Seorang isteri pergilah ke klinik nak buat check-up.
Dokotor syak ada sesuatu yang tak kena, berkaitan dengan sistem peranakan isteri tu.
Doktor tu mintalah dia datang lagi pada hari Khamis untuk buat pemeriksaan lanjutan.
Pada malam itu, si isteri pun beritahulah kepada suamainya tentang pemeriksaan itu sambil menyuarakan kebimbangannya.
Si isteri bimbang kalau-kalau pemeriksaan pada hari Khamis nanti menunjukkan dia mengidap penyakit kronik seperti kanser.
Suaminya pun berkata, “Tunggu je lah hari Khamis nanti… janganlah bimbang benda yang belum tentu”.
Pagi Khamis.
Suaminya sudahpun pergi kerja, biasanya sehingga malam baru pulang.
Dengan rasa berdebar-debar Si Isteri mengemaskan diri untuk berjumpa doktor.
Beberapa waktu kemudian sampailah ke biliki doktor.
Diapun ikutilah segala prosedur pemeriksaan yang ditetapkan sehingga selesai.
Lega benar dia.
Doktor maklumkan, semua ujian menunjukkan dia normal, tak ada apa yang perlu dibimbangkan.
Malam itu, dengan senang hatinya Si isteri menyediakan hidangan makan malam untuk suami tercinta.
Diapun menanti suaminya pulang.
Suaminya sampai di rumah dan nampak keletihan setelah bekerja seharian.
Mereka pun menikmatilah hidangan yang telah tersedia.
“Nak tengok tv lah”, tiba-tiba Si suami bersuara, dengan mulutnya yang penuh dengan makanan, “nak tengok siaran langsung bolasepak”.
Si isteri merasakan jantungnya berdegup kencang ketika suaminya menekan punat tv, dan airmata mula membasahi pipinya.
Dengan rasa tidak percaya, hatinya berkata-kata, “Suamiku sedikitpun tidak bertanya tentang keputusan pemeriksaan doktor tadi. Dia juga lupa yang aku pergi berjumpa doktor pagi tadi”.
Dia terus menunggu mungkin suaminya nanti teringat akan hal itu dan mungkin bertanya sesuatu, setelah selesai makan malam, atau selepas selesai menonton bola.
Hingga segalannya selesai, suaminya tidak bertanyakan apa-apa pun.
Dengan rasa marah dan terkilan, dia pergi ke ruang tamu dan menelefon seorang sahabat. Sambil menangis dia memberitahu apa yang berlaku ketika itu.
“Saya rasa dia memang tak peduli apa yang terjadi pada diri saya,” bergetar suaranya dalam sedu-sedan.
“Kalau dia sayang saya, dia tentu tak akan lupa appointment saya dengan doktor hari ni”.
Kasihannya Si isteri itu.
15 comments:
salam mantan,
mmm... kesian pulak si isteri nie kan... tapi mungkin suami nye terlupa di sbkan kesibukan nya...
kalau dapat laki macam nie lahhh... ishhh..ishhh.. ape sy nak buat yea...hahaha...
Zaijb,
Yelah, mungkin pada masa tu suaminya keletihan.
(Tapi, walaupun keletihan, takkan tak boleh tanya sepatah dua kata tentang kesihatan isteri)...
Memang, perasaan isteri/perempuan lebih sensitif.
Mungkin pada masa tu si isteri merasai dirinya tidak dihargai dan tidak diberi perhatian sewajarnya.
Perempuan: Makhluk yang sukar dimengerti.
salam.
hmm..kesian lah dgn isteri dia..lain kali kene tampal note besar2 pasal appoinment tu kat tpt senang suami nampak..so dia leh remind..ye tak..
klu kena btg hidung..mmg tak tau nak ckp ape..hujan lebat je le kot..
salam mantan,
kekadang kita terlupa dengan perkara-perkara yang bagi kita remeh dan kita anggap terlalu kecil untuk diambil tahu tetapi bagi insan lain ianya amat bermakna...kesian isteri dia...terasa kesedihannya...
eiza,salam,
Haah ye, dlm zama "serba-sibuk" ni, cara yg eiza sebutkan tu praktikal juga. senang nampak.
walau apa cara pun, si isteri tu nak juga mermanja-manja dengan suaminya tu...
assalammualaikum
inilah perempuan.
suka sangat memendam rasa.
kena ingat, orang tidak boleh membaca fikiran kita.
kalau saya...
beritau je..
abang, ingat tak saya gi klinik tadi.
dapat penyakit dari abang.... hehehe
mesti terkejut beruk sang suami kan...
saya nak pesan kat isteri2,
jangan simpan sangat benda dalam hati...
cakap terang2...
lebih baik lagi
kalau dapat berlawak-lawak ngan suami
kan...
taklah stress sangat
dan kita akan sentiasa awet muda
insyaAllah
izakhairi, salam.
memang, walaupun nampak remeh, tapi dlm perhubungan (lebih-lebih lagi, suami isteri), yang sekecil itupun penting juga.
