12.11.09

SANTUN MELAYU

Santun Melayu.(Persoalannya?)

1. Santun Melayu tak sama dengan santun bangsa lain di dunia ini. (Melayu memang unik?).

2. Santun Melayu bayak berkait dengan adab tingkahlaku dan tuturkata. (Bagaimana adab Melayu sekarang ini?)

3. Bahasa Melayu niistimewa, dan sesuai dengan keadaan dan suasana masyarakat. (Istimewakah Bahasa Melayu?)

4. Ketika bercakap, orang Melayu letak taraf sesaorang pada kedudukan yang sesuai dengan darjat, kuasa dan umur. Taraf antara penutur dengan pihak lain amat dipentingkan. Orang Melayu mengamalkan kehidupan yang berharmoni dengan menjaga tutur kata seharian. (Bagaiman tutur kata generasi kini?)

5. Dalam masa bertutur, kawalan suara penting. Kita tak boleh menjerit dan tinggikan suara macam sedang marah atau bercakap dengan orang pekak. (Fahamkan Orang Melayu tentang etika ini?)

6. Memang tak sopan bolot perbualan dan cakap terlalu banyak apatah lagi tentang diri sendiri. (Adakah Orang Melayu yang bersikap begini?)

7. Puji diri sendiri memang tak dapat diterima oleh orang yang mendengarnya. (Tidak bolehkah memuji diri sendiri?)

8. Orang Melayu juga utamakan ‘air muka’nak jaga hubungan yang harmoni.
Masa bercakap, orang Melayu suka kongsi perasaan, ambil berat kebajikan orang lain.(Berapa kalikah sudah “jatuh air muka anda”?).

9. Selain santun bercakap, Orang Melayu juga pentingkan adat. Dalam sistem keluarga, tindakan beritahu dan jemput waris terdekat dalam nikah kahwin anak-anak membuktikan ke santunan dan menepati kehidupan berkeluarga. (Biar mati anak, jangan mati adat?).

10. Dalam berniaga dan berjual beli, kesantunan penting supaya prosesnya berjalan lancar. Proses tawar-menawar berjalaan lancar dan boleh mengurangkan ketegangan. (Tidak adakan Orang Melayu yang menipu dalam perniagaan?).

11. Orang Melayu ada strategi berbahasa secara tidak langsung dalam menyampaikan hasrat. Orang Melayu sangat berhati-hati masa bincang tajuk-tajuk seks berbanding tajuk-tajuk lain, bimbang dianggap ada niat serong dan boleh jatuhkan air muka. (Awak mecarut, ya?)

12. Muka bagi Orang Melayu adalah sesuatu yang perlu dipertahankan untuk jaga keharmonian dan hubungan mesra. (Ada yang bertanyanya: Kenapa muka awak banyak jerawat?)

13. Kesantunan yang lebih luas perlu merujuk kepada amar makruf nahi mungkar, bukan setakat jaga airmuka dan budaya saja. Kesantunan dalam kalangan Masyarakat Islam banyak persamaan walaupun berbeza bangsa, negara, bahasa dan budaya.

14. Sekarang, sejauh manakan santunnya Orang Melayu?

9 comments:

HASHIMME OMAR said...

Orang Melayu memang bersantun tetapi kenapa penonton penyokong Kelate mengamuk kat Stadium Putra ? Dah hilang akal ke ? Saya rasa santun orang melayu dah semakin luput barangkali.

CIKGU NAMAN said...

maybe penonton kurang terpelajar..

kat sidang dewan..apa cerita YB yg berperilaku semacam tu?

mantan said...

Shimmee,
Dah camtu sokmo2. Liga peringkat kampung sama sendiri pun, gocoh jugak.

mantan said...

n@m@n,
Kalau dah kaki gaduh, tak kira bodoh ke, pandai ke, memang nak gaduh je...

CikguMalaysia said...

Adat dan sopan santun perlu dididik dan dibentuk. Inilah kesan globalisasi. Cikgu di sekolah mendidik pelajar dengan benda yang baik, ada program bina insanlah dan lain2 lagi tetapi pengaruh diluar sekolah terlalu besar sehingga menenggelam nilai baik yang diberikan di sekolah. Kalau negatif diluar sana lebih banyak menguasai pelajar, maka hilanglah nilai positif yang diterapkan di sekolah. Maka semakin hilanglah adat dan kesopanan generasi akan datang....

Guru said...

assalammualaikum

generasi anak2 dan cucu kita? saya merasakan masih ada remaja yang bersantun dalam tutur katanya, beradab dalam pekertinya... cuma mungkin, bilangannya tidak ramai.

perubahan memang tak dpat kita bendung, sebab itu memang fitrah, sedangkan kita ini di mata generasi terdahulu daripada kita pun mungkin tidak sepekerti mereka.

cpj said...

Orang melayu sepatutnya begitu, orang melayu juga sepatutnya tidak amalkan hasad dengki, tapi nampaknya kita selalu syok sendiri, lebih-lebih lagi bila bercakap pasal sopan santun di jalan raya...benarkah sifat orang melayu begitu?

zaijb said...

sebenarnya orang melayu masih lagi mengekalkan kesantunannya... walaupun nampak kesat nya...
kita mesti terus mengekalkan nye walaupun di mana kita berada...
contoh di tempat keje kita kena sentiasa mengamalkan nye... soft skill adalah cara yg terbaik utk kita praktiskan...

Anonymous said...

Percaya atau tidak? Bangsa Jepun adalah bangsa yang paling sopan santun di dunia. Orang jepn hidupkan 'hazard light' ketika memandu dijalanraya..& Bila naik escalator mereka akn berada di side kiri escalator bagi memudahkan orang lain mendaki escalator. Orang melayu ada buat??? tingginya akhlak mereka.. bila berlaku tsunami mereka beratur menerima bantuan tidk berebut-rebut terima bantuan. kalau Melayu? hmm hampeh!!Semua orang yang pergi Jepun akan kata mereka adalah bangsa yang polite, betulkan? Kesimpulan Melayu kena belajar dari Orang jepun..