Kalau berjalan-jalan di Bandar Kuala Rompin pada waktu petang (terutamanya selepas hujan), berhati-hatilah!
Mungkin, tiba-tiba sahaja kepala anda terasa hangat dan basah.
Jangan marah, itu kerja si burung layang-layang (burung walit) menabur hampas perutnya, tepat di tengah-tengah kepala anda. Banyaknya burung layang-layang berterbangan. Anda tidak tahu yang mana satu telah menguji kesabaran anda!.
(Saya kena dah! – Dulu putih tangan kerana kapur tulis. Kini putih kepala diberak lelayang!)
Jangan marah kepada sang burung, kerana burung layang-layang sudah boleh berkongsi ruang dan dibinakan bangunan untuk hidup bersama kita.
18 comments:
Kena pakai ketyap ke, songkok ke. Topi boleh juga. Nak selamat lagi pakai topi keledar.
assalammualaikum
berjalan kena mendongak ke langitlah ya
tapi sarangnya berkhasiat...
layang2 penuh bertenggek dekat kabel elektrik kn?
Berjalan kena pakai payung..selain dapat melindungkan diri dari panas atau hujan, sekali gus dapat berlindung dari terkena najis burung.
sekarang layang-layang sudah diajak tinggal dalam bangunan batu malahan diajak juga menghuni pekan-pekan.
yang mengajak tidak pula mahu mengajar si layang-layang cara untuk membuang hajatnya.
sarang,
biar pakai asal selamat...
kl citiz,
kena hati-hati jugak, nanti terpijak.....
n@m@n,
... dan mahal harganya...
Tirana,
pakai payung yang boleh dilekatkan di kepala, tak perlu pegang...
mendewa,
tulag keadaaannya... tak didisiplinkan... pencemaran alam, pencemaran bunyi...
...perusahaan sarang burung layang-layang ni dah meluas.... mungkin nanti boleh bawa penyakit "selsema layang-layang"...hehehehe
Ini satu perangai buruk 'mereka' yang di atas, selalu buang najis atas kepala 'mereka' yang di bawah...selalu yang di bawah jadi mangsa.Tapi bila 'mereka' yang di bawah mula 'memanjat' siaplah 'mereka' yang di atas hilang tempat 'kediaman' adillah tu...
Resam dunia... semacam satu putaran yang tak berkesudahan...
boss
menurut temubual saya dengan pengusaha sarang burung di rompin,terdapat lebih 1000 premis yang menguruskan business sarang burung di rompin..dari hujung tanjung gemok hingga lah sempadan daerah lain. semua premis berusaha memanggil burung layang layang masuk ke premis mereka...kicauan burung boleh didgr siang dan malam terutama waktu burung nak tidur...pandangan ini burung layang layang terbang melayang sudah sinonim dgn bandar kuala rompin dan saya rasa kalau burung layang layang tu tak ada macam bukan berada di rompin pulak.
sian bos kena bom dgn burung layang layang tu..rasanya ramai lagi kena, atleast kereta mereka..ikutlah nasib masing masing, pada saya business ini akan mengundang masalah kerana manusia telah cuba mengubah tabiat burung dan habitat alam semulajadi. bila sunnah alam ini di ubah, bersedialah menerima kesan perubahaannya.
Kembara Kelana,
Pasti ada perubahannya. Cepat dan lambat sahaja. Sedikit atau banyak.
Kuasa wang cuba untuk menguasai/mengatasi kuasa alam.
mmm org sibuk sarang burung barang mahal je . tahi burung depa tak nak...
salam,
pakai payung leh tak?
Rosnah,
Boleh buat baja...
eiza, salam,
Pakai payung boleh... Tapi kalau tak hujan, jangan pakai payung waktu malam....
Burung layang-layang dah tidur... hehehehe
Post a Comment