Showing posts with label DISIPLIN. Show all posts
Showing posts with label DISIPLIN. Show all posts

17.10.08

KOD ETIKA SEKOLAH UNTUK PANDUAN PELAJAR



Ketika saya menjadi pengetua di beberapa sekolah di Pahang, saya menetapkan kod etika sekolah untuk panduan pelajar. Saya sengaja menyenaraikan kod etika tersebut dalam Bahasa Inggeris. (Ada tujuan tersirat di sebalik penulisannya dalam Bahasa Inggeris itu).


Terdapat lima perkara terkandung dalam kod etika tersebut:



- OBEY ALL TEACHERS’ INSTRUCTIONS

- LOOK AFTER OUR SCHOOL

- LOOK AFTER YOURSELF AND YOUR FRIENDS

- KEEP YOUR HANDS AND YOUR FEET TO YOURSELF

- NO TEASING, NO NAME CALLING


Sekurang-kurangnya sebulan sekali, dalam perhimpunan rasmi sekolah; saya atau guru-guru akan memperkatakan perkara-perkara yang berkaitan dengan kod etika ini kepada pelajar-pelajar.

26.9.08

Kelakuan Agresif


Di sekolah bukan mudah bagi guru menangani masalah kelakuan negatif murid. Ada pelbagai macam kelakuan murid. Kadang-kadang guru tiada pilihan melainkan mengatasi masalah tersebut dengan segera. Jika tidak, akan berlarutanlah, menjadi gangguan.

Dalam ketidaktentuan mengambil tindakan terhadap pelajar yang agresif, kadang-kadang tanpa disedari, guru bertindak mengikut emosi. Jika demikian tindakannya, pelajar akan merasa bangga kerana guru dianggap “kalah”. Pelajar bermasalah memang suka menakut-nakut kan guru.

Lebih baik jika guru bertindak lebih intelektual. Gunakan akal, tinggalkan emosi ketika bertindak.

Contohnya, bagaimanakah menanangani masalah pelajar yang suka merayau-rayau, mengganggu pelajar lain di dalam kelas ketika guru sedang mengajar. Jika mengikut emosi, katahati guru berkenaan akan bertanya: Kenapa “si kaki rayau” ini tidak menumpukan perhatian atau tidak membuat kerja? Apakah anggapan guru lain, seolah-olah saya tidak berupaya mengawal kelas? Akan timbul perasaan geram dan marah. Apabila emosi telah menguasai fikiran, mungkin secara spontan murid akan dihukum dengan keras tanpa memikirkan risikonya.

Lain pula keadaannya jika kita dapat menggunakan akal fikiran. Guru akan berfikir kenapa pelajar enggan mengikut arahan. Guru akan berfikir bahawa gelagat pelajar itu, bukanlah salah dirinya. Kelakuan pelajar demikian, adalah pilihan pelajar itu sendiri. Guru akan menyoal diri, dan berfikir apakah yang patut dibuat. Guru mungkin membuat keputusan untuk memberi amaran. Jika tidak berhasil, dendalah pelajar itu mengikut prosedur sekolah.

21.8.08

LAIN DISEBUT LAIN MAKSUD


Apa yang guru sebut dan (Apa yang guru maksudkan):

“Anak awak memang bijak mendapatkan maklumat daripada rakan-rakannya". (Dia didapati meniru ketika peperiksaan).{1

“Anak awak memang cergas dan bersmangat.” (Dia pelajar hyperaktif dan tidak boleh duduk diam). {2

“Anak awak mempunyai imaginasi yang mengkagumkan. Sangat berkebolehan menyusun fakta dengan cereka.” (Dia pelajar yang amat pandai bercakap bohong). {3

“Anak awak sentiasa tenang, menunjukkan dia seorang pelajar yang tidak kisah apa orang lain kata.” (Dia pelajar yang malas dan tidak peduli arahan guru supaya menyiapkan kerja rumah).{4

“Anak awak berbakat menjadi peguam.” (Dia sentiasa tidak bersetuju dengan tugasan yang diberikan oleh guru).{5

