1.9.10

KETUPAT

Petikan video yang diusahakan oleh Ayuni7 ini mantan ambil daripada YouTube. Terima kasih Ayuni7

31.8.10

SYAWAL

Selamat Hari Raya Aidil Fitri mantan ucapkan 
kepada semua pengunjung BLOG MANTAN ini. 
"MAAF ZAHIR DAN BATIN" 

27.8.10

COMELNYA DIA BERBAJU KEBAYA!

COMELNYA DIA BERBAJU KEBAYA!
Di situ tiada siapa yang tahu sama ada dia sedang haid...
Ahli politik sedang menjalankan peranannya...

25.8.10

YG BAIK, TELADAN, YG BURUK, SEMPADAN

Saya, paparkaan video ini bukannlah berniat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak yang dipaparkan dalam video ini maupun orang yang menghasilkan video ini. Saya kutip video ini drpd YouTube, supa kita dapat berlatih berfikir dengan waras....

16.8.10

BLVM (Bubur Lambuk Versi Mantan)


Enjin carian Firefox menyenaraikan 25,300 entri berkaitan tajuk “Resepi Bubur Lambuk”.

Salah satu daripadanya ialah BLVM. Cubalah….

BUBUR LAMBUK VERSI  MANTAN (BLVM)
(Untuk 5 orang)

Bahan-bahannya:-
  • 2  cawan beras
  • 4 ekor ikan kembung bersaiz sederhana  
  • 2 cawan santan drp sebiji kelapa/ santan kotak
  • 5 ulas bawang merah dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih dikisar halus
  • 1 inci halia dikisar halus
  • 7 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka).
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 10-15 tangkai pucuk paku merah
  • 1 helai daun kunyit   
  • 3 tangkai daun kesum ( lebihkurang 20 helai)  
  • 3 tangkai daun selasih.( lebihkurang 25 helai)
  • 2 helai daun kaduk.
Cara-cara mengolahnya:-
  1. Bersihkan ikan kembung, sapu sedikit garam dan bakar hingga agak garing.
  2. Bersihkan beras dan masaak hingga menjadi bubur, Tambah air jika kurang.
  3. Ikan kembung bakar dibuang tulang dan diracik-racik isinya.
  4. Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar
  5. Setelah beras menjadi bubur,kecilkan api, masukkan bahan kisar dan ikan.
  6. Masukkan santan, pastikan tidak pecah minyak.
  7. Masukkan sayuran yang telah disiang dan dibersihkan.
  8. Akhir sekali, masukkan garam serbuk lada hitam dan serbuk perasa.
  9. Kacau dan apabila budur mula mendidih, angkat.
Ikan memang kena bakar (bukan direbus),dan jangan dikisar (memadai diracik sahaja). Tak ada ikan kembung, ikan selayang pun boleh. Ikan tamban pun boleh juga, tapi tulannya banyak. Mungkin daun selasih dan daun kaduk sukar diperolehi. Tak ada pun taka pa, tapi rasanya bukanlah BLVM.

Kalau BLVM dirasai sedap, nanti saya akan masukkan entri bertajuk MKVM (Mee Kari Versi Mantan) pula…. Selamat berpuasa……

13.8.10

Sesedap

Yang dibeli tidaklah sesedap yang dibuat sendiri...

12.8.10

BANYAKNYA MAKAN!

Makan berlebihan ketika berbuka puasa menyebankan rasa mengantuk, boleh menghalang kita melaksanakan kewajipan kepad Allah mahupan kepada diri sendiri.

Makan secara yang tidak betul boleh menyebabkan:- 
1. Gangguan pencernaan - disebabkan oleh makan berlebihan makana, goreng, berlemak, makanan pedas dan minuman berkarbonat. 

2. Sembelit - disebabkan oleh terlalu banyak makan makanan siap diproses, makan tidak ber serat atau kurang minum air. Bijirin, bua-buahan dan sayuran kaya dengan serat makanan. 

3. Kelesuan - disebabkan tekanan darah rendah keranaa terlalu banyak makan makanan yang berkanji dan berlemak. 

4. Pening Kepala - disebabkan oleh kurang tidur dan terlalu aktif secara fizikal. 

5. Kejang Otot - disebabkan kurang pengambilan makana yang mengandungi kalsium, magnesium dan kalium. Makanan kaya dengan kalsium termasuk brokoli, buncis, okra, lobak, almond, kismis, biji bijan dan produk susu. Makanan yang kaya dengan magnesium termasuk: bran, beras merah, tepung jagung, keju, kuning telur, pisang, epal, kurma, almond, lobak, terung dan bunga kubis. Makanan yang kaya kalium termasuk: keju, epal, tembikai, aprikot, nanas, ayam, kacang tanah, kubis, dan timun. 

6. Kurang tidur – Tidur diperlukan untuk memastikan kesegaran badan terutama bagi mereka yang bekerja atau atau belajar. Kurang tidur menimbulkan kegelisahan, sakit kepala dan masalah. Tidur selepas makan juga menyebabkan masalah pencernaan. Makan sekurang-kurangnya 1 - 1 ½ jam sebelum waktu tidur.

7.8.10

RAMADHAN AL-MUBARAK

Kepada rakan-rakan blogger dan fb sekalian:

Diucapkan:

"SELAMAT MENYAMBUT KEHADIRAN RAMADHAN AL-MUBARAK
DAN 
MELAKASANAKAN SEGALA  IBADAHNYA"

4.8.10

NIKAH

1. Kerajaan  Negeri Melaka pernah mencadangkaan penubuhan sekolah khas bagi pelajar mengandung.

2. Kemudian kerajaan negeri Melaka juga "menggalakkan" ibu bapa memberi kebenaraan kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah.

