14.12.09

PUJI




Cuti sekolah 2009 hampir ke penghujung. Sessi persekolahan 2010 akan bermula . Tentulah guru-guru sudah mula merancang dan bersedia untuk memulakan tugas.


Guru-guru tentu masih ingat, pada 2009, banyak yang telah cikgu lakukan untuk mendidik murid-murid.


Amalan yang bagus, boleh diteruskan . Amalan pengajaran yang negatif, perlulah ditinggalkan.


Kalau cikgu-cikgu masih ingat, sepanjang berinteraksi dengan murid-murid, manakah yang lebih banyak yang cikgu berikan , leteran atau pujian?. Cuba buat perbandingan.


Ada kecenderungan sesetengah guru yang suka berleter setiap kali berhadapan dengan karenah murid. Tetapi tidak kurang juga guru yang suka memuji murid jika didapati murid sudah melakukan sesuatu yang baik.


Memberi pujian dan penghargaan kepada murid, adalah amalan yang baik. Lebih baik daripada mengkritik dan leteran.


Mungkin, ada guru yang berpendapat, jika murid-murid selalu dipuji akan menyebabkan mereka “panjat kepala” dan tidak menghormati guru. Saya tidak bersetuju dengan pandangan itu.


Cikgu jadikanlah pujian sebagai rutin ketika berhadapan dengan murid. Nanti cikgu akan dapat rasai kesannya.


Sebenarnya banyak perlakuan murid yang boleh diberi pujian, contohnya:

1. Masuk ke kelas dengan tenang dan teratur.

2. Masuk ke kelas tepat pada masa yang ditetapkan.

3. Membantu guru.

4. Mengembalikan borang yang perlu diisi.

5. Melakukan aktiviti yang berfaedah.

6. Mematuhi arahan.

7. Mengucap “salam” dan “terima kasih”.

8. Mendengar dengan teliti.

9. Membantu kawan.

10. Membawa peralatan sekolaah yang lengkap.

11. Menyiapkan kerja rumah.

12. Berdisplin di perhimpunan rasmi.

13. Segera melakukan tugasan.

14. Bertanya jika tidak pasti.

15. Berkelakuan baik ketika ujian.

16. Mengambil bahagian dalam aktiviti kelas.

17. Berbaris atau beratur ketika masuk ke dewan.

18. Berejasamaa dengan rakan-rakan sekolah.

19. Mengambil bahagian dalam pertandingan.

20. Membersih kelas.

21. Berusaha menyiapkan kerja kursus.

22. Membantu pelajar baru.

23. Berkongsi maklumat sekolaah dengan ibu-bapa.

24. Segega menyiapkan tugasan yang lewat selesai.

25. Menjalin persahabatan baru.

26. Berterusan melaksanakan projek jangka panjang.

27. Berkongsi.

28. Menghormati perasaan orang lain.

29. Belajar kemahiran baru.

30. Bijaksana menggunakan hartabenda sekolah.

31. Memulangkan buku perpustakaan.

32. Bersemangat belajar.

33. Tertanggungjawab terhadap tugasan kelas.

34. Menawarkan bantuan tanpa diminta.

35. Tidak membazir kapurtulis dan kertas.

36. Tekun melaksanakan tugasan.

37. Bercakap benar.

38. Menerima cabaran baru.

39. Berkelakuan baik bersama tetamu.

40. Mengulangkaji di rumah.

41. Mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah.

42. Memperlihatkan sikap positif.

43. Dayausaha yang tinggi.

44. Terlibat dalam kegiatan kebajikan masyarakat.

45. Mengambil bahagiaan dalam aktiviti kumpulan.

46. Tenang menghadapi masalah.

47. Memperlihatkan kreativiti.

48. Mengikut giliran.

49. Mengisi masa dengan baik.

50. Mencapai kejayaan.


Banyak cara yang boleh cikgu lakukan untuk memuji, contohnya:


Gunakan perkataan atau rangkaikata tertentu dan sebutkan juga apa kebaikan yang telah dilakukan.


Misalnya: “Wah, saya suka lihat kamu bekerjasama menyiapkan tugasan ini. Bagus!”


Boleh gunakan perkataan: Wah!, Wow!, Bagus!, Hebat!, Menarik!, Teruskan! Rajinnya!, Cemerlang!, Dihargai! Hoorey!, Best!, Usaha yang baik!, Terima kasih!, Syukur!,


Kalau cikgu malu nak gunakan kata-kata, boleh juga gunakan ‘body language’ seperti:


Senyum, bersalam, tepuk tangan, tunjuk ibu jari… dan lain-lain yang sesuai.


Pengetua selalu puji cikgu-cikgu tak?


Syaratnya: Pujilah dengan ikhlas!



11 comments:

Puterizz said...

mantan,
satu pujian sahaja boleh memberi kesan yang bermakna kepada seorang pelajar, saya setuju ngan mantan tak rugi kita beri pujian kalau mereka telah menunjukkan sesuatu yang baik tapi bukan bebudak je yang suka dipuji, cikgu pun lebih semangat bekerja kalau dia dipuji dengan ikhlas oleh pengetua, tapi sesetengah pengetua tu berat mulut, susah sangat nak beri pujian....

mantan said...

Puterizz,

First to comment. Bagus komennya (Puji la ni... ikhlas tau..)

Puji orang, bukan kena bayar pun.
Pengetua tak puji cikgu?
Rugilah cikgu tu.

izakhairi said...

mantan,

Pujian yang ikhlas dari guru dapat meningkatkan estim muridnya.

Guru perlu pandai mencungkil keistimewaan muridnya. Contoh murid yang lambat menyiapkan tugas masih perlu dipuji begini:"Kamu seorang yang teliti dan hati-hati", dengan pujian begini estim murid mungkin akan lebih meningkat.

Sentiasa ternanti-nanti pujian dari guru besar

chehassan said...

Saya suka bahagian awal penulisan ini yang memerlukan guru membuat refleksi atau kajian tindakan. Mana yang baik diteruskan, yang kurang ditambahbaikkan. Jangan duduk pada takok lama, jangan jadi 'datang tak menambah, pergi tak mengurang'

mantan said...

iza,

Betul kata iza, memang penting utk meningkatkan estim murid supaya potensi diri mereka berkembang. Dengan itu mereka boleh memotivasi diri untuk terus berusaha. Keep it up!

mantan said...

che,
Betul, guru-guru memang perlu kreatif untuk menambahnilai supaya mempertingkatkan ilmu berkaitan pendidikan.

Abam Kie said...

salam. koleksi tips yg baik. izinkan saya menterjemahkan pos mantan ke dlm BI untuk disiarkan di dlm blog sy. TQ.

mantan said...

juk,
salam.
Happy Blogging!

ckLah @xiiinam said...

Salam...



Terima kasih atas kunjungan ke xiiinam....

mantan said...

xiiinam,
salam...

Beaverton Pool Services said...

Good blog posst