SEKOLAH CONTOH?
10.2.10
Kalau Kata Orang
Posted by
mantan
Jangan
haraplah kalau Pengetua dan Gurubesar (P&GB) dapat puaskan hati semua
orang. Kalau boleh, memanglah nak puaskan hati semua orang. Tetapi nilah dilemanya,
serbasalah. Apa saja yang dibuat, apatah lagi yg tak dibuat, semuanya serbasalah.
Teringat
lagu:
“Buat,
salah. Tak buat, salah. Jadi, semuannya serba salah” (Klik YouTube kat tepi tu..)
1.Kalau P&GB
datang awal, orang kata dia tak dapat tidur kerana stres. Tapi kalau P&GB
balik lewat, orang kata dia lembap, lambat siapkan kerja.
2.Kalau P&GB
minat sukan,orang kata dia tak pentingkan
akademik. Kalau dia tidak ikut sama acara sukan sekolah, orang kata dia tak
pedulikan kokurikulum sekolah.
3.Kalau P&GB tegur sikap negatif guru, orang kata
dia sengaja nak cari salah orang. Jika
dia tak selesaikan masalah guru, orang kata dia lemah.
4. Kalau P&GB peramah sangat, orang kata dia mengada-ngada.
Jika dia pendiam, orang kata dia anti-sosial.
5. Kalau P&GB membuat keputusan segera dan cepat bertindak,
orang kata dia autokratik. Jika lambat
bertindak, orang kata dia tak tegas buat
keputusan.
6. Kalau
P&GB selalu nak buat mesyuarat, orang
kata dia tak hirau kesibukan guru. Jika dia tak buat mesyuarat, orang kata dia tak demokratik.
7. Kalau P&GB pantau kelas, orang kata dia nak menyibuk. Jika dia tak pantau, orang kata dia
tak ambil tau pun.
8. Kalau
P&GB beli kereta baru, orang kata
banyak dapat elaun perjalanan. Jika dia guna kereta buruk, orang kata dia memang
kedekut.
9. Kalau P&GB
rancang nak buat perubahan,orang dia
dikatakan terikut-ikut dengan program orang lain. Kalau dia tak buat perubahan,
orang kata dia ketinggalan zaman.
10. kalau
P&GB menggantung persekolahan seorang murid tak berdisiplin, orang kata dia
tak buat keputusan yang betul. Kalau dia tak singkirkan pelajar bermasalah,
orang kata dia tak peka kepada masaalah
disiplin sekolah.
11. Kalau
P&GB pergi mesyuarat atau kursus ,
orang kata dia pergi berehat dan
bersantai. JIka dia tak pergi ke mesyuarat, orang kata dia tak professional.
12. Kalau P&GB bagi empowerment kepada GPK, orang
kata dia tak ada buah fikiran sendiri. Kalau dia tak beri
empowerment, orang kata semuanya dia nak buat.
13. Kalau
P&GB, selalu makan di kantin, orang kata dia tak jaga badan dan kesihatan. Kalau
dia makan di tempat lain, orang kata dia
tak tunjukkan contoh yang baik..
14. Kalau P&GB
masih muda, orang kata dia masih mentah, banyak lagi kena belajar. Kalau P&GB dah tua, orang kata dia dah tak mampu nak belajar.
Apapun, P&GB janganlah ambil hati sangat. Adat
dunia memang begitu. Laksanakanlah tugas dengan sebaik-baiknya.
Apa saja
yang P&GB lakukan, pasti ada orang
yang mengatakan, “ Jangan salahkan sekolah,.Pengetua dan Guru Besarnyalah yang
bermasalah!”
Barangkali
yang kuat akan terus kuat, yang lemah akan terus lemah, atau sebaliknya.
Labels:
Sosial
8.2.10
If ... with ? learns ?
Posted by
mantan
Posting ini sekadar mengulangi apa yang pernah ditulis dan diketahui sebelum ini: Barangkali boleh difikirkan dan diingat kembali:
If A Child...
