Setiap hari ada sahaja guru yang bertugas di luar. Pelbagai tugasan. Ditugaskan oleh PPD, JPN, KPM. Itu rungutan seorang rakan, guru.Kadang-kadang sampai 30% guru tiada di sekolah!
Ganti lagi! Itu juga rungutan guru-guru.
Mereka mengambil alih tugas guru-guru yang ‘tiada’.
Teringat saya akan kata-kata seorang pegawai JPN, dalam ceramahnya:-
"There is no such thing as free period".
Seringkali kurikulum sekolah terganggu.
Sejauh mana berkesannya guru ganti, tidak diketahui.
Ini sesuatu yang biasa berlaku. Apakah yang biasa itu semestinya betul?
Saya teringat juga akan kata-kata seorang pengarah pendidikan:
“A class without a teacher is a very dangerous class!”.
Banyaknya manik!. Itulah yang tercetus dalam fikiran ketika saya terserempak dengan seorang kenalan.
Kreatifnya dia. Di bajunya ada manik-manik yang disulam menjadi corak hiasan. Tepi tudungnya juga tersusun manik-manik. Ada gubahan manik berbentuk bunga dipinkan pada tudungnya itu. Di pergelangan tangannya ada gelang yang diperbuat daripada manik.
Tak taulah, mungkin di lehernya terkalung rantai yang diperbuat daripada manik! Barangkali manik-manik itu membantu dia menjadi lebih ceria.
Mengikut sejarahnya, manik merupkan artifak perdagangan yang mendapat sambutan kerana peranannya sebagai hiasan, lambang dan status, di samping untuk tujuan keagamaan dan tujuan sosial lainnya. Dulu, manik ada yang diperbuat daripada batu, tulang ikan, kaca dan bahan-bahan lain. Manik terdapat dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna.
Sebagai pengguna manik, kenalan saya itu barangkali juga mempunyai peranan sebagai penyambung sejarah dengan cara dan tujuan yang berbeza! Manik ada maknanya yang tersendiri.
TOKSIK I: 1. Tidak kita sedari, setiap hari tubuh kita dicemari bahan toksik!
2. Udara, bahan makanan dan persekitaran tercemar , dan tanpa kita sedari tubuh kita menjadi stor simpanan pelbagai penyakit.
3. Keadaan ini diambil peluang oleh pembuat pelbagai jenama ”ubat”, ”alat”, ”suplemen” dan ”makanan” nyah-toksik.
4. ”Nyah-toksik” sudah menjadi satu industri. Iklan pelbagai jenama disebarkan seluas-luasnya.
5. Orang kampung juga sudah mengerti apa itu toksik mengikut kefahaman yang diberi oleh pengiklan.
TOKSIK II: 1. Tidak kita sedari, setiap hari perasaan kita juga dicemari toksik. Toksik dalam perhubungan!. Toksik jenis ini lebih berbahaya!.
2. Orang lain boleh mencemari perasaan kita dengan pelbgai cara sehingga ada jiwa yang tercedera.
3. Ada yang menanggung perasaan sehingga menjadi sedih, stres dan murung berpanjangan.
4. Toksik dalam perhubungan ini boleh berlaku di mana-mana, di rumah maupun di tempat kerja.
5. Ada seorang ibu memberi gelaran ”anak gajah” kepada anak perempuannya, berusia lima belas tahun. Dan anaknya itu obesiti!.
6. ”Pergi panggil anak gajah, ajak makan sama”, kata si ibu mengarahkan anak lelakinya memanggil si kakak. Aduhai, itu toksik menyerang jiwa, merundung perasaan.
7. Itu sekadar satu contoh yang saya lihat dan dengar sendiri.
8. Ada yang mengalami toksik pencemaran dalam perhubungan (rumahtangga, keluarga, di tempat kerja, dalam masyarakat dll.) ini bertahun-tahun lamanya. Penderaan emosi!. Namun ada yang sudah menjadi lali.
Kita manusia berhak hidup sihat sejahtera dan bahagia. Kita mahu diri dan perasaan kita bebas-toksik. Mana penawar nyah-toksiknya?
1.Cacing? Cacing, 'makhluk' kecil yang mampu meransang deriarasa manusia. Hebatnya cacing. Boleh timbul rasa geli. Rasa loya. Rasa jijik. Rasa hebat. Rasa cantik. Rasa bangga. Rasa marah!
