1.3.10

Syafia Humaira.

Humaira,


Titis airmataku merenung
redup matamu.
Luluh rawan pilu hatiku
mengenang.

Malang,
malangnya nasibmu.
Syaitan durja yang
menggila itu.
Meragut,
meragut segala
riang ria usiamu.

Dalam amukan syaitan,
syaitannya itu.
Dihumban usiamu ke
dalam gelap,
gelap nestapa.

Namun
Allah menyanyangimu..... Syafia Humaira 

A.Wahab Taha 02/2010

13 comments:

  1. Syaitan menyamar jadi manusia

    ReplyDelete
  2. sedih sungguh hati membaca nasib Syafia!! bila iman tiada di dada, senanglah syaitan bermaharajalela.

    Semoga roh adik Syafia bahagia di sana!!

    ReplyDelete
  3. Apabila Tuhan mahu membuka sesuatu...(contoh keburukan/kejahatan yang disembunyikan selama ini)


    Ada kalanya sesuatu perlu ditutup... (contoh kematian/ kehilangan)

    Semoga kita dijauhkan dari dugaan seperti ini...amin.

    ReplyDelete
  4. macam-macam hal sekarang yang dulunya tak terfikir akan berlaku

    mintak2 dijauhkan,amin

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum mantan

    saya setuju betul ngan komen xiiinam

    ReplyDelete
  6. Salam.
    Nilai kemanusiaan semakin menghilang, yang ada hanya nafsu binatang bertopengkan insan. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya.

    ReplyDelete
  7. salam,
    satu demi satu kisah anak kecil yang cukup menyayat hati, bilakah kesudahannya.....

    ReplyDelete
  8. siapa pula selepas ini... tiada kesudahan.

    ReplyDelete
  9. terima Kasih semua:
    ain
    xiiinam
    n@m@n
    a kl citizen
    roha
    puterizz
    zaijb
    anonymous

    Kita semua manusia, maka kita punya nilai kemanusiaan...

    ReplyDelete
  10. harapan daddy agar roh syafia tenang di sana dan ditempatkan di kalangan para solehah. Amin...

    ReplyDelete
  11. DZ, semoga begitulah.

    Ada satu kes penderaan terbaru. Kanak-kanak berusia 18 bulan mati didera suami pembantu rumah...MasyaAllah...

    ReplyDelete
  12. Dunia makin maju, manusia makin pelik. Inilah cabaran bagi guru-guru untuk mendidik supaya jiwa anak-anak kita lebih tenang menghadapi liku-liku hidup yang penuh dugaan.

    ReplyDelete
  13. Cikgu Mohamad,
    Ada juga manusa yang hanyut dalam kemajuan itu...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi comment di blog mantan ni!