“Anak awak memang suka dengan cabaran daripada rakan sebayanya”. (Dia pembuli).{6

“Anak awak meminati alam sekitar dan sentiasa mengambil peluang meneroka persekitaran alam sekitar yang diminatinya”. (Dia didapati selalu ponteng sekolah dan suka bersantai di tepi pantai).{7

“Saya kagum kerana anak awak masih mengekalkan personaliti keanak-anakannya”. (Dia masih belum matang walaupun sudah berada di Tingkatan Lima).{8

“Anak awak sangat petah bercakap” (Dia sangat celupar).{9

“Anak awak suka berterusterang dan bersikap terbuka”. (Dia suka mencarut).{10

26.7.08

BAGAIMANA KELAKUANNYA ?


Dalam posting sebelum ini saya telah menulis tentang: Si Muslihat, Si Rayau, Si Ambilmudah, Si pengumpat, Si Leter dan Si Penyorok. Kali ini, ada beberapa lagi:

Kelakuan Si Mentah
Terlalu mementingkan diri sendiri.(1
Tidak mampu berfikir tentang diri sendiri.(2
Tidak mengikut arahan.(3
Banyak menghabiskan masa dan pengelibatan guru.(4
Bersikap keanak-anakan: merengek, menghentak kaki dll.(5
Tidak bersefahaman dengan rakan sebaya.(6
Tidak ingat perkara-perkara yang berkaitan kelakuannya yang tidak matang. Kadang-kadang dia sedar tentang emosinya yang tidak matang, dan bersetuju untuk berkelakuan lebih baik. Tetapi seketika kemudian kelakuannya menjadi tidak matang semula.(7
Lebih buruk, apabila ditegur tentang ketidakmatangannya, dia berlagak seolah-olah itulah kali pertama dia berkelakuan demikian.(8
Meneruskan kelakuannya, mengejek, mencuit, menyentuh, menjatuhkan buku ke lantai untuk menarik perhatian. Ini memperlihatkan ketidkmatangan yang berterusan.(9
Tidak dapat menyiapkan tugas harian tanpa merujuk kepada guru.(10

Kelakuan Si Tunjukpandai
Biasannya pelajar yang pandai.(1
Keputusan peperiksaannya baik.(2
Ingin semua orang tahu bahawa dirinya pandai.(3
Mendapat perhatian dan pujian melalui pencapaian dalam peperiksaan.(4
Berlagak sombong.(5
Tidak suka dan tidak membenarkan orang lain memberi pendapat untuk dirinya.(6
Memperlihatkan kelakuan yang suka bertanding – kadang-kadang membawa kepada perselisihan pendapat.(7
Berusahan supaya dirinya diterima dan ingin mempunyai hubungan yang baik.(8
Pada masa yang sama, memperli rakan-rakan yang tidak dapat menjawab soalan.(9
Mungkin sangat kreaif.(10
Sentiasa melihat ada cara lain untuk melakukan sesuatu.(11

Kelakuan SI Mahatahu
Berkelakuan seolah-olah dirinya tahu serba-serbi.(1
Tidak mahu menerima apa yang diberitahu kepadanya.(2
Sentiasa ingin bercakap.(3
Bersikap sombong kepada guru dan rakan sebaya.(4
Suka bertengkar.(5
Sukar untuk diajak berunding. Memberi pendapatnya sebelum orang lain habis bercakap.(6
Biasanya dia pelajar pandai dan selalu mengambil bahagian.(7
Menganggap dirinya sebagai pembantu guru.(8
Sangat kritis tentang tindakbalas orang lain tidak kira daripada pelajar lain atau orang dewasa.(9
Kadang-kadang mencerca, menggambarkan dirinya yang hilang kawalan.(10
Berfikir bahawa dirinya lebih tahu daripada orang lain.(11
Rakan-rakan mengatakan bahawa dia celupar.(12
Pendengar yang tidak baik.(13
Cuba mempengaruhi rakan sebaya.(14
Mungkin menjadi kera sumbang atau hanya berkawan denga orang yang berkelakuan seperti dirinya sahaja.(15