2. Masa saya kanak-kanak (umur 5 – 6 tahun), biasalah dengan sang cacing. Jika ibu dapati saya kurang selera makan, diberinya penawar, disuapkan sesudu ‘Ridto’ sirap merah manis. Ubat cacing! Esok paginya, akan terasalah geli gelemannya. Apa tidaknya, berserabut sang cacing yang kepeningan ingin cepat keluar. Geli gelemanpun buat selamba sahaja memantapkan teranan. Meliuk lintuk sang cacing keluar kemabukan! Kadang-kadang menjadi rezeki sang ayam. Dan ada juga anak ayam yang turut mabuk bersama cacing yang terjulur di muncungnya.
3. Isi waktu lapang bersama cacing. Ambil cangkul dan gali di belakang rumah. Cacing dibawa bersama ke tepi paya atau sungai. Jika ada rezeki, boleh sahaja dibawa pulang puyu, seluang, haruan, baung dan udang galah yang mahal harganya itu. Wah, gembiranya si anak bersama ayah ketika cuti!.
4. Sekarang cacing mampu membuat orang tersenyum, bangga dan merasa senang hati. Cacing diternak, mendatangkan rezeki lumayan. Dijadikan baja kompos kegunaan petani. Ada perawan yang tersenyum manis dengan gincubibir dan kosmetik yang dihasilkan daripada cacing! Tersenyum lebar dengan pujian rakan-rakan dan kekasih!
5. Timbul pula rasa kurang senang bila komputer kecacangingan! Hampir seminggu komputer saya diserang. Cacing Maya! (worm). Ada orang bijakpandai teknologi. Diciptanya cacingmaya, berserta dengan produk penangkisnya. ‘Menganggu’ keseronokan bergelintar di alammaya. Itulah kehebatan manusia bersahabat dengan sang cacing!
6. Apapun, ramai yang menyenangi sang cacing! Semoga anda tidak kecacingan…
1. Sebagai manusia,’marah’ sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. 2. Kita sentiasa berhadapan dengan ‘marah’ dan terpaksa menguruskan ‘marah’. 3. Jika ‘marah’ tidak dapat dikendalikan, akan timbul masaalah dalam kehidupan seharian. 4. Dulu, sewaktu menjadi pengetua, seringkali saya berhadapan dengan ‘marah’. 5. Suatu ketika ada seorang guru masuk ke pejabat saya dan membawa ‘marah’ bersama-samanya. 6. Saya melayan guru yang membawa ‘marah’ itu bagaikan saya melayani VIP. 7. Saya mendengar dengan penuh minat luahan ‘marah’nya dari awal hingga akhir. 8. Setelah dia selesai, saya katakan saya amat bersetuju dengan ‘marah’nya itu. 9. Kemudian saya bertanya kepadanya apakah yang dapat saya bantu untuk 'merawat' ‘marah’nya itu. 10. Guru yang marah kepada saya itu hanya mengucapkan terima kasih dan keluar daripada pejabat saya. 11. Sehingga sekarag, saya tidak tahu sama ada guru itu membawa keluar ‘marah’nya itu atau ditinggalkan ‘marah’nya itu di pejabat saya. 12. Selepas itu, guru yang pernah ‘marah’ itu menjadi sahabat karib saya.
Dulu penah aku bgitau kengkawan aku ( tentu cikgu sazili masih ingat). Aku nak blajar tulis mcm diorang tulis kat blog. Bhs yg simple je. Klu aku slalu tulis serius je, orang boring lak.
Nilah nak cuba. Rasa ni mcm tulisan paling susah aku nak tulis. Bkn susah je, ta p bucuk n hancing lagi.
Aku nak cita psl beza lelaki n pompuan lah. Ko sema taulah ape bezan dia. Fizikal dah tentu ko tau beza punya.
Ta p yg aku na cita bkn beza fizikal ta p beza camne lelaki n pompuan “buangin” dan “mbeser”. Tapi aku nak fokus tang bunyi buangin n mbeser tu ajelah. Bunyine je tau!
Orang lelaki klau nak buangin tu x kira tempat. Lepas je. X kisah beso mana bunyi dia. Lepas je mrata2. Bot sana, pet sini, broot sana, pet-pet sini ke x kisah. Ada bunyi pnjng. Ada bunyi pendek. yg bunyi nyaring n serak-serak bash pun ade.
