18.1.12

KUTERUSKAN PERJALANAN
(Catatan pada hari ulangtahun genap usia,
dengan ihsan Illahi)

Pasti waktu berlalu, kini, nanti kembali
Kuingati, kuteruskan kembara usia
Telah panjang perjalanan, puluhan kali
Sejak mula kuhirup udara ihsan Illahi
Hari ini kesekian kalinya, kembali
Menyambung memulai langkah pertama
Sang pengembara menelusuri susun waktu
Seluruhnya dalam rencana Illahi
Tiga ratus enam puluh lima hari
Bersama bumi ini kukelilingi mentari
Sambil terus kuhirup udara ihsan ini
Terus kuharungi duga nikmat kehidupan
Alhamdulillah, tulus kukenang kuterima
Segala tentu taqdir, yang sukar, yang tenang
Hari ini kusambut ulangtahun genap usiaku
Dengan IzinMu, Ya Illahi Ya Rabbi.

A.Wahab Taha
17 Januari 2012.
…………………………………………………………………….
(Jika ada yg tanya, umur berapa? Saya jawab:-
Usia saya 18 tahun ditambah dengan 43 tahun pengalaman.
Yang dikira bukan tahunnya, tetapi kehidupannya.
Hehehe… gurau aje….)

13.12.11

LAYARAN


Perairan / lautan Rompin terkenal seantero dunia kerana SAILFISH (Ikan Layaran).

Di Bandar Kuala Rompin ada replika ikan MARLIN, bukan sailfish.  Walaupun Sailfish (ikan layaran) dan ikan Marlin berbeza rupa, tetapi kedua-duanya tergolong dalam spesis BILLFISH.

5.8.11

17.2.11

BERTEMU KEMBALI....

Sudah lama blog ini tidak dikemaskini....Salam sejahtera untuk rakan-rakan blogger sekalian... Saya akan kembali mencatat pengalaman di sini.....

Kecanggihan teknologi pun ada kekangannya.  Berpindah di kediaman baru juga menjejaskan aktiviti berblogging.....

31.12.10

Welcome 2011

Sahabat-sahabat blogger

Pada tahun 2011 diharapkan kalian semua berazam membina rasa aman, bahagia, sihat, cergas, gembira, bertenaga, berjaya dan hebat dalam apa jua lapangan yang diceburi.
Sama-samalah kita berusaha semoga Allah melimpahkan RahmatNya untuk kita hidup dengan ketulusan dan pengabdian kepadaNya...

Kepelbagaian itu Kekuatan?

 

Di Malaysia  terdapat pelbagai jeis sekolah berkonsep baru yang disisipkan dalam sekolah sedia ada:

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI:
Sekolah ini mempunyai etos,watak dan identiti yang unik dan berdaya maju dalam segenap bidang pendidikan.

SEKOLAH KLUSTER:
Pusat  kecemerlangan (dalam satu kelompok sekolah) yang mengkhusus kepda niche seperti muzik, sukan, ICT, bahasa dan bidang  lain berkaitan pendidikan.

SEKOLAH BESTARI:
Institusi pembelajaran yang  secara sistematik melalui proses pembikinan semula dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (pemberatan kepada ICT) dan meaambah baik proses pengurusn sekolah.

SEKOLAH WAWASAN:
Sekolah pelbagai Aliran (SK, SJKC, SJKT) yang berkongsi kawasan dan kemudahan tetapi mengekalkan perbezaan pengurusan sekolah masing-masing.

SEKOLAH PREMIER:
Sekolah yang berusia lebih 100 tahun yang telah dipilih dan dianugerahi sebagai Sekolah Kluster ekoran kejayaan dan pencapaian akademik dan bidang  kokurikulum.

SEKOLAH PINTAR:
Kerjasama  di bawah pertanggungjawaban sosial yang digerakkan oleh syarikat pegangan kerajaan (GLC) dan perbadanan untuk menggalakkan kecemerlangan , terutamanya sekolah yang kurang berupaya di seluruh negara.