3. Mengikut laporan akhbar, Majlis Agama Islam Melaka dan Jabataan Agama Islam Melaka bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Kita harap segala keputusaan yang akan dibuat tidak terlepas daripada mengambilkira semua aspek berkaitan isu tersebut.

2.8.10

Perahu dan Kapal


Orang rajin membuat perahu, 
Orang bijak membina kapal...

31.7.10

Berbalas Pantun Sahabat Facebook


 Sebagai penghargaan kepada sahabat-sahabat facebook mantan yang sudi berpantun bersama mantan, dimuatkan pantun mereka itu dalam posting mantan kali ini...


A Wahab Taha ‎:
Baik bergalas baik tidak,
Buli-buli bertali benang,
Baik berbalas baik tidak,
Asal budi sama dikenang.

Tali benang bergulung-gulung
Buat mengikat buah ketapi
Budi baik rasa nak junjung
Tetap dikenang sampai ke mati
 budi baik rasa nak junjung,
tetap dikenang sampai kemati,
orang kita suka disanjung,
budi bahasa tolak ketepi..
 buah berangan dimakan pagi
makan bersama ubi kayu
budi jangan tolakke tepi
bukan itu adat melayu
budi jangan tolak ketepi,
bukan itu adat melayu,
marilah kita bersatu hati,
barulah melayu akan maju..
kain dibuat baju melayu
jahit sahaja jangan disulam
kalau kita inginkan maju
berpadulah atas landas islam
saya setuju pendapat saudara,
islam adil kepada semua,
jika kita lalai dan alpa,
rujuklah alquran dan amalkannya..
isi bemban ke dalam bakul
muatan perahu belum sarat
al-quran bersama sunnah rasul
pegangan kita dunia akhirat
apkah maksud isi bemban,
muatan perahu belum sarat,
Quran dan sunnah jadikan amalan,
Akan selamat dunia akhirat..
apa diharap pada harta
sampai ajal tidak berguna
berbuat baik amalan kita
jika dijunjung lagi bermakna

harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama,
biar kita tidak dijulang,
Asalkan kita berakhlak mulia..
letak gelas dalam dulang
gelas beli di kedai papan
isi dengan air serbat
biar nama tidak dujulang
budi baik umpama intan
...diingat orang sepanjang hayat  
Yang naik padi,
Yang sudah baja,
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.
sultan Mahmud mangkat dijulang
sehingga kini masih dikenang
biar kita tidak dijulang
namun jasa tetap terkenang..

Yusof Sipan
Sehingga kini masih dikenang
Sejarah lama jadi ingatan
Namun jasa tetap dikenang
Emas perak bukan gantian

 terbang malam sikunang-kunang,
mari hinggap atas dahi
bukan saja jasa dikenang
mengharap redha dari Ilahi

Yusof Sipan
Mari hinggap di atas dahi
Jika memegang berhati-hati
Mengharap redha dari Ilahi
Sebagai bekalan di akhirat nanti
 jika memegang berhati-hati
kalau terlepas terbanglah ia
sebagai bekalan di akhirat nanti
agar mendapat balasan syurga

Yusof Sipan
Kalau terlepas terbanglah ia
Terbang rendah di rumah cik nyonya
Agar mendapat balasan syurga
Bahagia hidup selama-lamanya
pergi cari di rumah cik nyonya
ramai-ramai berjalan kaki
bahagia hidup selama-lamanya
itulah bahagia yang hakiki

Yusof Sipan
ramai-ramai berjalan kaki
orang desa asyik bertani
itulah bahagia yang hakiki
menjadi impian setiap insani
orang desa asyik bertani
sebidang tanah ditabur budi
menjadi impian setiap insani
mudah-mudahan kekal abadi
pulau pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang tiga;
hancur badan dikandung tanah,
budi yg baik dikenang juga..

Yusof Sipan
sebidang tanah ditabur budi
jerat di paya siapa yang punya
mudah-mudahan kekal abadi
di akhirat bahagia selama-lamanya

Yusof Sipan
gunung daik bercabang tiga
pokok rendah si daun palas
budi yg baik dikenang juga
tidak pernah minta dibalas
jerat di paya siapa yang punya
mangsa belum lagi bersua
di akhirat bahagia selama-lamanya
di dunia hanya sementara jua

 Yusof Sipan
mangsa belum lagi bersua
monyet tua makan kelapa
di dunia hanya sementara jua
sentiasa beringat janganlah alpa
monyet tua makan kelapa
bergincu dibibir kelihatan jelita
sentiasa beringat janganlah alpa
kepada yang Esa bertawakallah kita
 hari-hari jalan di titi,
jgn lupa kita akan mati.
ke universiti nak ambil degri,
jika blm sedar ingatlah diri.

Yusof Sipan
bergincu di bibir kelihatan jelita
bangun pagi rasa bahagia
kepada yang Esa bertawakallah kita
Yang layak disembah hanyalah DIA

Yusof Sipan
jgn lupa kita akan mati.
jgn terleka walau sekali
jika blm sedar ingatlah diri
agar bersedia utk 'kembali'

 jika terlena walau sekali
elakkan dari bersandar dibesi
agar bersedia untuk kembali
meniti lalu ke syurga firdausi

Yusof Sipan
elakkan dari bersandar di besi
tapi jangan sampai tertiarap
meniti lalu ke syurga firdausi
rasa tak layak namun mengharap
Jangan nanti sampai tertiarap
jika luka segera dirawat
rasa tak layak namun mengharap
segera bertaubat usahlah lewat

29.7.10

Politik, Cikgu!

Cikgu-cikgu ada  masa nak berpolitik?