Masa skolah dulu aku blaja sains. Kata cikgu, bunyi terhasil sbb ada getaran. Byangkan camne getarnya tmpat kuar si buangin tu.
X kisah punya, Bau jgn kira. Orng len X suka tutup idung lah. Larila jauh2. X kiralah bau apepun, bau longkang ke, bangkai ke, petai ke, tempoyak ke… jgn peduli. Asal lepas, lega.
Orng pompuan lain. Beza tau. Terasa nak buangin kena kontrol abisss. Malu klau dngar bunyi. Kena kontrol getarnya tu. Mesti senyap betui2. bunyi cam tayar basikal pancit pun x leh. Bau dia ja d misteri, w/pun baun dia sama je cam orng lelaki punya. X mcm llaki, pompun mmng X suka brtrustrang. Diam2 je. selamber je…senyum simpul je. Jgn pulak nnti ada yg tuduh-menuduh. Ko tau tak, ada pompuan yg x pernah ada bunyi buangin tu, seumur idup. Kontrol habis. Kurang dahh 1 nikmat.Ta pi kalu masa sorang2 tak taulah. Lepas geram juga gaknya. Bila lepas geram sesekali tu, bosalah bunyinyo.
Maafla klu korang x fahan aku tulis ni.
Lagi 1, cite psal mbeser lak. Ni lagi lah bnyak jugak beza dia. lelaki n pompuan mmng x same. Tempat kuar lain, bunyi lain, getar lain. Malas la aku nak cita bab bunyi n getarnye tu. korang pikirla sendiri. Bukan korang x tau camne…
Kalau kengkawan aku kat dbp tu tau aku tulis camni, sampai mati aku kena kutuk…
Dalam situasi tertentu lelaki/suami mungkin akan mengucapakan kata-kata berikut yang ditujukan kepada perempuan/isteri. Agaknya apakah reaksi atau perasaan perempuan/ isteri apabila kata-kata ini ditujukan kepada mereka?: 1.“Relaxlah” 2.“Muncung je!” < 3.“Cuba bertenang!” 4.“Awak ni lebih-lebih sangatlah!” 5.“Nak mengamuk aje!” 6.“Jangan jadi macam budak-budak!” 7.“Jangan emosional!” 8.“Cubalah bertenang!” 9.“Saya tak nak cakap fasal tu lah!” 10“Berapa lama nak cakap fasal ni?” 11.“Nak berjaga sepanjang malam bercakap fasal ni?” 12.“Saya dah serik nak bincang fasal ni!” 13“Ha, dah mula nak cari fasal lah tu!” 14.“Itulah kalau suka dengar cakap orang!” 15.“Nak apa lagi ni!” 16.“Kan kita dah pernah cakap fasal ni!” 17.“O.k, o.k, awaklah yang betul, saya yang salah. Puas hati?!” 18.“Ah, lupakan aje lah!” 19.“Mintak maaflah kalau awak terasa!” 20.“Saya taulah apa yang saya buat!” 21.“Biarlah saya saja yang uruskan!” 22.“Janganlah risau sangat!” 23.“Awak fikir saya ni teruk sangat ke?” 24.“Manalah saya mampu nak buat tu semua!” 25.“Kenapa tidak?” 26.“Awak taukan saya memang macam ni!” 27.“Awak ni dah tambah gemuk!” 28.“Awak ni serupa macam mak awak!” 29.“Agaknya memang sudah ditakdirkan saya tidak dapat kahwin lebih daripada satu!”
Pada setiap masa kita berhadapan dengan insan yang dipanggil perempuan. Sama ada lelaki itu seorang suami, pengurus, pekerja maupun pesara, selagi dipanggil lelaki, maka di situ ada perempuan bersama.
Walaupun lelaki sentiasa hampir dengan perempuan, namun perempuan memang tetap sukar difahami!
Banyak sebabnya kenapa sukarnya memahami perempuan. Salah satu puncanya ialah, perempuan tidak berterus terang kepada lelaki apa yang dikehendaki oleh mereka.
Ada 1001 kehendak perempuan. Lelaki mesti berusaha memahami segala kehendak itu. Di sinilah seringkali berlaku perselisihan. Lain yang dikehendaki, lain pula yang diberi.