Kelakuan Si Muktamad
Sentiasa memberi “kataputus” kepada rakan sekelas, guru atau ibu bapa.(1
Perkeras dan berpegang teguh dengan kata-katanya walaupun dia tahu itu akan mencetuskan masalah.(2
Mencari perhatian walau bagaimana caranya sekalipun.(3
Sentiasa cuba membuktikan kebenarannya.(4
Degil dan tidak bertimbangrasa.(5
Menunjukkan kelakuannya secara berterusan – bukan berkala.(6
Walaupun ketika meminta maaf, dia masih berfikir orang lain silap dan mahu membuktikan kesilapan orang tersebut.(7
Mencari jalan untuk memperkecil orang lain.(8

Kelakuan Si Lewat.
Paling akhir: Lewat ke kelas, berbaris di belakang sekali. Sentiasa ketinggalan.(1
Perpura-pura terburu-buru, tetapi selalu paling akhir juga.(2
Kononnya jujur untuk menepati masa atau menyiapkan kerja.(3
Boleh jadi inginkan perhatian atau boleh jadi penakut.(4
ke kelas secara senyap takut malu atau masuk ke kelas dengan bising untuk menarik perhatian.(5
Biasanya kelihatan tidak terurus.
(6
Biasanya pelajar yang lemah dalam pelajaran.(7
Ketinggalan dalam membuat tugasan.(8
Kadang-kadang kelihatan seperti mempunyai potensi.(9

21.7.08

BAGAIMANA MENGHUKUM MURID ?


Mengapa murid-murid dihukum di sekolah?(1
Apakah murid-murid perlu dirotan, ditampar, dicubit supaya mereka belajar?(2

Mungkinkah kerana guru kurang sabar dan mudah teransang rasa marah ketika mengendalikan muri-murid?(3

Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana kurang kawalan diri dan rasa marah yang tidak dapat dibendung.(4

Memang tidak dinafikan ada murid-murid yang nakal dan tidak bertanggungjawab. Sebahagiannya pula bukanlah pelajar yang nakal tetapi hanya lemah dalam pelajaran.(5

Terdapat murid-murid yang sememangnya tidak memahami betapa pentingnya pelajaran kepada diri mereka kerana latarbelakang kehidupan yang mundur.(6

Sekiranya guru-guru bersifst kasar dan tidak mempunyai rasa empati kepada murid-muridnya, lama kelamaan murid-murid mereka akan menjauhkan diri.(7

Apabila murid-murid sentiasa dihukum dan tidak dapat melahirkan rasa kecewa mereka, akhirnya mereka akan hilang hargadiri. Mereka akan menjadi manusia introvert (hanya memusatkan perhatian kepada diri sendiri sahaja).(8

Mereka akan terus hidup untuk menjadi manusia introvert dan mementingkan diri sendiri sahaja.(9

Sekolah yang sihat persekitarannya mempunyai guru-guru yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Guru-guru mempunyai sifat lebih simpati apabila mempunyai kematangan emosi.(10

Sebelum mengenakan sebarang hukuman kepada murid-murid, guru-guru mesti menyedari, memahami dan menilai tentang perasaan murid-murid mereka.(11

Guru-guru mestilah terlebih dahulu cuba memahami kualiti diri mereka sendiri dan murid-murid sebelum mengenakan hukuman kerana sebarang tindakan yang silap akan menjatuhkan harga diri murid-murid. Kesilapan ini sukar dipulihkan.(12

Berkomunikasilah bersama murid-murid dengan penuh kesabaran!(13

Cubalah memberi inspirasi dan motivasi kepada murid-murid. Tawanlah hati mereka dengan toleransi dan hukumlah mereka dengan cara yang berhemah.(14

Menghindari diri daripada mengenakan hukuman fizikal kepada murid-murid adalah pilihan terbaik buat guru.(15


“If you punish a child for being naughty, and reward him for being good, he will do right merely for the sake of the reward; and when he goes out into the world and finds that goodness is not always rewarded, nor wickedness always punished, he will grow into a man who only thinks about how he may get on in the world, and does right or wrong according as he finds either of advantage to himself”.



