26.12.09

Gelagat Dan Harapan




“ Seringkali kita dengar rungutan  tetang gelagat negatif penjawat awam ketika menjalankan tugas perkhidmatan kepada orang ramai.”
Ramai penjawat awam yang berkata: Kerja memang berat, bosan, susah, penat, stress.
 Semuanya negatif.
 Dan orang ramai pula terlalu mendesak dan tidak faham tugas penjawat awam.
Benarkah begitu?
Ramai yang rasa tak seronok bekerja. Tak puashati dengan  bidang pekerjaan mereka. Apakah kerana kerja memang semakin susah atau ada sebab-sebab lain?
Barangkali, kita sendiri yang jadi penyebab seronok dan tak seronoknya kerja kita.
Atau barangkali kita tidak bekerja dengan sebaik-baiknya kerana kita tidak suka akan kerja yang kita buat. Sebab itu kita jadi stress.
 Mungkin juga kita tak  nampak bahagian-bahagian positif kerja kita itu. Kita nampak yang negatifnya saja.
Sebenarnya kita sendirilah yang jadikan diri kita seronok atau tidak seonok bekerja. Ini barangkalai menentukan bagus atau tak bagusnya tugas yang kita buat.   

Apa sebenarnya yang kita harapkan bila   menjawat seseuatu jawatan?  Apa maknanya kerja yang kita lakukan  itu?

 Mungkin yang diharapkan:

1.    Gaji lebih tinggi
2.    Tugas yang menyeronokkan
3.    Suasana kerja yang lebih ceria
4.    Merangsang pemikiran
5.    Kepelbagaian  tugas yang bukan rutin
6.    Bos yang bertimbangrasa
7.    Waktu bertugas yang lebih fleksibel
8.    Bebas bekerja mengikut cara sendiri
9.    Kerja yang berprestij
10.  Faedah dan ganjaran tambahan
11.  Peluang kenaikan pangkat
12.  Tugasan penting dan bermanfaat
13.  Kursus kemahiran yang sesuai
14.  Tugas yang sesuai dengan kebolehan sendiri
15.  Tempat tugas yang memungkinkan bertemu jodoh 



Apakah itu sahaja yang diharapkan? Apakaah jika harapan-harapan itu dapat dipenuhi, maka kita akan
seronok bekerja dan hasil kerja kita lebih baik?

Harapan yang ke-15 itu mungkin agak keterlaluan!

Apapun harapannya, anggaplah kerja sebagai satu amanah, satu ibadah:

Bersyukurlah kerana kita mempunyai pekerjaan! Ramai yang telah kehilangan pekerjaan. Malah  lebih ramai yang terus menganggur.

26 comments:

HASHIMME OMAR said...

Ya... selain minat serta ada perkara baru yang mesti dijadikan matlamat dakam pekerjaan faktor tempat kerja yang sesuai cukup penting. Sebagai pekerja biasa, penghargaan dari bos amat penting walaupun seseorang itu dah lama bekerja. Sifat manusia. Bayangkan apa kita usahakan tidak dihargai oleh sesiapa ? Rasanya tak perlu buat-apa apa lagi. Maka kalau semua sudah rasa macam tu alamat organisasi itu akan KE BAWAH...

mantan said...

Shimme,
Penghargaan memang penting, sekurang-kurangnya boleh menjadi pemangkin motivasi diri.

Sewajarnya penghargaan diberkan segera selepas sesuatu tugas terlaksana denbgan baik, tidak perlu tunggu sehingga akhir tahun (LNPT).

Penghargaaan boleh diberikan dengan pelbagai cara, asalakan sesuai dan kenaa denan masa dan suasananyaa.

Memang aada yang "kedekut" dengan penghargaan...

ckLah @xiiinam said...

Kelima belasan harapan yang tercatat itu...merupakan sebahagian yang sentiasa kita panjatkan dalam doa kita...


Sebahagian daripada rezeki juga tu...


Buat masa ini, saya amat mencintai tugas yang menjadi 'passion' saya ini.....C.I.K.G.U!

Cikgu Dahlia said...

Dulu...harapan pertama yg no4

Dan kemudian harapan2 yang lain tu ada datang...

Tapi yang no 15 tu, xpernah lak difikirkan...

