Titis airmataku merenung
redup matamu.
Luluh rawan pilu hatiku
mengenang.
mengenang.
Malang,
malangnya nasibmu.
Syaitan durja yang
menggila itu.
menggila itu.
Meragut,
meragut segala
riang ria usiamu.
meragut segala
riang ria usiamu.
Dalam amukan syaitan,
syaitannya itu.
Dihumban usiamu ke
dalam gelap,
gelap nestapa.
dalam gelap,
gelap nestapa.
Namun
Allah menyanyangimu..... Syafia Humaira
A.Wahab Taha 02/2010

Syaitan menyamar jadi manusia
ReplyDeletesedih sungguh hati membaca nasib Syafia!! bila iman tiada di dada, senanglah syaitan bermaharajalela.
ReplyDeleteSemoga roh adik Syafia bahagia di sana!!
Apabila Tuhan mahu membuka sesuatu...(contoh keburukan/kejahatan yang disembunyikan selama ini)
ReplyDeleteAda kalanya sesuatu perlu ditutup... (contoh kematian/ kehilangan)
Semoga kita dijauhkan dari dugaan seperti ini...amin.
macam-macam hal sekarang yang dulunya tak terfikir akan berlaku
ReplyDeletemintak2 dijauhkan,amin
assalammualaikum mantan
ReplyDeletesaya setuju betul ngan komen xiiinam
Salam.
ReplyDeleteNilai kemanusiaan semakin menghilang, yang ada hanya nafsu binatang bertopengkan insan. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya.
salam,
ReplyDeletesatu demi satu kisah anak kecil yang cukup menyayat hati, bilakah kesudahannya.....
siapa pula selepas ini... tiada kesudahan.
ReplyDeleteterima Kasih semua:
ReplyDeleteain
xiiinam
n@m@n
a kl citizen
roha
puterizz
zaijb
anonymous
Kita semua manusia, maka kita punya nilai kemanusiaan...
harapan daddy agar roh syafia tenang di sana dan ditempatkan di kalangan para solehah. Amin...
ReplyDeleteDZ, semoga begitulah.
ReplyDeleteAda satu kes penderaan terbaru. Kanak-kanak berusia 18 bulan mati didera suami pembantu rumah...MasyaAllah...
Dunia makin maju, manusia makin pelik. Inilah cabaran bagi guru-guru untuk mendidik supaya jiwa anak-anak kita lebih tenang menghadapi liku-liku hidup yang penuh dugaan.
ReplyDeleteCikgu Mohamad,
ReplyDeleteAda juga manusa yang hanyut dalam kemajuan itu...