Kita kena terima
hakikat bahawa di sekolah banyak kelas yang tidak terkawal. Guru tidak berjaya
mengawal dan hilang kawalan.
Ketika mengajar, saya
belajar mengawal diri sambil mengawal kelas (murid-murid). Ini yang biasanya saya lakukan pada awal tahun. Dan terus kreatif hingga ke akhir tahun.
- Tanggungjawab
Saya tak akan salahkan orang lain kalau kelas saya
bising dan tak terkawal. Kalau murid-murid saya berdisiplin, sayalah yang
menetapkan peraturannya. Kalau kelas saya bising macam pasar, sayalah yang
membiarkan keadaan itu berlaku. Kadang-kadang budak-budak memang susah nak kawal.
Maklumlah budak-budak. Saya kena
pastikan budak-budak tu
bertanggangjawab, tak terkecuali diri saya juga.
- Peraturan
Ini kena mula dari awal lagi. Macam mana peraturan masuk kelas? Macam mana cara nak minta kebenaran keluar ke tandas? Bila boleh keluar kelas? Bagaimana kerja rumah mesti dilaksanakan? Bagaimana cara nak menyoal guru? Bagaimana bercakap dengan rakan di dalam kelas? Bagaimana kalau hendak bertanya dan menjawab soalan saya? Semua ada peraturan dan saya kena ajar budak-budak ni. Banyak peraturannya
- Organisasi
Setiap kumpulan orang ada ketuanya. Saya akan tentukan siapa yang jadi Ketua Kelas. Saya suka pilih yang paling tua umurnya jadi ketua, diikuti Pembantu Ketua. Kalau saya terpaksa keluar kelas, saya pastikan Ketua Kelas bertanggungjawab mengawal kelas. Saya kena jelaskan kepada semua murid dalam kelas supaya budak-budak tu faham peranan Ketua Kelas dan bagaimana mereka kena menghormati ketua.
- Bertengkar?
Jangan sekali-kali bertengkar dalam
kelas. Inipun satu peraturan juga. Sesama murid atau dengan guru. Bertengkar tidak
mendatangkan sebarang faedah pun. Saya kena pasti peraturan ini dipatuhi oleh
semua murid dan guru juga. Jika pertengkaran dalam kelas jadi budaya,
riuh-rendahlah jadinya. Ia juga boleh menjadi punca masaalah.
- Becok?
Saya kena pastikan yang saya tak terlalu banyak bercakap, tapi saya kena pastikan maklumat pengajaran yang saya sampaikan, lengkap dan difahami. Tepat, jelas, berkesan. Saya kena pastikan ini jadi amalan saya.
- Bersedia
Saya kena pastikan saya mengajar dengan perancangan. Apa yang nak saya capai hingga akhir tahun? Apa yang hendak saya capai hingga akhir penggal? Apa yang nak saya capai hingga akhir minggu?. Apa yang nak saya capai pada akhir pelajaran hari ini? Saya tak mahu terlepas daripada melaksanakan tugas-tugas utama saya di bilik darjah
- Harapan
Saya kena pastikan semua murid saya faham apa yang saya harapkan. Mereka kena faham, harapan saya memang tinggi. Saya nak mereka semua berdisiplin, berjaya dan terdidik.
Nak laksanakan perkara-perkara ni, kena
kreatif dan inovatif juga. Boleh ke? Memang boleh sebab
mengajar sebenarnya seni yang penuh dengan kreativiti.
Cubalah! Dan kemudian, senyum!
11 comments:
Kekadang mcm buntu bila menghadapi telatah budak2 sekarang yang datang sebab dipaksa oleh mak bapak, semata2 nak dapatkan sijil SPM
betul tu..masa kita ngajar mereka berbual. tu yg saya paling tak suka. Bila dah dpt result baru menyesal...masa tu dah x guna..
Tip yang bagus dan berguna kepada semua guru. Harap dapat diamalkan...kawalan kelas mmg sangat penting dalam p&p, malah mungkin faktor yg paling penting semasa dalam kelas. Guru-guru perempuan yg biasanya menghadapi masalah dalam situasi ini, terutamanya yang baru posting. Kesian tengok mereka dibuli oleh pelajar-pelajar.
Teknik mengawal kelas...juga perlukan kepakaran yang bukan alang-alang. Apatahlagi dengan keadaan murid sekarang...
Syukur saya mengajar di sekolah perempuan....senakal-nakal mereka, masih ada rasa segan terhadap cikgu.
Selamat menjalankan p&p dengan ikhlas cemerlang kepada semua insan guru...itu 'passion' kita!
Maaf;
alang-alang = sepatutnya 'calang-calang'!
Very detail mantan :)
banyak lagi yang DaHLia perlu belajar dengan mantan..tahun depan boleh apply dengan tips2 tambahan mantan ni..
assalammualaikum mantan
kata2 bernas dari orang yang selayaknya.
terima kasih.
insyaAllah saya akan tersenyum nanti
salam mantan,
Bagus panduan tu especially untuk guru2 baru tu. Kawalan kelas sangat penting. Jangan mulakan P&P kalau pelajarnya belum sedia. Biasanya yang paling penting first day kita masuk kelas tu. Masa tu la bebudak akan menguji kita. Apatah lagi kalau kelas hujung tu. Tunjukkan wibawa kita sebab kita yang mengawal bebudak tu.Bukannya bebudak yang mengawal kita!
salam mantan,
Ini kali pertama saya layari blog mantan.
Terima kasih dengan maklumat yang bermakna.Pelajar sekarang suka guru yang mesra tetapi mesranya kita dalam ketegasan terutamanya kelas yang terakhir.
salam,
jangan menyalahkan orang lain, atau peraturan jika apapun berlaku...
salahkan diri sendiri....
Salam, terima kasih semua kerana singgah di blog mantan:
n@m@n,kadang-kadang ibubapa tak faham...
juk,penyesalan pun tak beri makna kpd mereka...
Cikgu Chun,susahlah kalau cikgupun kena buli...
xiiinam,teknik kawal kelas tu 'senjata' guru...
DaHLia, 'lain padang, lain belalangnya'...
a kl citizen,senyumlah selalu...
insan pendidik, murid-murid kena ready, minda dan fizikal...
Anonymous, tengok keadaan, patut mesra, mesralah. Patut tegas, tegaslah...
ahmad humairi,ye diri sendiri...
Post a Comment