8.2.10
If ... with ? learns ?
8.1.10
Tuduhan
3.1.10
Naga Laku
14.12.09
PUJI
Cuti sekolah 2009 hampir ke penghujung. Sessi persekolahan 2010 akan bermula . Tentulah guru-guru sudah mula merancang dan bersedia untuk memulakan tugas.
Guru-guru tentu masih ingat, pada 2009, banyak yang telah cikgu lakukan untuk mendidik murid-murid.
Amalan yang bagus, boleh diteruskan . Amalan pengajaran yang negatif, perlulah ditinggalkan.
Ada kecenderungan sesetengah guru yang suka berleter setiap kali berhadapan dengan karenah murid. Tetapi tidak kurang juga guru yang suka memuji murid jika didapati murid sudah melakukan sesuatu yang baik.
Memberi pujian dan penghargaan kepada murid, adalah amalan yang baik. Lebih baik daripada mengkritik dan leteran.
Mungkin, ada guru yang berpendapat, jika murid-murid selalu dipuji akan menyebabkan mereka “panjat kepala” dan tidak menghormati guru. Saya tidak bersetuju dengan pandangan itu.
Cikgu jadikanlah pujian sebagai rutin ketika berhadapan dengan murid. Nanti cikgu akan dapat rasai kesannya.
Sebenarnya banyak perlakuan murid yang boleh diberi pujian, contohnya:
1. Masuk ke kelas dengan tenang dan teratur.
2. Masuk ke kelas tepat pada masa yang ditetapkan.
3. Membantu guru.
4. Mengembalikan borang yang perlu diisi.
5. Melakukan aktiviti yang berfaedah.
6. Mematuhi arahan.
7. Mengucap “salam” dan “terima kasih”.
8. Mendengar dengan teliti.
9. Membantu kawan.
10. Membawa peralatan sekolaah yang lengkap.
11. Menyiapkan kerja rumah.
12. Berdisplin di perhimpunan rasmi.
13. Segera melakukan tugasan.
14. Bertanya jika tidak pasti.
15. Berkelakuan baik ketika ujian.
16. Mengambil bahagian dalam aktiviti kelas.
17. Berbaris atau beratur ketika masuk ke dewan.
18. Berejasamaa dengan rakan-rakan sekolah.
19. Mengambil bahagian dalam pertandingan.
20. Membersih kelas.
21. Berusaha menyiapkan kerja kursus.
22. Membantu pelajar baru.
23. Berkongsi maklumat sekolaah dengan ibu-bapa.
24. Segega menyiapkan tugasan yang lewat selesai.
25. Menjalin persahabatan baru.
26. Berterusan melaksanakan projek jangka panjang.
27. Berkongsi.
28. Menghormati perasaan orang lain.
29. Belajar kemahiran baru.
30. Bijaksana menggunakan hartabenda sekolah.
31. Memulangkan buku perpustakaan.
32. Bersemangat belajar.
33. Tertanggungjawab terhadap tugasan kelas.
34. Menawarkan bantuan tanpa diminta.
35. Tidak membazir kapurtulis dan kertas.
36. Tekun melaksanakan tugasan.
37. Bercakap benar.
38. Menerima cabaran baru.
39. Berkelakuan baik bersama tetamu.
40. Mengulangkaji di rumah.
41. Mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah.
42. Memperlihatkan sikap positif.
43. Dayausaha yang tinggi.
44. Terlibat dalam kegiatan kebajikan masyarakat.
45. Mengambil bahagiaan dalam aktiviti kumpulan.
46. Tenang menghadapi masalah.
47. Memperlihatkan kreativiti.
48. Mengikut giliran.
49. Mengisi masa dengan baik.
50. Mencapai kejayaan.
Banyak cara yang boleh cikgu lakukan untuk memuji, contohnya:
Gunakan perkataan atau rangkaikata tertentu dan sebutkan juga apa kebaikan yang telah dilakukan.
Misalnya: “Wah, saya suka lihat kamu bekerjasama menyiapkan tugasan ini. Bagus!”
Boleh gunakan perkataan: Wah!, Wow!, Bagus!, Hebat!, Menarik!, Teruskan! Rajinnya!, Cemerlang!, Dihargai! Hoorey!, Best!, Usaha yang baik!, Terima kasih!, Syukur!,
Kalau cikgu malu nak gunakan kata-kata, boleh juga gunakan ‘body language’ seperti:
Senyum, bersalam, tepuk tangan, tunjuk ibu jari… dan lain-lain yang sesuai.
Pengetua selalu puji cikgu-cikgu tak?
Syaratnya: Pujilah dengan ikhlas!
11.12.09
KUCUPAN
Seorang pekerja beritahu Pengetua masalah yang berlaku di bilik air perempuan di kolej tempat dia kerja tu (bukan di Malaysia). Pelajar-pelajar perempuan suka sangat kucup cermin untuk tinggalkan kesan gincu. Penuhlah cermin bilik air tu dengan kesan gincu.
Pekerja tu pun tampallah notis, larang pelajar-pelajar tu buat kerja-kerja yang macam tu.. Tetapi budak-budak tu tak peduli pun.. Setiap petang jenuhlah pekerja tu bersihkan kesan-kesan gincu di cermin bilik air, tetapi esoknya budak-budak tu buat lagi.
Apabila keadaan tidak berubah, Pengetua terpaksalah ambil tindakan nak atasi masaalah tu.
Kesokan harinya Pengetua telah arahkan supaya beberapa pelajar perempuan dari setiap kelas sebagi wakil pelajar datang berkumpul di bilik air.
“Terima kasih kerana kamu semua dapat hadir,” kata Pengetua, “ Tentu kamu dapat lihat kesan gincu yang penuh di cermin itu.’
Beberapa pelajar saling berpandangan antara satu sama lain.
“Kamu semua sedia maklum gincu bibir yang digunakan sekarang ini dibuat supaya kekal lama di bibir, dan memanglah lebih sukar untuk dibersihkan jika terlekat di cermin.
Dengan sebab itu kami dengan susah payahnya telah mencipta alat pencuci yang paling berkesan untuk membersihkan kesan gincubibir di cermin itu.
Saya harap apabila kamu melihat keberkesan alat pencuci itu, tolong sampaikan maklumat ini kepada rakan-rakan kamu yang lain. Selepas ini diharapkan kamu lebih selesa menggunakan kertas tisu dan tidak lagi menggunakan cemin untuk tujuan itu.”
Selepas saja pengetua sampai maklumat itu, pekerja kolej datanglah bawa span alat pembersih cermin. Budak-budak tu tengok pekerja celupkan span pencuci tu ke lubang tandas yang belum dicuci dan kemudian digosokkan ke cermin untuk bersihkan kesan gincu itu.
Pekerja itupun tersenyum. Pelajar-pelajar itu pun beredar. Pengetua pun senyum juga.
Selepas itu tak ada lagi kesan gincu di cermin bilik air itu.


