Showing posts with label A.Wahab Taha: Obey All Teachers' Instructions. Show all posts
Showing posts with label A.Wahab Taha: Obey All Teachers' Instructions. Show all posts

26.4.10

Obey All Teachers' Instructions

Laporan akhbar: Di Perlis ada pelajar yang nak terjun bangunan (bunuh diri?). Dinyatakan puncannya kerana stres diejek oleh pelajar-pelajar lain.

Di sekolah, ejek mengejek sesama rakan sekolah, memang banyak berlaku. Entah mengapa. Barangkali penerepan nilai-nilai murni merentasi kurikulum tidak sepenuhnya berjaya. Atau budak-budak ni tak pandai berkomunikasi.

Bagai saya, ejek mengejek dalam kalangan budak-budak di sekolah boleh menimbulkan banyak masalah disiplin.

Sebab itu, dulu, di sekolah manapun saya jadi pengetua (SMKPD, SMKSP, SMKTG, SMKR), perkara ini tak terlepas daripada pengurusan saya. Di setiap sekolah itu, saya adakan kod etika sekolah untuk mudahkan urusan disiplin murid. Hal membanteras ejek mengejek dan buli membuli ni menjadi agenda penting.

Di sekolah saya syaratkan pelajar faham dan amal 5 kod etika tigkahlaku seperti berikut:

1. Obey All Teachers' Instructions.
2. Look After Our School.
3. Look After Yourself And Your Friends.
4. Keep Your Hands And Feet To Yourself.
5. No Teasing And No Name-calling.

(Saya suka ungkapkannya dalam Bahasa Inggeris - ada sebab / rasional di sebalik penggunaan Bahasa Inggeris itu).

Yang No. 5 tu ada kaitan dengan perbuatan ejek-mengejek.

Tak taulah sama ada etika ini terus digunapakai selepas saya tidak lagi berada di sekolah-sekolah berkenaan.

Barangkali ia tidak mendatangkan apa-apa faedah pun!