3.11.08

HARGA BARANG = HARGA MINYAK

Harga minyak turun. Harga barang keperluan harian bagaimana?

Harga barang kawalan memang sudah turun. Selaraskah penurunannya dengan turunnya harga minyak? Di pasaraya, bagaimana? Di kedai runcit pula bagaimana?

Berkaitan turunnya harga barang ini, saya mendapat pengetahuan / pengalaman yang menarik. Saya pergi ke  kedai runcit tempat selalu saya membeli barang. Jika ke kedai saya selalu bandingkan harganya.. 
Semenjak harga minyak naik, harga sebungkus barang  yang saya beli harganya RM 11.20 (harga asal cuma RM 9.90). Apabila kali pertama harga minyak turun, harga barang yang sama turun kepada RM 10.90. O.K lah semua orang gembira, harga turun. 

Beberapa hari sebelum diumumkan harga minyak akan turun lagi, saya dapati harga barang  yang sama tiba-tiba naik kepada RM 11.30. lebih mahal daripada harga asal sebelum harga minyak turun. 

Apabila diumumkan harga minyak akan turun lagi dan pekedai disarankan menurukan harga barang, saya lihat harga barang yang sama menjadi RM 11.20 pula. Berapa peratus harga barangan tersebut turun jika dibandingkan dengan harga asal ketika harga minyak dinaikkan?

Saya memang tak pandai matematik!
Harga asal sebelum harga minyak (hm) naik      RM    9.90
Harga  ketika hm naik                                    RM  11.20
Harga ketika hm turun                                          RM  10.90
Harga sebelum hm turun lagi                          RM  11.30
Harga selepas hm turun lagi                           RM  11.20

Berapa sen harga barangan tersebut turun???
Barangan lain tak tahu bagaimana.




4 comments:

Anonymous said...

Salam Cikgu,
Cikgu tau kan pekan sehari benta? Cikgu pernah mengajar kat sana kan? Inilah pekan sehari yang serik saya nak pergi.. kadang-kadang teringin benor nak makan sayur keladi kemahang pergilah juga(saya tau sayur ini kegemaran Dato' Yaakob juga). masa cikgu ngajar di sana dulu harganya cuma RM0.50 sen seikat, sebelum harga minyak naik harganya RM1.50 tapi hari minggu semalam harganya dah RM2.00, saya tak jadi beli sebab satu ikat tak cukup untuk makan satu keluarga 4 orang.Lagi pun dengarlah nasihat pemimpin supaya guna kuasa pengguna. Saya cuba cari sayur yg harganya 50 sen seikat - hampa,tak jumpa lagi. semuanya berharga antara RM2 - RM3.Saya sedih kerana pucuk paku tak ditanam, pungut saja di tepi jalan antara benta dengan budu; kulat sisir pun begitu juga semuanya mahal. nampak gayanya eloklah pihak berwajib pantau juga harga kat pekan-pekan sehari ni bukan pantau harga di supermarket atau hyper market saja ye tak?. Kesian org kampung (termasuk org pencen juga!)

Anonymous said...

birin,
Bila sebut kaladi kemahang, memang masih terasa sedapnya. Dah berpuluh tahun tak menjamah. Mahal dah sekarang ni?. RM 2 seikat?. Dulu seikat memang 50 sen, cukup sekali berlauk. Sekarang agaknya seikat pun dah makin kecik.
Agaknya kos penanaman dah canggih, jadi mahal. Tapi rasanya pungut di paya kemahang je.
Teringt masa di Benta. Selalu pergi ke pekan sari bersama Dato'Ibrahim Mat Isa, Pengetua SMK Budu masa tu. Memang suka beli keladi kemahang dengan buah kepayang. Sekarang ni buah kepayang pun dah tak ada agaknya.
Tak taulah, macam mana harga barang sekarang ni. Di tempat saya pun, pucuk gajus dan pucuk paku yang dipungut di tepi jalan pun dah mahal.

Anonymous said...

Keladi kemahang ? Keladi telor tahu!

Anonymous said...

sazili,

Telur memang ada.

Keladi kemahang ini terdapat di Kampung Kemahang di Benta dalam daerah Kuala Lipis. Sebab tu dinamakan keladi kemahang.

Specialnya keladi kemahang ni; yang dibuat sayur hanya pucuknya yang belum kembag tu.

O sedapnya. Lebih sedap kalau masak dengan tempoyak.