Memang muntah saya dibuatnya. Laksam yang saya beli ada ''alien (makhluk asing)". Ketika sedang mengunyah laksam, terasa ada bahan yang liat, disangka ketulan ikan, rupa-rupanya secebis sepan pencuci pinggan (diperbuat drpd bahan fiber - bukan getah). Patutlah susah dikunyah.
Apa nak dikata. Kalau tahu, takkan dimakan.
.................................................................................................
Laksam merupakan sejenis masakan yang
diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair
tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras,
ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang,
ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.
Resepi
Ramuan
Kuah
- 300 gm isi ikan
- 150 ml santan pekat (tambah air jika perlu)
- 4 ulas bawang merah (dikisar)
- 4 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 batang serai (dikisar)
- Sedikit halia (dikisar)
- 2 kiub pati ayam
- Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih,
sengkuang, timun dan daun salam (dihiris)
- Sedikit lada hitam
Laksam
- Minyak masak, garam & lada sulah 1 cawan tepung
beras
- 1 cawan tepung ubi
- 2-3 cawan air
- sedikit garam
Cara penyediaan
Tepung beras, tepung ubi, garam dan air
dibancuh sehingga sebati. Gunakan tudung periuk sebagai loyang dan guna satu
senduk adunan bagi setiap loyang. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus
hingga masak. Keluarkan kepingan laksam dari loyang dan digulung. Ulang proses
ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing.
Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan
garam & serbuk lada sulah. Matikan api dan ia sedia unduk dihidangkan.
Cadangan
Hidangan
Potong tepung laksam anggaran 1 sm
tebal. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan
kuah panas. Enak juga dimakan dengan sambal belacan.


