4.11.08

CELUPARNYA ANGGOTA PARLIMEN


Telah dianjurkan Kempen Budi Bahasa bagi anggota Parlimen. Anjuran ini sudah tentu bersebab. Di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kedapatan ahli parlimen berkelakuan keterlaluan termasuk menggunakan kata-kata kesat. Keceluparan anggota Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat yang disiarkan secara lansung melalui tv amat memalukan. Kelihatannya Rukun Negara (kesopanan dan kesusilaan) terlupa dihayati oleh yang terlibat.

Sesungguhnya amat memalukan, apatah lagi di galeri awam, dipenuhi
pelajar dan orang awam. Ini memberi gambaran negatif; apatah lagi yang bersidang itu adalah “orang-orang terpilih.”

Mereka yang terpilih ini diberi
mandat dan diharapkan bertanggungjawab. Kita tidak fikir keceluparan mereka itu terhalal atas nama menegakkan kebenaran kerana ingin membuktikan kebertanggungjawaban. Malah cara sebegini hanyalah memperlihatkan teladan buruk dan kebebalan.

Bukannya tidak
ada garis panduan dan Peraturan Mesyuarat. Tetapi peraturan-peraturan ini tampaknya belum dapat mendisiplinkan sesetengah anggota Parlimen.

Apakah akan timbul
kesedaran dan perubahan setelah Kempen Budi Bahasa dilaksanakan?

2 comments:

WR said...

Adakah apabila bercakap dengan nada keras, mencarut dan celupar mereka merasa lebih GAH, lebih POPULAR dan lebih BERANI?

Anonymous said...

Gah, popular dan berani sesaorang itu bukan diukur oleh keceluparannya tetapi dengan kesempurnaan akal dan imannya.