SEKOLAH AMANAH:
Sekolah yang bersama-sama diuruskan oleh pihak swasta dan awam untuk memperbaiki pencapaian sekolah dan hasilan pelajar, merentasi semua pencapaian, sosio ekonomi dan dimensi demografi.

Sesetengah pihak berpendapat bahawa kepelbagaian akan merencatkaan usaha integrasi.  Namun ada juga pihak yang berpendapat bahawa  “kepelbaagaian adalah kekuatan”.

15.12.10

About WikiLeaks


WikiLeaks is an international new media non-profit organisation that publishes submissions of otherwise unavailable documents from anonymous news sources  and news leaks. Its website, launched in 2006, is run by The Sunshine Press. Within a year of its launch, the site claimed a database that had grown to more than 1.2 million documents. The organisation has described itself as having been founded by Chinese dissidents, as well as journalists, mathematicians, and start-up company technologists from the United States, Taiwan, Europe, Australia and south Africa  Julian Assange, an Australian Internet activist is generally described as its director.

WikiLeaks has won a number of awards, including the 2008   Economist magazine New Media Award. In June 2009, WikiLeaks and Julian Assange won   Amnesty International's UK Media Award (in the category "New Media") for the 2008 publication of "Kenya: The Cry of Blood – Extra Judicial Killings and Disappearances" a report by the  Kenya National Comission on Human Rights about police killings in Kenya. In May 2010, the New York   Daily News listed WikiLeaks first in a ranking of "websites that could totally change the news". Russia extended its support to WikiLeaks and its founder Julian Assange    by issuing a statement which suggested that Assange should be awarded the  , in the aftermath of the United States diplomatic cable leak.   Julian Assange was named the Readers' Choice for  Time magazine's  Person of the Year award for 2010.


In April 2010, WikiLeaks posted video from  a 2007 incident in which Iraqi civilians and journalists were killed by U.S. forces, on a website called Collateral Murder . . In July of the same year, WikiLeaks released   Afgan War Diary, a compilation of more than 76,900 documents about the  War In afghanistan not previously available for public review. In October, the group released a package of almost 400,000 documents called the   Iraq War logs in coordination with major commercial media organisations. In November 2010, WikiLeaks began releasing   U.S. State department diplomatic cables.

WikiLeaks was originally launched as a user-editable   wiki site, but has progressively moved towards a more traditional publication model, and no longer accepts either user comments or edits. The site is available on multiple servers and different domain names    following a number of   denial-of-service attacks and its severance from different   Domain name System (DNS) providers.

3.12.10

KANDUNGAN

Antara intisari  kandungan Perlembagaan Malaysia ialah:

Perkara 3:       Islam sebagai agama  rasmi
Perkara 32:     Ketua Agamaa ialah Yang di-Pertuan Agong
Perkara 38:     Perann  Majlis Raja-Raja Melayu
Perkara 89:     Melindungi Tanah Kepunyaan orang Melayu
Perkara 152:   Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Perkara 153:  Perizaban kouta perkhidmatan dan permit bagi orang Melayu
Perkara 159:  Kelulusan Majlis Raja-Raja bagi pindaan perlembagaan.

Semoga rakyat Malaysia memahami dengan mendalam kandungan perlembagaan ini.

25.11.10

Saya Tetap tidak suka padanya.

Walaupun agama melarang kira berburuk sangka sesama manusia,  namun sebagai manusia biasa, kita tidak mampu menyukai  semua orang. Kita ada sebab-sebab tertentu kenapa kita tidak menyukai sesaorang.

Saya juga demikian.  Sampai sekarang, sudah berpuluh-puluh tahun, ada sesaorang yang tiadk saya sukai. Saya bukan pendendam. Tapi saya memang tidak menyukai dia.

Puncanya begini:  Pada akhir tahun 1970-an dan pada awal tahun 1980-an,  saya menuntut di Universiti Malaya (UM). Di kampus UM disediakan beberapa mini podium dan sudut pidato. Sesiapa saja boleh berdiri di podium dan sudut pidato, pada bla-bila masa dan berpidato apa-apa topik yang disukai. Barangkali itu penerpan unsur kebebasan bersuara dan memupuk bakat diri..

