Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

17.12.09

Marah Disakiti



Cuba ingat kembali, berapa kali kita berasa marah pada hari ini, tidak kiralah apa sebabnya.

Kemarahan memang ada secara semula jadi – asam garam kehidupan.

Dunia dipenuhi dengan segala macam keganasan, kebencian, peperangan dan kekerasan. Dengan demikian kita berhadapan dengan kemarahan sejak kita memulakan kehidupan.

Ramai orang yang mudah berasa marah namun ramai juga yang dapat mengawal perasaan itu.

Kemarahan berkait rapat dengan emosi dan sesuatu yang sukar dihindari. Selagi kita masih hidup, ada ketikanya kita disakiti, dan tanpa disedari kita tenggelam dalam perasaan ingin membalas dendam.

Tetapi ketika kita terasa disakiti, bukankah kita ada pilihan? Kita tidak semestinya melayani perasaan ingin membalas dendam itu.

Malah kita tidak perlu pun “merasa marah”. Kita tidak perlu menjadi agresif atau ganas. Bukankah kita boleh berkata kepada diri sendiri, “Memang saya sakit hati. Tetapi mereka itu manusia yang semulajadinya memang mempunyai sifat marah. Saya tidak mampu menghapuskan sifat semulajadi itu. Tidak perlulah saya kembalikan kemarahan itu kepadanya.”

Dengan demikian kita menjadi orang yang pemaaf.

Tindakan kekerasan dan keganasan hanyalah tanda-tanda “ketandusan kasih-sayang dan kecintaan”. Degan tindakan dan tanda-tanda itu, orang akan terasa amat bangga untuk mempertahankan diri.

Namun, pada ketika-ketika tertentu, kita perlu bangkit untuk mempertahankan diri kita dan orang lain juga, untuk membuktikan kebenaran. Malah kadang-kadang terbawa-bawa kecenderungan untuk membalas dendam. Jika berdiam diri dan tidak mempertahankan perasaan kita, itu juga tanda-tanda “ketandusan kasih sayang dan kecintaan”.

Ketika berhadapan situasi begini, ( dengan sesiapa – ahli keluarga, rakan-rakan, kekasih dan sebagainya) - adalah penting bagi kita berterusterang tentang perasaan kita.

Kita perlu berterusterang sebaik-baik sahaja kita mula merasai tanda-tanda kita disakiti. Ini bermakna kita perlu bijaksana mengenalpasti perasaan disakiti itu. Kita mesti bijaksana berhemah menuturkan kata-kata sebelum kesakitan itu bertukar menjadi kemarahan yang menjurus kepada keadaan yang lebih negatif.

Kebanyakan orang tidak suka mendengar “kebenaran” tentang diri mereka, dan biasanya mempertahankan diri dengan melakukan serangan balas. Misalnya, mereka mungkin menuduh kita cuba “menilai” dirinya, padahal kita hanya menyatakan perasaan kita sahaja.

Kita hanya bercakap kerana kita prihatin dan percaya bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Kita hanya memberikan maklumat dan apa yang hendak dilakukan dengan maklumat itu, terpulanglah kepada dirinya.

Demikianlah: kita merasa disakiti, kita meluahkan perasaan kita jika perlu, dan kita maafkan. Namun selepas itu, kita merasai masih ada semacam emosi berlegar-legar dalam diri. Apa yang dapat kita lakukan? Biarkanlah saki baki rasa sakit itu mencair dalam kehidupan di dunia yang memang penuh dengan pelbagai kesedihan ini.

15.10.09

Aku hanya pengantara...


"Dulu ketika masih perkasa, aku menjadi pengantara nelayan dengan hidup-matinya mengharungi samudera.

Kini setelah mereput dan tua, aku menjadi pengantara nelayan dengan kenangannya merentasi masa".

15.7.09

AYAHNYA SEPERTI ANJING

Emilu Mabou, 29 tahun, wanita Ghana memilihnya menjadi suami kerana si jantan itu mempunyai kualiti sama seperti ayahnya.


Adiknya menyatakan, keluarga Mabou telah memboikot perkahwinan itu. Itu tindakan bodoh, kata mereka. Bukan itu caranya mengatasi kesunyian.


Tetapi Emilu berkata, perkahwinan itu adalah tepat kerana dia telah berdoa sekian lama mengharapkan pasangan yang mempuynyai kualiti seperti bapanya.


“Bapa saya seorang yang baik, beriman, taat kepada ibu dan selalu memberi layanan yang baik.


“Saya telah menjalinkan hubungan dengan banyak lelaki di Togo, tetapi mereka semuanya sama – pembohong dan buaya darat. Si jantan yang saya pilih sebagai suami saya ini baik, taat dan hormati saya,” kata Emilu.