* If a child lives with criticism, he learns to condemn.
* If a child lives with hostility, he learns to fight.
* If a child lives with ridicule, he learns to be shy.
* If a child lives with shame, he learns to feel guilty.
* If a child lives with tolerance, he learns to be patient.
* If a child lives with encouragement, he learns to be confident.
* If a child lives with praise, he learns to appreciate.
* If a child lives with fairness, he learns justice.
* If a child lives with security, he learns to have faith.
* If a child lives with approval, he learns to like himself.
* If a child lives with acceptance and friendship, he learns to find love in the world.
Labels:
Pendidikan
2.2.10
MENCABAR
Posted by
mantan
Bukanlah guru, jika tidak berhadapan
dengan masalah tingkahlaku pelajar yang mencabar.
Dan setiap guru ada cara mengatasinya
mengikut keadaan.
Barangkali ini sebahagian daripada tip
untuk mengurus pelajar yang mempunyai tingkahlaku yang mencabar:
1) Biarkan mereka dengan perangainya kecuali tingkahlaku mereka menggangu dan mengalihkan perhatian orang lain di kelas.
2) Ketika kita melihat perilaku yang tidak produktif, banteras segera.. Jika tidak, kita menghantar mesej yang jelas kepada para pelajar bahawa mereka boleh bertingkahlaku demikian ketika kita mengajar.
3) Gunakan teknik-teknik pengurusan kelas sebelum kita menjadi jengkel, tidak sabar atau marah. Kita akan menjadi lebih kuat apabila kita mempunyai fokus, ketika kita menyenangi pelajar kita, dan apabila kita sentiasa bersabar.
4) Jika kita menjatuhkan air muka
mereka, seluruh kelas akan membenci kita.
5) Adakah kita sentiasa menyenangi diri kita dan juga diri orang lain?. Sikap kita itu akan terpancar dan dirasai oleh pelajar-pelajar kita. Penting bagi kita mempunyai tahap mental dan fizikal yang baik.
6) Jika kita merasa bahawa kita telah bercakap kasar dalam usaha untuk mendidik pelajar kita, tiada salahnya jika kita memohon maaf.
7) Ingatkan diri:
1) Biarkan mereka dengan perangainya kecuali tingkahlaku mereka menggangu dan mengalihkan perhatian orang lain di kelas.
2) Ketika kita melihat perilaku yang tidak produktif, banteras segera.. Jika tidak, kita menghantar mesej yang jelas kepada para pelajar bahawa mereka boleh bertingkahlaku demikian ketika kita mengajar.
3) Gunakan teknik-teknik pengurusan kelas sebelum kita menjadi jengkel, tidak sabar atau marah. Kita akan menjadi lebih kuat apabila kita mempunyai fokus, ketika kita menyenangi pelajar kita, dan apabila kita sentiasa bersabar.
5) Adakah kita sentiasa menyenangi diri kita dan juga diri orang lain?. Sikap kita itu akan terpancar dan dirasai oleh pelajar-pelajar kita. Penting bagi kita mempunyai tahap mental dan fizikal yang baik.
6) Jika kita merasa bahawa kita telah bercakap kasar dalam usaha untuk mendidik pelajar kita, tiada salahnya jika kita memohon maaf.
7) Ingatkan diri:
"Jika menjadi guru itu mudah, semua orang
boleh menjadi guru.”
" Mengajar di kelas memang
mencabar, tetapi amat menguntungkan!”
Jika anda mempunyai tip bekaitan, marilah kita kongsi bersama.
Jika anda mempunyai tip bekaitan, marilah kita kongsi bersama.
Labels:
Pendidikan
1.2.10
10:10
Posted by
mantan
Saja-saja saya surf. Nak tengok jenama dan iklan jam tangan. Ada macam-macam jenis, bentuk dan harga.
Pelbagai bentuk iklan jam dapat dilihat.
