya diubah seribu kali.

supaya nmpak lebih glemer pun ye gak kot!!
ReplyDeleteain,
ReplyDeleteYe lah ain...bunyinya glamer la sikit...budu dan tempoyak tu kan sedap jugak,....apapun namanya.
mantan suka makan budu jugak ke?hehe
ReplyDeletepackaging budu pon dh berubah, ada yang dipakej dalam plastik macam yang dijual dkt mydin..tp xpenah try lagi yg tu..hehe
n@m@n
ReplyDeleteMakan je. Sedapnya budu. Kena dengan ikan bakar dan celur sayur kangkung..oooo bestnya...
Belacan (Pes udang) pun dah ada dalam bentuk serbuk kering. pack dalam botol ....canggih dah...
amat setuju bos...jenama komersial. baru le org asing paham dan mahu mencuba rasanya..
ReplyDeleteberubah mengikut peredaran zaman. Mungkin jika tiada perubahan, tiada perkembangan atau mungkin mengancam 'survival.
ReplyDeletebest gak tukar nama... macam makan kat oversea lahhh hahaha....
ReplyDeletenama2 tue sekadar daya tarikan jee... selalu kalau sedap jee yg zai beli... mmm... macam2...
Salam
ReplyDeleteApa ada pada nama? Pada saya la, yang penting ialah rasanya. Nama aje glamour tapi rasa tak da, takda apa la.
OM,
ReplyDeleteSekarang ni banyak piliha. Banyak persaingan...Kenalah tampilkan keistimewaan.
DrSam,
ReplyDeleteAmat setuju,
Untuk survival kena ubah...jika tidak mau ketinggalan... dan perubahan juga harus sepadan dengan keperluan....
Zaijb,
ReplyDeleteNama yg glamer kenalah selaras dengan keperluan-keperluan lain...