Dalam majlis itu, paderi yang mengahwinkan mereka meminta penduduk-penduduk kampung supaya tidak memperolok-olok perkahwinan itu tetapi bersama-sama bergembira kerana Emilu telah menemui kegembiraan yang diidaminya.


Ketika ditanya bagaimana dia akan mendapat zuriat dengan sang anjing kesayangannya berusia 18 bulan yang menjadi suaminya itu, Emily berkata:


“Kami akan mengambil anak angkat.”


21.3.09

Perempuan Sukar Difahami, Lelaki Tidak mengerti.


Pada setiap masa kita berhadapan dengan insan yang dipanggil perempuan. Sama ada lelaki itu seorang suami, pengurus, pekerja maupun pesara, selagi dipanggil lelaki, maka di situ ada perempuan bersama.

Walaupun lelaki sentiasa hampir dengan perempuan, namun perempuan memang tetap sukar difahami!

Banyak sebabnya kenapa sukarnya memahami perempuan. Salah satu puncanya ialah, perempuan tidak berterus terang kepada lelaki apa yang dikehendaki oleh mereka.

Ada 1001 kehendak perempuan. Lelaki mesti berusaha memahami segala kehendak itu. Di sinilah seringkali berlaku perselisihan. Lain yang dikehendaki, lain pula yang diberi.

Saya fikir ada beberapa perkara penting yang sangat diharapkan oleh perempuan. (apa yang sempat saya fikirkan):

Lelaki mesti faham bahawa:
Perempuan amat mementingkan kasih sayang. Bagi mereka, ia suatu realiti kehidupan yang tiada noktahnya. Perempuan meletakkan kasih sayang sebagai bukti kebahagiaan hidupnya. Perempuan akan menganggap lelaki tidak menyintai mereka jika lelaki tidak memberi tumpuan sepenuhnya. Perempuan menganggap cinta itu sebagai satu tanggungjawab dan berusaha melaksanakannya sebaik mungkin. Mereka menjadi “pengawal” cinta.

Lelaki mesti faham bahawa :
Perempuan adalah ‘perekacipta’ yang suka memperlihatkan keindahan, kemeriahan, merencana, mengeratkan hubungan dan kasih sayang. Ada rasa nikmat dan kepuasan jika ini dapat ditunaikan. Mereka yakin akan potensi diri untuk menjdikan sesuatu lebih baik dan mengharapkan potensi itu sentiasa berkembang mekar.

Lelaki mesti fahan bahawa:
Perempuan amat mementingkan masa. Masa bersama pasangan menjadi amat penting bukan kerana ingin mengawal tetapi kerana ingin membantu. Apabila lelaki lupa akan masa dan tarik tertentu yang istemewa, perempuan akan menganggap lelaki tidak peka, tidak prihatin dan tidak mahu menyemarakkan kasih sayang. Setiap hari perempuan mengharapkan lelaki membuktikan kasih sayang kepada mereka.

Lelaki mesti faham bahawa:
Perempuan ingin merasa selamat. Mereka inginkan rasa tenang dan yakin dalam hubungan dengan lelaki. Untuk rasa selamat, perempuan sentiasa mengharapkan kasih dan sayang kepada dirinya semakin bertambah. Rasa tidak selamat akan pulih dengan cepat jika lelaki sentiasa memberi jaminan akan rasa cinta dan keprihatinan. Jika perempuan memperlihatkan sikap dingin atau marah, jangan mudah membuat andaian tentang perasaannya itu. Mungkin dia hanya rasa bimbang.

Lelaki mesti faham bahawa:
Perempuan mahu dirinya dihargai. Mereka mahu membuktikan kemampuan menjadikan lelaki lebih bahagia. Mereka mahu lelaki menunjukkan penghargaan melalui tingkahlaku dan ucapan. Mereka merasa lebih dihargai jika lelaki menunjukan bahawa dirinya adalah keutamaan dan menghargai kebahagiaannya. Lebih bahagia apabila lelaki menunjukkan bahawa diri mereka (perempuan) amat diperlukan. Perempuan akan merasa tidak dihargai jika lelaki tidak meminta bantuannya jika menghadapi masalah.

Banyak lagi yang perlu difahami oleh lelaki. 1001 macam perkara lagi… Tidak mampu difahami semua…

Namun,
Ramai lelaki yang percaya bahawa:
Perempuan tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada.
Perempuan mempunyai selera dan citarasa yang amat tinggi.
Perempuan sentiasa mahu mengawal lelaki.
Perempuan sangat cemburu.
Perempuan terlalu emosional.
Perempuan yang berdikari dan kompetent tidak perlu dibantu.
Perempuan merampas kebebasan lelaki.

Lelaki, kepercayan-kepercayaan ini perlu ‘dinilai semula’ kerana semuanya itu amat tidak disenangi oleh perempuan!

“Allah menjdikan makhluk berpasang-pasangan…”