19.7.08

BAGAIMANA MUSLIHATNYA ?


Posting kali ini ialah sambungan daripada tulisan saya terdahulu mengenai Si Biadab, Si Bingung, Si Tokoktambah, Si Kaki gaduh, Si Pelupa,

Kelakuan Si Muslihat
Lazimnya lantang dan menarik perhatian orang.(1
Selalu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi mempertahankan diri daripada kritikan orang lain.(2
Cuba meyakinkan dengan menggunakkan kata-kata yang sumbang.(3
Menggunakan kata-kata untuk menarik perhatian.(4
Kononnya “tahu semua” berkaitan dengan kehidupan.
Bertindak negatif ketikan berada dalam kumpulan yang ramai.(5
Cuba mengejutkan orang lain dengan perkataan-perkataan sumbang.(6
Menjadi seorang bersopan santun apabila berhadapan seorang sama seorang.(7

Kelakuan Si Rayau
Tidak duduk diam.(1
Tidak tetap di sesuatu tempat. Ada sahaja tempat yang hendak dikunjungi.(2
Sentiasa mencari alasan untuk mohon keluar kelas. Minta kebenaran untuk ke bilik air, pejabat, berjumpa guru atau ke bilik kaunseling atau ke tempat lain.(3
Selalu menggunakan perkataan “kecemasan” yang tidak boleh ditangguh.(4
Selalu tidak berada dalam kelas sewaktu pembelajaran.(5
Memaklumkan kepada kelas untuk membenarkannya pergi ke tempat penting yang lain.(6
Bangga dengan kelakuannya yang selalu keluar kelas.(7
Cuba mempengaruhi rakan sekelas mengikutinya.(8
Biasanya bukanlah pelajar yang baik dalam pelajaran.(9
Suka jika dapat meninggalkan kelas sebelum ujian atau tempoh menyiapkan tugasan.(10
Sentiasa berfikir ke mana dia akan pergi seterusnya.(11

Kelakuan Si Ambilmudah
Sentiasa ingin mendapat sesuatu secara mudah. Mahu pencapaian baik tanpa belajar. Mahu dihormati tanpa menghormati orang lain. Membuang masa guru kerana dia tidak menunjukkan minat belajar.(1
Mempamerkan perlakuan yang tidak selaras dengan aktiviti kelas, kerana matalamatnya ialah pencapaian yang mudah tanpa berusaha.(2
Banyak membuang masa dan tenaga dengan bersantai.(3
Kononnya pintar dengan “membuat sesuatu yang penting”.(4
Amat berpuas hati untuk berkelakuan “ambilmudah”.(5
Tidak kisah dengan pembaziran potensi dirinya.(6
Menyatakan bahawa perlakuannya itu membuktikan kebijaksanaannya.(7
Merasa puas dengan gaya dan lagaknya.(8
Memperli dan menyindir pelajar-pelajar yang rajin berusaha.(9

Kelakuan Si Pengumpat
Ada sahaja orang yang hendak diumpat.(1
Mebuat cerita tentang kawan sekelas, guru, GPK dan ibubapa. Malah bercakap tentang rakan karibnya juga.(2
Malanya, cerita yang dibawa ialah cerita yang buruk.(3
Menukar tajuk perbualan kepada cerita yang hendak disebarkan.(4
Tidak peduli sama ada cerita itu benar atau sebaliknya atau memberi kesan buruk kepada orang lain.(5
Mencari jalain untuk menarik perhatian. Jika tidak dapat dengan cara yang positif, akan digunakan teknik umpatan.(6
Tidak jujur atau tidak setia.(7
Sentiasa mahu mendapatkan maklumat untuk dikaitkan dengan orang yang diumpat. Fikirannya sentiasa dipenuhi dengan maklumat untuk dinyatakan kepada orang lain.98
Sentiasa mahu bersama orang lain.(9
Sentiasa mempunyai keinginan untuk bercakap.(10
Sentiasa bercerita tentang dirinya.(11

