2.2.10

Mencabar




Bukanlah guru, jika tidak berhadapan dengan masalah tingkahlaku pelajar yang mencabar.
Dan setiap guru ada cara mengatasinya mengikut keadaan.
Barangkali ini sebahagian daripada tip untuk mengurus pelajar yang mempunyai tingkahlaku yang mencabar: 
 
1)  Biarkan mereka  dengan perangainya  kecuali  tingkahlaku mereka menggangu dan mengalihkan perhatian  orang lain di kelas.  
 
2)  Ketika kita melihat perilaku yang tidak produktif, banteras segera.. Jika tidak, kita menghantar mesej yang jelas kepada para pelajar bahawa  mereka  boleh bertingkahlaku demikian ketika kita mengajar.   

3)  Gunakan teknik-teknik pengurusan kelas sebelum kita menjadi jengkel, tidak sabar atau marah. Kita akan menjadi  lebih kuat apabila  kita mempunyai fokus, ketika kita menyenangi pelajar kita, dan apabila kita sentiasa bersabar.
 

4)  Jika kita menjatuhkan air muka mereka, seluruh kelas akan membenci kita.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                  
5)   Adakah kita sentiasa menyenangi diri kita dan juga diri orang lain?. Sikap kita itu akan terpancar dan dirasai  oleh pelajar-pelajar kita. Penting bagi kita mempunyai tahap mental dan fizikal yang baik.
 
6)  Jika kita merasa bahawa kita telah bercakap kasar dalam usaha untuk mendidik pelajar kita, tiada salahnya jika kita memohon maaf. 

7)  Ingatkan diri:
 "Jika menjadi guru itu mudah, semua orang boleh menjadi guru.”
" Mengajar di  kelas  memang mencabar, tetapi amat menguntungkan!” 

Jika anda mempunyai tip bekaitan, marilah kita kongsi bersama.





9 comments:

ain said...

nak jd cikgu zaman sekarang ni, kena ada kesabaran yg cukup tinggi kerana kerenah murid2 betul2 mencabar diri!!!

Cikgu Dahlia said...

tapi kan mantan, kadang2, memang xterkawal gak emosi..huhuh... bukan nak marah, tapi rasa tercabar, then baru realize, mcm menjatuhkan air muka sendiri jer ..hoho

mantan said...

Yelah ain, kalu tak sabar mana boleh jadi cikgu.
Sebelum mengawal budak-budak tu, cikgu kena kawal diri sendiri dulu. Tu nanti jadi teladan pada budak-budak tu...

mantan said...

DaHLia,
Budak-budak memang selalu nak uji cikgu.
Bebudak seronok lah kalau tengok cikgu tak dapat kawal emosi.

dahlia, don drop yr water face lah.

DrSam said...

saya yang bab sabar tu kurang sikit, sebab tu tak boleh jadi cikgu agaknya.

mantan said...

DrSam,
Jadi Dr pun kena sabar juga...

mendewa said...

Salam, mantan.
Guru perlu berterus-terang dengan muridnya.

(i) Jika marah katakan bahawa kita rasa marah dengan situasi/perangai yang tidak sewajarnya semasa p&p. Begitu juga jika kita berpuas hati atau menyenangi penglibatan dan disiplin murid dalam p&p, katakan kita berbangga dengan mereka dan ucapkan tahniah.

(ii) Hal-hal yang boleh menggangu p&p dan juga emosi guru/murid lain perlu ditegur segera tanpa menjatuhkan air muka murid berkenaan.

(iii) Guru perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, marah akan menghilangkan mood p&p. Bukan sahaja guru tetapi juga murid di dalam kelas.

Puterizz said...

salam mantan,
seronok kalau kita dapat bersabar dengan pelbagai kerenah yang selalu datang menguji kita, bebudak ni kalau kita dapat dekati mereka dengan cara yang baik kekadang mereka hormat jugak kat kita, anak murid puteri setakat sebulan ni nampaknya masih boleh tahan lagi....

Puterizz said...

salam mantan,
memang seronok kalau dapat bersabar dengan kerenah bebudak ni,takat sebulan ni saya masih dapat mengawal rasa marah pada anak-anak di sekolah, tak taulah sehari dua lagi....