Showing posts with label A.Wahab Taha: Pemakanan. Show all posts
Showing posts with label A.Wahab Taha: Pemakanan. Show all posts

27.9.10

TAUGE


Mari Buat Tauge
Mula-mula basuh 1 cawan kacang hijau dengan air sejuk. Kemudian rendam dalam air bersih / air mineral selama 1 jam. (Kalau nak cepat, rendam semalaman). Pastikan bekas merendam itu betul-betul bersih.

Selepas direndam, basuh bersih. Kemudian  tuangkan ke dalam bekas plastik yang di dalamnya dialas dengan kain basah. Pastikan kain betul-betul bersih.

Akhir sekali siram kacang itu dengan air bersih / air mineral. Letakkan bekas kacang itu di tempat yang kurang cahaya matahari.
Bila sudah bercambah menjadi tauge, bolehlah dimasak.

Mari Masak Tauge:
2 cawan tauge
2 sudu minyak masak
1 lobak merah dipotong kecil ( jika suka)
1 sudu halia, di racik
4 ulas bawang putih diracik halus
Sebelah bawang besar dihiris halus.
1 biji lada merah dihiris
Garam secukup rasa.

Cara Memasak:
Bila kuali sudah panas, masukkan minyak. Masukkan bawang putih, bawang besar dan halia. Masukkan lobak merah. Masukkan tauge Masukkan lada dan garam. kacau sebentar dan siap.
Makan ketika masih panas.