Saya fikir ada beberapa perkara penting yang sangat diharapkan oleh perempuan. (apa yang sempat saya fikirkan):
Lelaki mesti faham bahawa: Perempuan amat mementingkan kasih sayang. Bagi mereka, ia suatu realiti kehidupan yang tiada noktahnya. Perempuan meletakkan kasih sayang sebagai bukti kebahagiaan hidupnya. Perempuan akan menganggap lelaki tidak menyintai mereka jika lelaki tidak memberi tumpuan sepenuhnya. Perempuan menganggap cinta itu sebagai satu tanggungjawab dan berusaha melaksanakannya sebaik mungkin. Mereka menjadi “pengawal” cinta.
Lelaki mesti faham bahawa : Perempuan adalah ‘perekacipta’ yang suka memperlihatkan keindahan, kemeriahan, merencana, mengeratkan hubungan dan kasih sayang. Ada rasa nikmat dan kepuasan jika ini dapat ditunaikan. Mereka yakin akan potensi diri untuk menjdikan sesuatu lebih baik dan mengharapkan potensi itu sentiasa berkembang mekar.
Lelaki mesti fahan bahawa: Perempuan amat mementingkan masa. Masa bersama pasangan menjadi amat penting bukan kerana ingin mengawal tetapi kerana ingin membantu. Apabila lelaki lupa akan masa dan tarik tertentu yang istemewa, perempuan akan menganggap lelaki tidak peka, tidak prihatin dan tidak mahu menyemarakkan kasih sayang. Setiap hari perempuan mengharapkan lelaki membuktikan kasih sayang kepada mereka.
Lelaki mesti faham bahawa: Perempuan ingin merasa selamat. Mereka inginkan rasa tenang dan yakin dalam hubungan dengan lelaki. Untuk rasa selamat, perempuan sentiasa mengharapkan kasih dan sayang kepada dirinya semakin bertambah. Rasa tidak selamat akan pulih dengan cepat jika lelaki sentiasa memberi jaminan akan rasa cinta dan keprihatinan. Jika perempuan memperlihatkan sikap dingin atau marah, jangan mudah membuat andaian tentang perasaannya itu. Mungkin dia hanya rasa bimbang.
Lelaki mesti faham bahawa: Perempuan mahu dirinya dihargai. Mereka mahu membuktikan kemampuan menjadikan lelaki lebih bahagia. Mereka mahu lelaki menunjukkan penghargaan melalui tingkahlaku dan ucapan. Mereka merasa lebih dihargai jika lelaki menunjukan bahawa dirinya adalah keutamaan dan menghargai kebahagiaannya. Lebih bahagia apabila lelaki menunjukkan bahawa diri mereka (perempuan) amat diperlukan. Perempuan akan merasa tidak dihargai jika lelaki tidak meminta bantuannya jika menghadapi masalah.
Banyak lagi yang perlu difahami oleh lelaki. 1001 macam perkara lagi… Tidak mampu difahami semua…
Namun, Ramai lelaki yang percaya bahawa: Perempuan tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada. Perempuan mempunyai selera dan citarasa yang amat tinggi. Perempuan sentiasa mahu mengawal lelaki. Perempuan sangat cemburu. Perempuan terlalu emosional. Perempuan yang berdikari dan kompetent tidak perlu dibantu. Perempuan merampas kebebasan lelaki.
Lelaki, kepercayan-kepercayaan ini perlu ‘dinilai semula’ kerana semuanya itu amat tidak disenangi oleh perempuan!
Ada sahabat-sahabat saya yang baru dilantik sebagai pengetua dan gurubesar. Saya mengucapkan tahniah kepada mereka.
Saya bertanya tentang perasaan mereka yang dilantik sebagai pengetua dan gurubesar itu. Tentulah ada jawapannya yang pelbagai. Tetapi yang menarik perhatian saya ialah apabila adadalam kalangan mereka itu yang berkeadaan “tidak pasti” akan peranan dan tugas baru mereka.
Pada saya, itu memang sesuatu yang lumrah bagi orang baru. Tetapi yang positifnya, ada rasa ingin tahu, lalu mereka bertanya tentang pengurusan.
Saya berjanji kepada mereka untuk menulis apa yang saya tahu tentang pengurusan. Saya minta mereka mengunjungi blogsaya.
