1.1.10

Tuah Warna Hidup



Kita sudah mula  mengalami  warna-warna kehidupan 2010.  Sehari dua ini banyak azam disemai dan harapaan-harapan pun dibina bersama angan dan impian.   
Semuanya  mengharapkan  untungnya nasib yang baik-baik belaka.  Bertuahkah hidup pada 2010 ini?
Pentingkah segala  angan, mimpi,  iltizam, harapan-harapan itu ? Penting! Itu semua pemangkin usaha.  Yang pipih tidak mudah datang melayang yang bundar tidak mudah datang berlegar.
Barangkali, dengan  berkat segala usaha, akhir 2010 akan kita tuai segala tuahnya.
Ramai antara kita percaya pada tuah dan nasib!
Ramai yang mewarnai hidup dengan benda dan tindakan yang membawa tuah.  Ada yang memakai alat perhiasan yang membawa tuah. Ada memilih angka dan warna untuk mencapai tuah.  Ada pula yang menggunakan petua yang dikira mendatangkan tuah. Ada juga yang melihat ramalan zodiak mengintai tuah.
Anehnya manusia. 
Orang barat mengelak diri daripada melintas di bawah tangga supaya tuah tidak melarikan diri.  Orang Cina tidak mahu menggunakan angka empat kerana angka itu tidak membawa tuah.
Ada orang yang bertuah hidupnya  menyatakan itu taqdir,  dan hanya kebetulan bernasib baik.
Senario: (yang saya alami)
 Dalam kesesakan di plaza tol pada waktu pagi, yang berjaya merebut ruang kosong di kiosk bayaran akan menyangka  dia bertuah atau bernasib baik.  Benarkah begitu? Sebenarnya yang dikatakan tuah dan nasib baik itu hanyalah sekadar berupaya  merebut peluang dalam kesusahan dan kesabaran orang lain.
Kadang-kadang kita berlegar-legar mencari ruang kosong untuk parkir kereta. Kita akan memperlahankan kereta apabila melihat sesaorang mula memasuki kereta untuk keluar daripada petak parkir. Lantas kita merasa bernasib baik. Tuah berkat kesabaran. Apa anggapan tentang tuah diri kita itu apabila tiba-tiba peluang  kita itu “disambar” pula oleh orang lain?
(Pengalaman ini memberi makna tertentu kepada diri saya)
Pengalaman-pengalaman seumpama ini mewarnai kehidupan seharian kita, tetapi hanya untuk sementara.
Barangkali tuah yang diharapkan adalah yang hebat-hebat dan yang berkekalan. Kita mengharapkan kerja yang bagus dan gaji yang lumayan, hartaa bertimbun,  rumah yang besar, makanan yang enak, teman hidup yang mencintai, sahabat yang mengerti, hidup dengan  aman, tenang dan bahagia.
Alangkah bertuahnya!
Bagaimana mendapatkannya?
Apakah hanya dengan percaya kita ini akan bertuah kerana kita memang bernasib baik?
Apakah dengan berfikiran positif sahaja kita akan bernasib baik dan bertuah?
Apakah jika kita tidak mengambil peluang, maka kita tidak akan bernasib baik?
Apakah  jika kita tidak berani mengambil risiko, maka hidup kita tidak bertuah?
Barangkali  untuk mencapai kehidupan yang lebih baik, kita perlu melihat masalalu dengan positif dan melihat masa kini  dengan optimis!
Ini sebahagian warna kehidupan!

8 comments:

Guru said...

assalammualaikum mantan

nak juga bertuah di 2010..
bab dapat tempat letak kereta, selalu saya mintak Allah tolong...dan biasanya Allah makbulkan di masa itu. alhamdulillah. kena yakin

kunan said...

Allhamdulillah, kerana kita sentiasa mengharapkan "tuah" datangnya daripada Allah dan bukannya datang daripada bintang atau zodiak atau benda-benda lain.

Naa..a said...

akum mantan, selamat tahun baru...semoga 2010 lebih bertuah..

MUS said...

Salam...kira saya bernasib baik dapat jumpa blog Mantan. Nasib kita dkira baik kalau dapat untung, kalau rugi tu tak baiklah. Kita selalu beranggapan orang lain baik hati mcm kita juga. Hakikatnya hati manusia tak siapa pun tahu, walau pun manis dmata rencung dhati.Betoi tak cikgu...

mantan said...

klcitiz,
assalamualaikum,
Semoga sentiasa bertuah pada 2010 ini...

mantan said...

kunan,
Semoga apa yang kita laksanakan akan mendapat keberkatanNya.

mantan said...

Rosnah,
Salam
Semoga terus mencapai kejayaan pada tahun 2010...

mantan said...

Che'Pa,
Betoi, betoi!