Selepas bermain woodball petang tadi, saya bertemu seorang rakan lama yang datang dari Pekan untuk bermain woodball.
Banyak perkara yang kami bualkan setelah lama tidak berjumpa. Kami berbual tentang permainan woodball , pendidikan, rakan-rakan lama, politik dll.
Dia memberi tahu saya bahawa dia pernah membaca coretan saya di blogsimantanguru.
Katanya, kenapa blog saya tidak ramai pengunjungnya. Saya menyatakan bahawa memang tidak ramai orang yang suka membaca hal-hal yang berkaitan pendidikan.
Dia mencadangkan suapaya saya menulis hal-hal politik. Mesti ramai yang minat membaca. Katanya tulislah hal-hal yang kontroversi dan kritikan kepada parti pemerintah. Tentu akan ramai pengunjung blog saya.
Saya menyatakan bahawa saya tidak berminat menulis tentang politik dan isu-isu yang kontroversi begitu. Saya tidak mahu berkongsi sebagai penyumbang kepada perpecahan Bangsa Melayu di negara sendiri..
Tidak mengapalah kalau blog saya tidak dikunjungi. Biarlah saya memberi sumbangan dengan cara yang lain.
8 comments:
Apa pun yang kita utarakan atau pun bincangkan; baik hal-hal politik mahu pun pendidikan, kita tetap menyumbang kepada percambahan fikiran.
Pembacalah yang menilai baik atau buruknya. Positif atau negatif penerimaan menunjukkan wujudnya perkembangan kemahiran berfikir.
Saya suka apa yang saudara utarakan dalam blog ini.
Mendewa,
Terima kasih. Itulah yang saya harapkan iaitu perkembangan kemahiran berfikir seperti yang saudara katakan itu.
Namun saya tetap akan merasa bersalah jika tulisan saya itu telah mencetuskan fikiran mahupun tindakan yang negatif.
saya bersetuju dgn cikguwahab.... saya pun berblog pd awalnya hanya utk syok sendiri, meluahkan apa yg dirasa dan difikir seadanya namun kini telah menjadi pulak medan utk menambah kenalan....
Cikguyusof,
begitulah adanya...
semoga terus dapat melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin...
Saya berkunjung, salah masuk tapi setelah semak-semak ada BAGUS
Pinjam kata-kata TUAH
Ruslan,
Terima kasih.
Yaa saya memang setuju. Menyumbang kepada kestabilan adalah lebih bermanafaat. Pemikiran berkaitan politik hanya selayaknya dikedai kopi je bagi orang macam kita orang biasa.Ianya tidak pernah selesai selagi manusia ada nafsu terhadap semua...
Post a Comment