Sebagai permulaan, ingin saya tulis tentang peranan seorang pengurus.Ada beberapa peranan dan tanggungjwab pengurusan,contohnya:
MERANCANG:
a) merancngmisi/strategi.
b) menetapkan objektif.
MENGURUS/ MENGELOLA:
a) mengelola masa.
b) mengelola tugasan.
c) membuat keputusan,
MENGETUAI:
a) membina pasukan.
b) mengetuai halatuju organisasi.
c) motivasi.
d) komunikasi
e) mesyuarat.
MENGAWALSELIA:
a) memperbaiki kesilapan.
b) mendisiplin
c) menilai kebolehan.
MENCAPAI KEJAYAAN:
Melaksanakan semua peranan yang dinyatakan diatas untuk memastikantanggungjawb dilaksanakan dengan betul.
Yang saya catatkan di atas hanyalah teorinya sahaja dan memerlukan huraian yang lebih mendalamuntuk menambah kefahaman.. Dari segi amalinya, barangkali lebih banyak yang perlu dipelajari lagi.
Maklumat yang saya catatkan ini hanyalah lima peranan yang boleh dimainkan oleh sesiapa yang terlibat dengan tugas-tugas pengurusan, bukan untuk pengetua dan gurubesar sahaja.
Insya-Allah, nanti akan saya tulis pula tentang PRINSIP-PRINSIP PERANCANGAN. Selamat bertugas. Semoga berjaya.
Tiga tahun akan datang Bahasa Inggeris dijadikan matapelajaran wajib lulus dengan kepujian sebagai syarat mendapat sijil bagi peperiksaan PMR, SPM dan STPM?
Tetapi: 3) Saya TIDAK SETUJU gerakan pembasmian PPSMI dilakukan dengan cara DEMONSTRASI JALANAN dan MELANGGAR UNDANG-UNDANG.
4) Saya setuju PPSMI dihapuskan bukan kerana PPSMI akan menghakis Bahasa Melayu tetapi PPSMI menyebabkan MURID-MURID LUAR BANDAR KETINGGALAN dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris!.
5) Saya setuju PPSMI dihapuskan bukan kerana saya dipengaruhi oleh mana-mana parti politik atau kerana saya terpengaruh dengan orang-orang yang gila kuasa.
6) Saya berpendirian bahawa memansuhkan PPSMI bukan bermakna memusnahkan PPSMI.
Hari ini saya diminta bertugas sebagi guru (GSK)* menggantikan guru yang bertugas di luar sekolah..
Saya catatkan satu situasi yang dialami oleh pelajar dan guru:
MASA :11.20 pagi TARIKH: 05.03.09
TEMPAT: SMK Felda.
KELAS: Tingkatan 4 Sains
PELAJAR: Perempuan: 13, Lelaki: 2
AKTIVITI: Penilaian Tahap 1
BAHAN : Physics Question Paper 2 dan Helaian panduan rumus (Dwi-bahasa)
GURU: Guru Bahasa Melayu sebagai Guru ganti, menggantikan guru Physics yang bertugas di luar sekolah.
KERTAS SOALAN: Seluruhnya dalam Bahasa Inggeris.
Guru mengedarkan kertas soalan dan kertas kosong untuk menjawab soalan bahagian B.
DIALOG Guru: You can start now.
Murid 1: Cikgu, boleh jawab dalam BM?
Murid 2: Cikgu, jawab dalam ‘mix dewi’ boleh tak? (Maksudnya dwi-bahasa)
Guru: Thank you for the questions. Can you answer in English?
Pelajar-Pelajar : No.
Guru: Do you like to answer in English.?
Pelajar-pelajar: No
Guru : Try your best to answer in English but you can still answer in BM.
Situasi Ketika Ujian : Pelajar gelisah. Ada yang menguap. Ada yang melentokkan kepala di meja.
Seorang pelajar datang ke meja guru dan bertanya: Ini apa maknnya dalam BM?. Dia menunjuk kepada Question 7(a)(iii): What is meant by: Equilibrium of forces.
Guru: I am sorry, I cannot give you the answer. If I give you the meaning, that means I have answered the question for you.
Majoriti pelajar menjawab dalam Bahasa Melayu. Lima pelajar menjawab dalam dwi-bahasa. Seorang pelajar masih belum menjawab walaupun masa sudah berlalu 1 jam.
Selepas ujian tamat: Ramai yang masih dilema… tak rasa mana tau…