Maka lahirlah  seorang pemidato yang seringkali mengambil peluang berpidato. Seringkalki dia dikelilingi pelajar yang gemar mendengar dia berpidato.

Saya sempat mengikut rakan-rang mendengar dia berpidato. Setelah beberapa kali mendengar pidatonyaq, saya hilang selera. Saya memberitahu   rakan-rakan bahawa saya semakin tidak berminat mendengar pidatonya. Rakan-rakan menyatakan bahawa saya cemburu kepada kebolehannya.  Saya tidak peduli. Hakikatnya, saya tidak boleh menerimanya sebagai seorang pemidato yang hebat.

Rakan-rakan saya tidak tahu apa yang ada dalam fikiran saya.  Bagi saya dia seorang pemidato yang oportunis dan mempunyai fikiran yang negatif. Isi pidatonya berunsur penentangan. Banyak yang ditentang. Tetapi isi pidatonya  dikaburi oleh gaya dia berpidato. Dia bijak memanipulasi bahasa. Dia pandai menggunakan body language. Dia berupaya menggoda. Dia mampu memperdaya.  Menggoda dan memperdaya itulah yang tidak saya sukai. Sehingga sekarang setelah berpuluh-puluh tahun hal itu berlalu, saya tetap tidak menyukainya. Demikiannlah tanggapan saya kepada dirinya. Dan saya tidak pernah memberitahu hal ini kepada sesiapa pun.

Dari ruang kampus dia berjaya menjaja pidatonya hingga ke dalam masyarakat. Malah pidatonya boleh pula  menjadi punca dan pencetus demonstrasi dan tunjuk perasaan. Dia berjaya membakar semangat pendengar dan penyokongnya. Beberapa tahun selepas itu, dia menjadi public figure yang seringkali mendapaat sanjungan. Saya tetap tidak menyukai  dia.

Anehnya dengan cara yang demikian, dia memang bejaya. Dia mempunyai begitu ramai penyokong. Khabarnya dia mempunyai karisma sebagai pemimpin. Dan aneh juga, semakin dia berjaya, semakin saya tidak menyukai dirinya. Namun dia terus berjaya apabila dia menceburi bidang politik. Malah dia adalah  ahli politik yang sangat pantas mencapai jawatan tinggi dalam politik negara. Entah kenapa, saya tetap tidak menyukai dia.

Namun, kata sesetengah orang,  semakin cepat naiknya,  maka semakin cepat jatuhnya. Demikianlah dia. Ramai yang terkejut dan tidk menduga. Dia tersungkurdalam persada politi yang dibinanya besama nafsu serakahnya. Namun ramai yang tidak percaya. Ramai yang tenggelam dan dikaburi oleh kebijaksanaanya memainkan peranan sebagai watak “wira” yang disanjung tinggi.

Ramai yang terpedaya. Ramai yang terpesona dengan gayanya.  Namun saya tetap tidak menyukai dia.

Sekarang dia masih tetap dia, tidak belajar daripada pengalaman pahit yang dilaluinya.  Ramai yang masih menggap dia wira. Bagi saya, dia tetap dia seperti berpuluh tahun yang lalu ketika saya melihat dia berpidato.

Hakikatnya  bagi saya, dia adalah petualang  yang mempunya nafsu serakah yang amat hebat.  Dia pendendam. Dia adalah wira yang kecundang yang masih mahu menegakkan benang yang basah, yang masih mahu melindungi  keserakahan beribadi di sebalik lalang sehelai, yang masih mahu menutupi bangkai dengan  nyiru sebesar genggaman tangan. Dia berpegang kepada prinsip : Biar putih tulang, jangan putih mata.  Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai  ke pangkal lengan, hatta menghancurleburkan negara sekalipun. 

Ah, ramainya penyanjung-penyanjung yang  terpedaya yang masih terus menyokong.

Jika  dia masih mampu memperdaya ramai orang sehingga dia mampu pula menjadi  ahli politik yang paling berkuasa,  maaf ya, saya tetap tidak menyukai dia.