Guru said...

assalammualaikum mantan

kekadang kawan2 sekerja juga boleh menjadi penyebab lunturnya semangat.

zaijb said...

salam mantan,

semua orang nak keje yg mudah2 dan senang dapat duit... keje ape yg mudah dan selesa sepanjang masa... bersyukur ape yg kita ada dan berusahalah dgn baik.

tapi yg no 15 tue... tak kot... satu tempat keje... seronok ke? hehe....

mantan said...

xiinam,
Selamaat Tahun Baru 2010 semoga dapat terus bertugas dengan lebih ceria. Senyum-senyum selalu....

mantan said...

DaHlia,
Saja-saja letak yang no. 15 tu sebagai "bahan perasa". Itu kan soal peribadi & tak elok dicampur dngan tugas rasmi.

mantan said...

klcitiz,
walaikumsalam,
Selamat tahun bari 2010.
Persekitaran kerja memang mempengaruhi prestasi.
Kitalah yang mengawal persekitaran, kalau boleh, bukan sebaliknya.

mantan said...

zaijb,
Selamat Tahun Baru,
Susah senang tugas kita, terpulang bgmana kita melaksanakannya.

Ada yg kata susak, ada yg kata senang.

Apapun yg no 15, tu saja-saja nak tambahje.

Nak cerita sikit kat zai. Dulu ada cikgu saya (perempuan)yang minta tukar. Jumpa saya di ofis, mohon sokongan. Nak tukar sangat.

Saya boleh tolong, dgn syarat bagi tau saya sebab sebenar.

Kata cikgu tu: "Pengetua, kalau saya lama kat siti, bila masanya saya nak bertemu jodoh saya".

Pada akhir tahun cikgu ni datat bertukar. Khabarnya sudahpun bertemu jodoh di tempat baru.

Tentu seronok dia.

Anonymous said...

alhamdulillah... mujur teja antara mereka yg bekerja, klu menganggur tntu susah hidup teja... huhu...

selamat menyambut 2010, mantan... moga beroleh kesejahteraan hendaknya.

zaijb said...

amboiiii.... terus dapat jodohhh... zai kena tukar tempat keje lee macam nie.. hahaha...

mantan said...

Teja,
Tq

mantan said...

zaijb,
kebetulan je tu. Jodoh pertemuan Allah tentukan. manusia berusaha je...

orang muo said...

yang ketiga rasanya lebih utama, apabila suasana dalam kerja ceria tidak ada stress, minda lebih sihat kurang penyakit,

mantan said...

Orang muo,

Alangkah seronoknya bekerja kalau persekitaran tempat kerja sentiasa ceria dan kemas. Hatipun senang, kerja pun beres...

CIKGU NAMAN said...

semasa cuti masa belajar, ada saya kerja kilang, kerja ladang tembikai, masa belajar kerja cashier..

melalui pengalaman kerja yg kdg2 yg mcm ni membuatkan kita lebih bersyukur kita ada kerja elok

Mohar Yahya said...

Salam cikgu, cpj nak tanya sikit.Semasa cikgu masih dalam perkhidmatan dulu, pernah tak cikgu mengeluarkan ungkapan "SERONOKNYA NAK KEMBALI KE SEKOLAH!..." apabila sesi persekolahan tahun baru akan bermula?cite sikit...

mantan said...

Naman,
Baby tu apa khabar? Mesti makin cute.

Selamat kembali bertugas.
Apa yang kita lakukan tetap menjadi pengalaman. setiap pengalam dapatlah kita sesuaikan unbtuk menambah kecekapan bekerja.

mantan said...

cpj,salam.
Sekarang ni pun saya masih kepingin ke sekolah. sebab itu sekarang ini kadang-kadang saya diundang oleh PPD untuk pergi mengajar di sekolah-sekolah yang memerlukan. Sebagai pesara, saya jadi GSK (Guru Simpanan Kebangsaan). Pada bila-bila masa, jika diperlukan saya akan pergi. Kadang-kadng menggantikan guru yang bercuti,mesyuarat atau berkursus.

Sewaktu menjadi guru, saya sepanjang waktu suka tinggal di kawasan sekolah atau berhampiran. Sekolah jadi macam rumah. Tak timbul tak suka kembali ke sekolah.