Kelakuan Si Leter
Berleter tentang apa sahaja: ujian, peperiksaan gred markah, kerja rumah dan lain-lain.(1
Marah dengan tiba-tiba, menjerit, mengeluh dan murung.(2
Mengeluh tentang hubungannya dengan orang lain.(3
Seperti tidak menyukai diri dan tanggungjawabnya.(4
Tidak suka kepada tugasan.(5
Selalu menyatakan bahawa dirinya sentiasa menjadi mangsa.(6
Bimbang dan takut dengan cabaran.(7
Selalu membuang masa.(8

Kelakuan Si Penyorok
Tidak mencuri, tetapi menyembunyikan pensel, buku, beg, dan benda-da lain hanya untuk keseronokan sahaja.(1
Menyorok benda-benda pada waktu-watku benda-benda itu diperlukan.(2
Menafikan tindakannya menyorok benda-benda tersebut.(3
Berpura-pura tidak bersalah.(4
Kadang-kadang membantu mencari benda-benda yang disoroknya.(5
Kadang-kadang melibatkan orang lain.(6
Merasa sedih kalau orang memarahinya.(7
Biasanya suka bersendirian.(8

Nanti akan disambung tentang kelakuan Si Mengkal, Si Lewat, Si lagakpandai , Si Tegas dan lain-lain…..

10.7.08

BAGAIMANA KALAU BUDAK BIADAB?

Dalam coretan yang lalu saya telah menulis tentang si pembuli, si pendesak, si badut, si pengadu, dan si pengacau. Seterusnya saya paparkan beberapa lagi......

Kelakuan Si Biadab

  • Tidak ambil peduli, tidak ambil berat. (1
  • Kekurangan motivasi kendiri (contohnya, selekeh).(3
  • Biasa tidak hadir atau lambat ke sekolah.(4
  • Menggunakan bahasa kasar/ kesat. (5
  • Suka memakai baju (misalnya baju-T) yang ada gambaran lucah.(6
  • Perlakuan biadabnya menganggu orang lain..(7

  • Kelakuan Si Bingung.
  • Bercakap tak tentu masanya, mengajak orang lain turut serta. (1
  • Bertanya soalan yang tiada kaitan dengan tajuk.(2
  • Menyampuk ketika diberi arahan tugasan.(3
  • Mudah bingung / kusut fikiran.(4
  • Sukar menumpukan perhatian.(5
  • Lebih mudah berkawan dengan pelajar yang lebih rendah usia kerana sukar diterima rakan sebaya.(6
  • Sukar menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran.(7
  • Lebih banyak melihat orang lain bekerja daripada menyertai mereka.(7
  • Kelakuannya menganggu orang lain. Lebih banyak mempunyai masaalah sosial daripada masaalah disiplin.(7.

