8.9.09

KENYATAAN-KENYATAAN IRONIS (Sempena Hari Literasi Sedunia)


1.Kenyataan-kenyataan ini kelihatannya amat ironis:-

2.Guru tidak tahu membaca.

3.Guru tidak mahu membaca.

4.Bagaimana murid akan pandai membaca jika guru tidak tahu dan tidak mahu membaca ?.

5.Kalau guru dan pelajar boleh membaca, mahirkah mereka membaca?

6.Apakah kemahiran membaca itu perlu dipelajari?

7.Pernahkah Institusi Latihan Perguruan atau IPT mengajar pelajar-pelajarnya membaca?

8.Perlukah kita belajar Kemahiran Membaca Tahap Tinggi?

9.Kenyataan-kenyatan berikut, tidaklah ironis sifatnya:-

10. Statistik Negara 2008 menunjukkan kadar literasi atau celik huruf rakyat Malaysia adalah tinggi berbanding negara Asia Tenggara lain.

11.Statistik tersebut menunjukkan kadar literasi rakyat Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas ialah 93.2 peratus.

12.Laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) 2007/2008 pula menunjukkan kadar literasi rakyat Malaysia berada di belakang negara maju.

13.Jepun, Britain, Amerika Syarikat, Australia dan Jerman mempunyai kadar literasi tinggi pada tahap 99 peratus.

14.Di Malaysia, kumpulan berumur 10 tahun dan ke atas, daripada 85 peratus rakyat yang membaca, 77 peratus hanya membaca akhbar, 3 peratus membaca majalah, 3 peratus lagi membaca buku dan 1.6 peratus membaca komik.

"SELAMAT MEMBACA"
Hari ini ialah hari Literasi Sedunia.

17 comments:

Al-Manar said...

Guru memainkan peranan utama selain ibu bapa. Tidak hairanlah tumpuan diberi kepada guru dan siapa saja yang berhubung kait dengan pendidikan. Dalam keadaan seumpama ini sedikit kesilapan pun, sengaja atau tidak, akan ketara --- seekor kerbau membawa lumpur .....
Ada tauladan dan tingkah laku guru, namunpun pengetua yang saya sendidri persoalkan.
Pakcik

jane said...

salam ramadhan buat mantan cikgu wahab...

saya bercuti hari ini. anak ke 2 upsr. cuti sebagai sokongan moral terhadapnya. maklumlah, lelaki seorang. dialah racun dialah penawar.

guru memang sepatutnya suka membaca. namun, sikap suka membaca bukan setakat perlu ada pada guru. ia sepatutnya perlu ada pada semua ibu bapa...

secara tidak langsung, anak2 akan ikut suka membaca jika ibu bapanya suka membaca.

saya hairan dengan sikap sesetengah orang yang sanggup membelikan mercun, mainan dan pelbagai benda yang bukan2 daripada memberikan buku untuk anak mereka.

alhamdulillah....3 dari 4 anak2 saya sudah menunjukkan sikap suka membaca.

namun, pada murid saya...saya belum dapat lihat sikap secara meluas. mungkin kerana mereka kurang upaya jadi, sikap suka membaca ini hanya dapat saya lihat pada segelintir pelajar saya.

Guru said...

assalammualaikum

alhamdulillah saya sangat suka membaca.. tetapi anak sendiri tak suka hendak membaca... mmm

Naa..a said...

alah cikgu lupa la tu, berapa peratus pulak yang baca blog? ha.ha. tapi itulah kenyataanya.. budaya membaca tak ada...

mantan said...

Pah Chikm(Al-manar),
Keberkesanan sekolah amat berkait rapat dengan kewibawaan Pengetua...

mantan said...

Jane, good comment,

memang tidak dapt dinafikan, membaca itu "jambatan ilmu".

dan "buku ialah guru paling setia!"

mantan said...
This comment has been removed by the author.
mantan said...

Rosnah,

bukan setakat tak minat baca blog. Tak tau apa itu blog pun ada...

mantan said...

kl citi,

budak2 sekarang ni sibuk dengan pelbagai aktiviti yang lebih seronok daripada membaca..

Cikgu Chun said...

Kajian menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya membaca 2 muka surat setahun!. Harap para guru dan pelajar2 yang dapat 'covernya' untuk meningkatkan purata tersebut kerana bidang pendidikan adalah bidang yang paling besar.

Tirana said...

Terkejut juga dengan kenyataan "guru tidak tahu membaca". Kalau tak tahu membaca, macam mana agaknya seseorang itu boleh jadi guru? Mungkin juga yang dimaksudkan dengan kenyataan tersebut ialah guru tidak berminat untuk membaca. Minat membaca kena disemaikan dari kecil lagi.

mantan said...

CChun,
Jangan 'cover' kulit buku saja sudahlah!

mantan said...

Tirana,
Yelah kalau guru tak tahu membaca, camne nak ajar murid ?

Maksud "tahu" di situ ialah mempunyai kemahiran yang tinggi dalam proses pembacaan.(Ramai yang 'boleh' membaca, tetapi ramai juga yang "tidak tahu" membaca)

Kemahiran membaca yang tinggi itu memungkinkan kefahaman yang lebih mendalam tentang apa yang dibaca.

Kefahaman itu pula akan menjadikan pemerolehan ilmu hasil pembacaan itu lebih berkesan.

Ilmu yang didapati itu bukan sahaja untuk digunakan sendiri, tetapi malah mampu disebarkan kepada orang lain juga.

Itulah yang saya maksudkan sebagai
"tahu membaca".

Dan untuk "tahu membaca" itu, ilmu membaca perlu dipelajari. (Jika boleh, secara formal).

ustaz lan said...

mantan. rakyat msia kurang membaca mungkin sebab banyak dapat maklumat dari pendengaran dan tgok gambar . rakyat msia lebih suka dapat maklumat dari tv cepat , walaupu berita tu ringkas... rasanya tu salah satu faktor lah.. selamat berbuka..

CIKGU NAMAN said...

sebut pasal membaca, teringat golongan 'illiterate'..kesian kepada golongan buta huruf ni..

Baru je saya cerita pasal pengalaman mengajar golongan buta huruf ni

mantan said...

Ustaz lan,
Memang banyak maklumat daripada 'sumber lain'.

mantan said...

n@m@n,
Mungkin P Ramlee 'tahu' membaca.

Jap lagi nak berbuka. Jom.