
1.Sampai di rumah selepas bertadarus di surau, telefon rumah berdering; seorang rakan isteri memberitahu anaknya disengat tebuan di lengan.
2. "Jangan risau", kata isteri saya. "Penawarnya mudah saja".
3. Entah apa penawarnya itu. Saya hanya terdengar isteri saya tergelak ketawa, menjawab panggilan telefon.
4. Saya pun ingin tahu juga, lantas bertanya.
5. Oh!, itu penawarnya?
6. Patutlah bila anak saya disengat lebah atau diketip lipan, isteri saya relax saja. Rupa-rupanya dia ada penawarnya.
7. Saya bertanya bagaimana kalau saya tercucuk sengat sembilang atau sengat pari. Sambil ketawa isteri saya berkata: "Itu lain penawarnya, tak payahlah pergi memancing."
8. Oleh sebab saya terlalu ingin tahu bagaimana penawar sengat dan gigitan serangga berbisa itu boleh berkesan, isteri saya memberi tahu: "Sapu dan gosok saja, hilang bisanya, bengkak pun tidak."
9. "Sapu di 'pintu', gosok tempat kena sengat tu, ibu sendiri saja yang boleh buat, orang lain tak boleh. Ayahnya pun tak boleh buat. Ibu saja" Isteri menjelaskan.
10. Isteri saya tahu, yang saya tidak percaya. "Ya, gosok dengan tapak tangan di 'pintu' tu, lepas tu terus sapu di tempat kena sengat tulah."
11. (Alamak macaam gosok lampu Aladdin, ada magic pulak!. Kalau jin yang muncul, susah juga nanti )
12. Akhirnya isteri saya berterus terang.
13. Saya bertanya, " kenapa gosok di 'pintu' pulak?"
14. "Kan 'pintu' tu tempat si anak mula-mula menyedut udara, bernafas dan mula melihat dunia luar."
15. Sampai sekarang, saya masih memikirkan perkaitannya…
16. Saya bertanya sama ada dia ada penawar H1N1, isteri saya kata, "Untuk abang ada lah, tapi penawar BINI."
.......
Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:
“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Petikan daripada:
........