  • Kelakuan Si Tokok
  • Dia bukan tidak disukai - cuma kadang-kadang tidak kita percayai. (1
  • Apa yang dikatanya, sebahagianya memang betul. Cuma kadang-kadang perkara kecil diperbesar-besarkan. Suka menokoktambah cerita.(2
  • Seringkali, perlakuannya mengarah kepada fantasi, bukan kehidupan realiti.(3
  • Kemampuannya boleh dipersoal, melainkan mendapat bantuan guru.
  • Memerlukan perhatian.(4
  • Ingin memperlihatkan dirinya sebagai penting. Perkara kecil yang terjadi dinggap besar dan penting.(5
  • Mempunyai harapan yang tinggi agar diterima oleh orang lain.(6
  • Kelakuan Si Gaduh
  • sentiasa melibatkan diri dalam pergaduhan dengan pelajar lain. (1
  • Mempunyai keinginan supaya diutamakan, menjadi yang terbaik dan yang terkuat.. (2
  • Mempunyai mentaliti suka bergaduh. Selalu ingin memulakan pergaduhan.
  • Seringkali merungut dan mengadu kepada guru tentang pelajar lain, keadilan, banyak tugas, dll.. (3
  • Melihat dirinya sentiasa benar dan tidak pernah salah.(4
  • Mendapat keseronokan dengan memperkecil-kecil corang lain.(5
  • Tidak mempunyai ramai kawan.(6
  • Telah diasuh untuk menyelesaikan masaalah dengan cara bergaduh. Berkait rapat dengan asuhan di rumah.(7
  • Kelihatannya boleh memaafkan orang tetapi penyelesaiannya dengan cara pergaduhan. (8
  • Berasa sombong apabila memenangi pergaduhan. Dan apabila kalah, ajak begaduh “pada masa lain”. Selalu kecundang dalam peperiksaan. Walaupun dibelasah, tetapi sentiasa ingin memulakan pergaduhan. (9
  • Kelakuan Si Pelupa
  • Gagal menyiapkan kerja rumah.(1
  • Tidak membawa peralatan sekolah.(2
  • Lupa melaksanakan tanggungjawab.(3
  • Sentiasa cuba meminjam peralatan orang lain.(4
  • Meninggalkan kelas untuk mengambil peralatan sekolah.(5
  • Merasa tersinggung apabila dikataka pelupa..(6
  • Tidak memulangkan peralatan yang dipinjam (7
  • Selalu ketinggalan dalam pelajaran.(8
  • Selalu meminta maaf kalau terlupa.(9
  • Mengharap orang lain tolong ingatkan.(10
  • Menyalahkan orang lain jika terlupa.(11
  • Mungkin marah jika orang tidak memberitahunya.(12
  • Mengharapkan orang lain.(13
  • Membuat tugasan pada saat-saat akhir.(14
  • Dalam tulisan akan datang saya akan paparkan kelakuan Si Muslihat, Si Mundarmandir, Si Leter, Si Pengumpat…