Tetapi ada sesuatu yang saya dapati. Hampir keseluruhan jenama jam yang diiklan menunjukkan pukul 10:10
Saya kira itu disengajakan.
Barangkali pengiklan ada rasionalnya berbuat demikian. Pengiklan memang kreatif!
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
- وَالْعَصْرِ Demi masa.
- إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
- إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
(103:1-3)
Labels:
Iklan
28.1.10
Langkah Mula: Tak Kenal, Tak cinta.
Posted by
mantan
“Saya kena tukar…!”
Barangkali Itulah tanda permulaan seorang pekerja akan berada di tempt tugas yang baru!
Bertukar ke tempat kerja baru boleh menimbulkan stress, walaupun kita yang memohon pertukaran untuk bertugas di tempat baru.
Namun pada waktu yang sama ia boleh menjadi suatu pengalaman yang menarik. Bertemu rakan-rakan baru, beradaptasi dengan suasana baru, dan memulakan tugasan baru boleh menimbukan kesan emosi yang positif. Dan yang negatif juga.
Namun pada waktu yang sama ia boleh menjadi suatu pengalaman yang menarik. Bertemu rakan-rakan baru, beradaptasi dengan suasana baru, dan memulakan tugasan baru boleh menimbukan kesan emosi yang positif. Dan yang negatif juga.
Untuk menyesuaikan diri ketika pertama kali melangkah masuk ke persekitaran tugas yang baru mungkin ada cara-caranya yang boleh dipelajari.
KENAL
Kenalkan diri. Penting bagi orang lain tahu nama dan kenal wajah kita. Menghulurkan tangan untuk bersalaman sambil memperkenalkan diri adalah langkah terbaik.
LIHAT
Lihat persekitaran tempat tugas. Persekitaran baru boleh memberikan banyak maklumat. Pemerhatian kepada persekitaran akan banyak membantu kita menyesuaikan diri.
TAHU
Kita perlu segera tahu segala peralatan dan keperluan yang akan digunakan untuk menjalankan tugas. Kita akan menjadi lebih selesa, dan dapat melakukan tugas dengan lebih cekap dalam waktu yang singkat.
TANYA
Tanya jika tidak tahu sesuatu. Tanyalah apa yang ingin kita tahu kepada orang yang sesuai yang boleh memberikan maklumat berkaitan tempat dan bidang tugas. Mereka akan sentiasa mahu membantu.
KOMUNIKASI
Berkomunikasilah dengan rakan setugas yang baru. Sikap ramah mesra boleh membantu kita mendalami bidang tugas di tempat baru dengan lebih cekap.
BELAJAR
Pelajari cara mengendalikan sistem dan peralatan yang mungkin berbeza dengan tempat tugas terdahulu. Pelajari segala prosedur asas yang penting bagi membantu tugas-tugas yang akan dijalankan.
FLEKSIBEL
Perlu ada sikap terbuka dan fleksibel untuk menerima idea dan cara-cara baru dalam melakukan sesuatu. Di tempat tugas yang baru mungkin ada prosedur baru. Perlulah fleksibel dan bersedialah untuk beradaptasi.
Yang tersebut di atas hanyalah “langkah pertama” . Namun segala kejayaan seterusnya mungkin bermula daripada langkah pertama itulah!.
Labels:
Work
25.1.10
Nyaman
Posted by
mantan
Siapa lagi yang nak saman?
Saya tanya soalan ni
bukanlah nak galakkan cikgu-cikgu menyaman. Tapi saya bimbang, saman
menyaman ni jadi budaya. Akan cemarkan nama baik bidang perguruan. (Sekarang pun tercemar dah!)
Jika itu berlaku, pengurusan institusi pendidikan (sekolah
khususnya) jadi lebih mencabar dan tambah rumit. Kesan negatifnya tentulah
terpalit kepada produk dan output pendidikan.