Selesai saja akhir tahun persekolahan, pada waktu cuti tu, persedian, rancangan dan persiapan dah dibuat awal-awal. Bila sekolah dibuka, relax je sebab semua dah siap. Sekolah dibuka senang hati dah.

Satu amalan saya (barangkali sebab itulah seronok jadi guru ni), pada setiap pagi, melangkah ke sekolah, saya tinggalkan semua masalah (jika ada). Jadi saya masuk sekolah/pejabat/kelas tanpa sebarang masalah.

Balik nanti jika ada masalah, saya tinggalkan di luar sebelum masuk ke rumah.

Sebab tu 30 tahun lebih jadi guru, taklah banyak masalah yg saya hadapi, kecuali masalah-masalaah yang sengaja ditimbulkan oleh orang lain... dan itupun akan diatasi dengan "banyak-banyak senyum"....

Selamat seronok kembali bertugas! Dan jangan lupa senyum selalu...

chehassan said...

Mantan, satu penulisan yang baik. Soal suka bekerja, wpun banyak pandangan mengatakan ada pelbagai faktor, tapi pada saya, sikap diri sendiri merupakan faktor utama dan penentu kepada suka tidaknya bekerja. Kebanyakan penjawat awam hari ini tidak menanam minat kepada kerja. Mungkin ketika minta untuk bekerja dulu, kebanyakan fikirkan soal pendapatan. Sepatutnya kerja yang dipertanggungjawabkan kepada kita harus diteroka seluas mungkin sehingga kita menjadi pakar, barulah ada keseronokan dalam kita bekerja. Selagi kita tidak menjadi pakar, ia akan membuka ruang untuk kita ditegur dan dikritik sehingga kita jadi tidak seronok untuk bekerja. Hari ini, peluang untuk meneroka ilmu tentang kerja kita begitu luas sekali. Yang peliknya hari ini, kita lebih suka meneroka ilmu yang kadang2 tidak ada kena-mengena dengan kerja kita, sehingga ada yang boleh jadi pakar. Akibatnya, kerja sendiri entah ke mana, dan kita memandai-mandai kerja orang lain pula. Sebagai contoh, jika seorang tukang kebun, tidak tahu dan tidak meminati bidang pertanian, akibatnya lanskap sekolah akan menjadi sangat tidak ceria. Dan sepatutnya dia tidak memilih pekerjaan itu dari awal. Namun demikian, semuanya boleh dipelajari dan ditanamkan minat kepada pekerjaan yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Itulah rezeki kita.

mantan said...

Che,
Satu comment yg sangat bemanfaat utk dibaca & sngat saya hargai.

Saya amat bersetuju dengan penerokaan ilmu yang che sebutkan itu.

Bagi guru, mislnya, yang diperolehi ketika latihan perguruan itu hanyalah asas semata-mata dan bersifat statik, sedangkan tugas mendidik/mengajar itu sentiasa menuntut keperluan semasa yang sentiasa berkembang.

Penerokaan ilmu itu perlu sentiasa dilakukan sepanjang masa, lebih-lebih lagi guru yang berperanan sebagai pendidik dan penyebar ilmu.

Jika guru mempunyai ilmu yang cukup dan sentiasa kemaskini saya percaya tidak ada ruang kita ditegur atau dikritik secara yang negatif kerana setiap yang dilaksanakan akan membuktikan hasil yang cemerlang kerana ilmu yang ada dan guru sentiasa dapat dihargai.

Selamat meneruskan tugas....

Seri Suryati said...

selamat tahun baru mantan..
kenapa tidak dibukukan segala pengalaman sepanjang perkhidmatan sbg guru? Macam Pn Hjh Norbi bt Hj Husin, dia tulis buku Asam Pedas Gula Melaka..seronok baca.. Tulislah buku, saya org pertama akan beli.

mantan said...

Seri,
assalam,

Cadangan seri itu amat baik...

DrSam said...

salam mantan. Kerja itu jika dianggap sebagai ibadah, dilakukan dengan tertib dan bersabar besar ganjarannya.

Salam melangkah ke tahun baru anno domini.

mantan said...

DrSam,
Salam,
Semoga 2010 diwarnai dengan kegembiraan dan kejayaan.

Selamat bertugas...