1.7.08

BAGAIMANA MENGENALI PENGACAU



  • Coretan kali ini ialah sambungan coretan yang lalu berkaitan dengan kelakuan murid-murid di sekolah...
  • 2. Kelakuan Si pembuli:
  • *Suka mendesak orang lain, dengan perkataan maupun perbuatan.
  • *Berterusan mengugut orang lain.
  • *Mempunyai sifat panas baran dan bercakap kasar. Berlagak sombong dengan kekuatannya.
  • *Berkelakian negatif. Konsep kendiri yang sangat lemah. Bersikap agresif dengan orang lain jika menghadapi masaalah. Sentiasa merasakan orang lain akan mengambil kesempatan terhadap dirinya.
  • *Biasanya memberi tahu orang ramai apa tindakan yang akan diambil.
  • *Biasanya mempunyai masaalah pembelajaran.
  • *Menggunakan fizikal secara aggresif, tetapi biasanya di luar bilik darjah. Di dalam bilik darjah, membuat ancaman secara lisan, apa yang akn dilakukan selepas waktu skolah.
  • *Sentiasa bertindakbalas fizikal secara negatif.
  • *Sengaja mencari massalah.
  • *Ibubapa mungkin menggalakkan pergaduhan.
  • 3. Kelakuan Si pendesak
  • *Sentiasa mendesak untuk mendapat “lebih” daripada apa yang sepatutnya. Jika diberi masa tambahan selama lima minit, akan dituntut sepuluh mimit. Apa sahaja respons guru, sentiasa minta “lebih” .
  • *Apabia guru mengubah jawapan soalan ujian, sertamerta meminta guru mengubah jawapan yang lain juga.
  • *Cuba mengelak daripada menjalankan tugas.
  • *Menimbulkan kemarahan guru yang berpengalaman, tetapi memberi perhatian sambil lewa kepada guru baru.
  • *Berjumpa dengan pengetua untuk menuntut markah yang lebih.
  • *Akan memberikan hujah untuk mendapat “lebih”.
  • 4. Kelakuan Si Badut:
  • *Selalu menarik perhatian ahli kelas dengan perlakuan yang lucu.
  • *Akan bersikap atau membuat sesuatu yang lucu untuk mengekalkan perhatian ahli kelas.
  • *Tidak tahu bila hendak berhenti.
  • *Tangkas memberi respon kepada apa yang berlaku.
  • *Merasa seronok mendapat perhatian walaupun ketika diberi teguran oleh guru perihal kelakuannya.
  • *Boleh jadi pelajar ini sangat pintar ataupun pelajar yang sangat lemah.
  • *Tidak akan berhenti selagi tidak mendapat perhatian.
  • *Mungkin jadi popular..
  • *Mental dan fizikal yang aktif.
  • *Biasanya, kurang matang dari segi emosi.
  • *Bukan pemimpin, mungkin sebenarnya kesunyian.
  • *Banyak masa bermain-main daripada menyiapkan tugas.
  • *Amat memberi perhatian dengan hal-hal berkaitan rakan sebaya.
  • *Membual kelakar untuk menyembunyikan kelemahan pencapaian.
  • *Kemingkinan hiperaktif.
  • *Tidak serius – semuanya dijadikan bahan lucu.
  • *Merasa sangat tidak selamat.
  • *Seringkali tidak bersedia, tidak membawa buku atau peralatan ke kelas.
  • 5. Kelakuan Si Pengadu.
  • *Selalu merengek atau merungut tentang perkara perkara yang patut dilakukanya. Seolah-olah dia ditindas.
  • *Biasanya pemalas.
  • *Tidak mempunyai peralatan belajar, tetapi selalu mempunyai alasan.
  • *Kerana kurang mitivasi kendiri, biasa menggunakan aduan sebagai alasan.
  • *Membangkit-bangkit dan mengulang menyatakan kesilapan orang lain untuk mengelak diri daripada membuat tugasan mengukuhkan ego diri sendiri.
  • *Mengharapkan perhatian dengan memberi komen “saya tak pernak diberi peluang” atau “kenapamesti saya buat, tak ada orang lain pun yang buat”.
  • *Berlagak seolah-olah dia sahaja yang bekerja,tetapi hakikatnya dia hanya pandai merungut.
  • *Seringkali kelihatan bosan.
  • *Mempersoal segala keputusan, peraturan, dan lain-lain.
  • *Menunjukkan kemarahan sebaik-baik sahaja alasannya tidak menjadi.
  • *Melaksanakan tugas sekadar “melepaskan batuk di tanga” (ala kadar) sahaja.
  • *Secara umumnya mempunya konsep kendiri yang lemah.
  • *Mencari perhatian dengan menyatakan rasa tidak puas hati.
  • *Biasanya mengatakan “Saya tidak diberi peluang” atau “ Kenapa awak menyalahkan saya saja?”
  • 6. Kelakuan Si Pengacau:
  • *Mengganggu guru dan pelajar lain.
  • *Sentiasa membuat perkara-perkara bertentangan arahan guru.
  • *Memberikan jawapan yang bodoh, tidak masukakal dan tidak difahami apabila disoal guru
  • *Menjatuhkan buku, ketawa, mengeluh, atau membuat bunyi-bunyi aneh.
  • *Berteriak memanggil orang lain apabila orang lain sedang bercakap.
  • *Mengubah tajuk perbualan.
  • *Sengaja mencari kesalahan orang lain.
  • *Mencari kelemahan pada peraturan dan ketetapan.
  • *Sentiasa menyatakan dia tidak faham apa yang sedang berlaku.
  • *Belagak sedih seolah-olah dirinya menjadi mangsa apabila ditegur guru.
  • *Mungkin menunjukkan sikap permusuhan apabila terlibat dengan masaalah.
  • *Selalunya tidak mempunyai pencapaian yang tinggi dalam pelajaran.
  • 7. Nanti akan saya tuliskan pula tentang perlakuan Si Biadab, Si Bingung, Si Tokoktambah, Si Kaki gaduh, Si Pelupa, SI Muslihat.. . .