15.2.10

Lompat

Tentu ada rasionalnya Kementerian Pelajaran bercadang supaya murid-murid yang pintar “lompat kelas”. Misalnya, tahun satu, terus ke tahun tiga.

Berkaitan dengaan perkara itu, ingin saya ceritakan apa yang saya alami ketika bersekolah dhulu: 

1.Saya mula bersekolah di kampung saya pada tahun 1957, ketika berusia 6 tahun. Kerana ingin sangat bersekolah, saya mengikut kakak yang masuk darjah satu pada tahun tesebut. Kakak berusia 7 tahun. Oleh sebab pada masa itu umur mula bersekolah tidaklah diambil kira sangat, ada pelajar yang berusia 8 atau 9 tahun berada di darjah satu bersama-sama saya dan kakak. Darjah satu pun cuma ada satu kelas sahaja. Setiap hari saya mengikut kakak ke sekolah walaupun berjalan kaki sejauh 2 batu lebih untuk sampai ke sekolah. 

2. Satu sistem yang digunapakai pada ketika itu ialah sistem lompat kelas. Pada peperiksaan akhir tahun sesiapa yang dapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam kelas akan melangkau satu kelas. Pada tahun kedua persekolahan saya sudah berada di darjah tiga meninggalkan kakak di darjah dua. Itupun setelah didesak oleh guru besar yang hendak merotan saya kerana saya masih mahu bersama kakak di darjah dua. Maka dengan berat hati “melompat”lah saya ke darjah tiga.

3. Belumpun tamat darjah tiga, saya dan lima pelajar lain diperintah oleh Guru Besar menduduki Ujian Kelayakan bagi memasuki sekolah Inggeris. Pergilah saya menaiki kereta Volkswagon Guru Besar menduduki peperiksaan di sebuah sekolah di bandar, jaraknya lebihkurang 5 batu dari sekolah.

4. Selepas keputusan peperiksaan diumumkan, saya dan seorang pelajar perempuan telah lulus. Maka “melompat”lah pula ke sekolah aliran Inggeis. Saya memasuki Special Malay Class 1, bersama 20 pelajar dari sekolah-sekolah lain yang berjaya. 

5. Di sinilah bermulanya masalah. Semua matapelajaran dalam Bahasa Inggeris kecuali Bahasa Melayu dan Pelajaran Agama Islam. Walau apa pun masalahnya, setahun kemudian saya berada di Special Malay Class 2. Tahun berikutnya saya berada di Standard Six pula. 

6. Pada akhir tahun Standard Six, kami wajib menduduki peperiksaan kelayakan memasuki sekolah menengah. Di sinilah ramai rakan-rakan sekelas yang kecundang. Ramai yang gagal English Language dan Arithmetic. Yang kecundang tidak akan dapat meneruskan persekolahan. Itu syaratnya. Walaupun saya dapat ke sekolah menengah tetapi merasa sedih kerana berpisah dengan rakan-rakan yang gagal. 

7. Demikianlah sedikit gambaran berkenaan sistem persekolah kita pada masa mula negara kita mencapai kemerdekaan. 

8. Sampai sekarang pun saya merasakan diri saya menjadi mangsa kepada sitem “lompat” kelas. Bayangkanlah setiap tahun, dalam kelas, sayalah yang paling “kecil” dan paling “muda”. Saya seringkali dibuli oleh pelajar-pelajar yang lebih “besar” di dalam kelas. Kesan sosial dan psikologinya yang berterusan memang ketara dan sangat gawat mempengaruhi kehidupan remaja saya. Kerana ini masalah saya, dan bukan masalah sistem, maka ia menjadi sesuatu masalah yang "tersembunyi" dan tiada siapaapun yang peduli akan hal itu.

9. Di sekolah menengah, oleh sebab umur saya sentiasa “kurang setahun” daripada murid lain, saya selalu “ditinggalkan” dan tidak dapat menyertai pertandingan sukan dan kegiatan kokurikulum yang lain. Kebanyakan waktunya saya menjadi penonton sahaja, sementelahan pula saya memang mempunya rangka tubuh yang kecil. 

10. Demikianlah sistem persekolahan kita… Saya harap kesan negatif ini tidak dirasi oleh murid-murid yang “melompat” kelas nanti.

3 comments:

zaijb said...

salam mantan...

pengalaman yg sgt2 menarik... satu persatu sy membaca... kiranya mantan kanak2 genius lah...

sy sangat setuju dgn pendapat mantan... kekadang ada baiknya ada lompatan kelas tapi dari faktor umo, fizikal, dan pemikiran tak sama dgn rakan sebaya.. selalunya kita akan disingkirkan....
kalau zai berada di zaman mantan... agaknya zai masih di darjah berape yea....

mantan said...

zai,
Itulah yang saya alami.
Saya terkejut bila Kem. Pendidikan nak adakan program "lompat" ni.

Mungkin ada cara yang lain yng lebih baik.

Bagi diri saya yang pernah mengalaminya, ia lebih banyak mudaratnya drpd kebaikannya...

mantan said...

Zai,
Kalau zai dalam sistem tu, tentunya tiap-tiap tahun lompat kelas...Tiap-tiap kali periksa nombor 1 je.