Showing posts with label A.Wahab Taha: Bandar Lama Rompin dalam kenangan. Show all posts
Showing posts with label A.Wahab Taha: Bandar Lama Rompin dalam kenangan. Show all posts

6.6.10

TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG...



Lokasi gambar-gambar ini: berhampiran tempat saya pernah tinggal. 

Saya pernah tinggal di kawasan ini sekitar tahun 1952 - 1960. Tempatnya dinamakan Kampung Tanjung Seratus berhampiran Bandar Lama Kuala Rompin.

Tapak rumah tempat saya tinggal sudah tidak wujud . Terhakis kerana sungai semakin melebar.

Datuk saya  membuka sebuah kedai membuat songkok di Bandar Lama Kuala Rompin. Kedai tersebut bersama-sama dengan kedai-kedai yang lain lenyap dalam satu kejadian kebakaran.
Hanya tinggal sejarah. 

Tempat jatuh lagi dikenang.....Inikan pula tempat bermain.....