9.10.09

SAMAN-MENYAMAN: TORT KECUAIAN DAN GURU


 Nampaknya trend "saman-menyaman" semakin menular di sekolah. Ibu-bapa sudah cenderung menyaman guru. Malah guru juga sudah menyaman Pengetua!

1. Di sekolah, murid mempunyai risiko kecederaan ketika menjalankan aktiviti. 

2. Jika berlaku kemalangan di sekolah, guru sering terdedah kepada ancaman dakwaan. 

3. Dalam TORT kecuaian, seorang plaintif pelajar dikehendaki membuktikan empat unsur jika ingin berjaya dalam tuntutan gantirugi.

4. Sebelum ini unsur-unsur utama kecuaian TORT telah dikemukakan dalam beberapa keputusan mahkamah.

5. Unsur-unsur utama itu terdiri daripada:
    (a) Kewajipan berjaga-jaga* yang sedia ada.
    (b) Kewajipan berjaga-jaga dimungkiri akibat defendan gagal memenuhi tahap berjagaa-jaga yang diperlukan.
    (c) Kemungkiran kewajipan oleh defendan menyebabkan plaintif mengalami kecederaan.
    (d) Terdapat satu perhubungan yang rapat antara kemungkiran kewajipan dengan kecederaan  plaintif. 
* (Unsur kewajipan berjaga-jaga bermakna suatu obligasi yang dikenakan oleh undang-undang di mana para pendidik dikehendaki mematuhi satu tahap tingkahlaku tertentu supaya keselamatam dan kepentingan pelajar sentiasa dikekalkan.)

                                               <<<<<>>>>>
6. Bagaimanaa tindakannya jika isu yang tersenarai di bawah ini berlaku di sekolah:
   (i). Apabila Guru Besar/ Pengetua mendapati guru gagal mengawal disiplin kelas?
   (ii). Guru lewat masuk ke kelas. Beliau mendapati seorang pelajar patah tangan kiri kerana bergaduh di dalam kelas.
   (iii). Seorang guru merampas telefon bimbit pelajar sedangkan sekolah tidak melaksanakan  "kewajipan berjaga-jaga" berkaitan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.
   (iv).  Guru merampas semua mercun yang dibawa oleh pelajar-pelajar. Seorang pelajar berjaya menyembunyikan mercun. Ketika ketiadaan guru di kelas, pelajar tersebut membakar dan melontar mercun menyebabkan jari seorang rakannya putus. 

 "Berjaga-jagalah" dan "jangan memungkiri kewajipan" sehingga  berkemungkinan guru disaman!"

POSTING SETERUSNYA AKAN SAYA TULIS TENTANG  "KEGANASAN DI SEKOLAH" "PENGURUSAN RISIKO DI SEKOLAH". INSYAALLAH.







2 comments:

lillies said...

salam...
nape sekarang ni org asik nak salahkan guru jer? bukankah pendidikan sebenarnya bermula di rumah? bukan semua terletak di bahu guru...contact hours seseorang budak dengan guru pun bukannya lama...banyak masa dihabiskan di sekolah...kenapa masa era 80an - 90an xde pun masalah yang seteruk sekarang??
di manakah silapnya? adakah sistem pendidikan yang salah? adakah guru yang salah? adakah ibu bapa yang salah?

mantan said...

lilies, salam, tq. good comment.

Banyak yang sudah berubah, zaman berubah, sistem berubah, manusia berubah. Semua itu memberi kesan pada tindakan manusia.

Seringkali kita harapkan perubahan yang positif. Tapi lebih banyak yang terjadi sebaliknya. Manusia pun kadng-kadan hilang pertimbangan akal.