Yelah sifat perempuan kan? semuanya penting,teliti dan prihatin.
kl citiz, Assalamualaikum.
Isteri-isteri kena ikut petua & cara macam yg Klcitizen kata. Berterusterang je. Kan selesai masalah.
Kalau simpan & banyak terkumpul dlm hati, nanti bom tu meletup, lain pula jadinya.
Percayalah, kalau camtu, memang awet muda.
mantan,
sy pun setuju sgt la dgn pandangan kl citizen tu.... kesian kat isteri tu! Pd sy suami tu mmg tak patut la, wp dia terlupa tp mcm suatu kesalahan jugaklah, sepatutnya dia tak bole lupa!!! dah asyik ingat nak tengok bola jer, tu ler antara puncanya yg dia lupa tu!!! Tak payah ler buat keje lain, tengok jer la bola tu....!!! hehehe teremosi ler pulak....
geram,
Tu pun boleh jadi pengajaran juga. Walaupun kecil, kalau boleh jangan sampai terlepas pandang.
Yelah, kadang-kadang bila banyak fikir hal diri sendiri je, benda2 kecil macam tu, terasa mcam tak penting. Tapi hati perempuan, bagi lelaki, kecil; bagi perempuan besar...
cerita ni ada sedikit persamaan dgn cerita saya semasa dikesan mengidap "ovariansis" pd tahun 1996 dulu. Masa tu saya disahkan mengalami penyakit itu dan dirujuk ke HUSM. malangnya suami sy terpaksa berkursus. Oleh kerana pd mulanya sy disyakki "kanser ovari" jadi saya mmg tak dpt penerimanya dan sgt berdukacita. Tetapi suami msih boleh meneruskan kursus yang tak la penting sgt..cuma anjuran syarikat je. Tinggallah saya sndiri mengenangkan nasib akan dibedah.. mujur la ianya bukan kenser dan hanya lah ketumbuahan biasa. namun tetap dibedah. Masa tu mmg sy merajukla dgn suami...
Waruna,
Cerita ni saya tulis secara umum je. Kalau berkaitan, mungkin secara kebetulan.
Saya cuma mahu menyatakan bahawa, perkara yang remeh bagi sesaorang, barangkali sangat penting bagi diri orang lain.
Semoga cerita seperti ini memberi sedikit manfaat kepada sesiapa yang sudi membacanyaa.
Kesian siisteri tadi tapi memang ada lelaki yang tak kisah pun tentang isterinya sakit ke...sampai ulang tahun perkahwinan, hari jadi anak pun tak ambil tahu............ belum kahwin semua baik belaka...tapi bila hidup sebumbung akan nampaklah kekurangannya...........
salam...
teringat buku man fronm mars, women are from venus tentang sifat orng lelaki yg kadang2 seolah-olah xambil peduli..
dia xtanya isteri bukan sebab dia xsyang. bak kata john gray, man like rubber band..kadang dia kan strecth n time dia stretch tu lah dia cam seolah2 xambil peduli..
hehehehe
kau orang semua kesian kat isteri...aku pulak pikir lain sikit. pada aku si isteri dalam keadaan happy..cuma terkilan sebab tok laki dia lupa tanya...dia happy sebenarnya sebab tak sakit apa apa..jadi, dia kreatif lah sikit, dia call tv3 dan mesej ke hasbullah awang yang sedang jadi komentator tu...mintak habullah awang sound laki dia memalui tv....camani...malang sekali, sepakan nya tersasar dan tidak memasuki ke pintu gawang yang terbuka luas itu...sayang seribu kali sayang...dan disini saya mendapat satu mesej di tujukan kepada tok laki yang bernama mamat bin seman ...bang, bini awak appoinment tadi...tanyalah dia sikit apa citernya....dia tengah nangis tu...tuan tuan dan puan2 kita sambung citer...atau sms pada tv biar keluar perkataan yang skrolling kat bawah tu...oi abng, asyik nengok tv jer...nyampah betul lah...atau berlakon sikit...sakit perut dan menjerit kat dapor...dia mesti datang punya...mata hitam hilangkan..tinggal kan mata putih..masa dia dukung..senyum dan ketawa...padan muka kena tipu...tulah, tak tanya org camana...
banyak perkara boleh selesai dgn ketawa...management by laughfing...apamacam boss? ok tak?
Post a Comment