Yang jadi gb dan pengetua, kena siap.. Siap apa? Bukan
siapkan peguam dan pembiayaannya. Yang nak disiapkan ialah ilmu pengetahuan
yang mendalam tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah. Yang lebih penting
ialah ilmu kemanusiaan kerana guru-guru
adalah manusia. Kalau setakat belajar ilmu pentadbiran dan pengurusan selama setahun dua, memang belum cukup. Banyak ilmu bantu berkaitannya perlu diterokai secara berterusan.
Tujuan persediaan ilmu ini ialah supaya pentadbiran dan pengurusan dapat dilaksanakan
dengan sempurna . Bila ilmu sentiasa ditambah dan sudah betul pentadbiran dan pengurusannya,
tidaklah ada yang akan menyaman dan disaman!
tidaklah ada yang akan menyaman dan disaman!
Labels:
Pendididkan
19.1.10
Namimah – Adu Domba Dan Laga
Posted by
mantan
Saban hari melayari internet, saya merasai bahawa saya memerlukan perisai dan penangkis. Betapa tidaknya, saya temui sekian banyaknya terbitan berkaitan perbuatan khianat, fitnah memfitnah, maki hamun, mencela, mencerca, hasutan, gelaran liar, umpatan, mengaibkan orang lain dan melakukan namimah.
Namimah maksudnya adu domba. Mengadu domba bermakna memperlagakan sesaorang dengan yang lain. Adu domba biasanya berkaitan hal-hal yang tidak disukai, sama ada oleh orang yang mengadu domba, diadu domba atau orang yang menjadi objek adu domba. Adu domba boleh mengakibatkan, perkelahian, pergaduhan, dendam dan permusuhan.
Selain secara lisan, adu domba dilakukan melalui penulisan. Juga dilakukan melalui isyarat. Mungkin pada zaman dahulu adu domba dilakukan melalui perantaraan “tersembunyi” seperti hantu dan jin. Tetapi kini medium pengantaranya lebih luas, malah lebih canggih melalui rangkaian teknologi.
Saya tidak ingat sama ada saya pernah mengadu domba orang lain. Mungkin pernah tanpa saya sedari. Saya harap saya tidak pernah. Tidak pernah terlintas di hati saya untuk mengadu domba sesiapa. Dulu, sekarang maupun masa akan datang. Minta dijauhkan.
Dalam hidup, kita pernah berhadapan dengan orang-orang yang suka melakukan namimah (adu domba) ini. Kadang-kadang dilakukannya dengan tidak sengaja. Kadang-kadang dalam gurau senda. Atau kadang-kadang memang disengajakan!.
Bagaimana kalau kita sendiri yang menjadi mangsa adu domba?
Janganlah diterima perkhabaran yang dibawa oleh si pengadu domba. Si pengadu domba barangkali orang fasik.
Jika jelas si fasik pengadu domba ini membawa berita mencela dan melaga-lagakan orang lain, nasihatilah mereka. Janganlah ditambah minyak pada api yang marak. Nasihati mereka supaya menghentikan perbuatan itu kerana tidak mendatangkan faedah, malah melebarkan permusuhan.
Perbuatan mengadu domba amat dibenci Allah SWT. Wajiblah kita menjauhi perbuatan itu.
Lebih elok kita berprasangka baik kepada orang lain. Barangkali yang diperkatakan dalam adu dombanya itu belum tentu benar.
Jika kita menjadi mangsa adu domba, tidak perlulah menceritakan apa yang kita alami itu. Apabila kita bercerita bahawa sesaorang telah mengadu domba kepada kita, bererti kita memperkatakan keburukan orang yang melakukan adu domba itu. Kita pula yang mendapat dosa.
Dapatkah perlakuan adu domba dalam masyarakat kita dihapuskan? Barangkalai kita perlu menyediakan penangkis dan perisai yang lebih canggih.
Labels:
Kehidupan
Subscribe to:
Posts (Atom)













