8.1.10

Tuduhan




Saya percaya sejak hari pertama sekolah dibuka, guru-guru sudah berhadapan dengan masalah disiplin murid-murid.

Apabila berlaku masalah disiplin, drama  tuduh-menuduh pun bermula.

Ibu-bapa menuduh guru. Guru menuduh ibu-bapa. Murid-murid menuduh guru dan ibu-bapa.

Ibu-bapa terperangkap dalam pertarungan untuk mendapatkan pendidikan terbaik di sekolah. Seringkali ibu-bapa menyalahkan pihak sekolah apabila anak-anak mereka bermasalah.

Apabila anak-anak mereka terus membesar (bersama dengan masalah), mereka mula menyalahkan masyarakat sambil terus menyalahkan guru. Guru dikatakan tidak mendisiplinkan anak mereka dengan betul.

Setelah anak mereka menjadi remaja, dan terus bermasalah, mereka menyalahkan dadah, motorsikal, sekolah dan budaya.

Jadilah mereka itu ibu-bapa yang menggunakan “tuduhan” untuk mendidik anak-anak.

Seiring dengan budaya tuduhan itu,  mereka cenderung untuk memberi pelbagai alasan   membela tindakan anak-anak mereka yang tidak berdisiplin di sekolah.

Anak-anak akan mewarisi budaya menuduh dan memberi alasan.

Jadi bagaimana?

Apabila anak-anak suka memberi alasan, ibu-bapa patut fokus pada tanggungjawab. Memanglah, kadang-kadang ada alasan anak-anak boleh diterima. Tetapi ibu-bapa tetap bertanggungjawab mengatasi masalah anak-anak.

Bolehkah ibu-bapa diharapkan?. Bukan soal boleh diharapkan. Itu tanggungjawab mereka mendidik anak-anak.

Di sekolah,  anak-anak akan mewarisi budaya menuduh dan memberi alasan.

Untuk menyelesaikan masalah disiplin, kadang-kadan guru bertelagah dengan murid-murid:-

Bandingkan situasi  yang berlaku di sekolah menengah, yang saya paparkan di bawah ini.

Situasi (a):

Cikgu A: Kenapa awak tidak sipakan latihan yang saya beri?
Murid A: Budak curi buku latihan saya.
Cikgu A: Awak memang bermasalah.


Dengan situasi (b)

Cikgu B: Kenapa awak tidak bertanggangjawab menyiapkan latihan yang saya beri?”
Murid B: Budak curi buku latihan saya.
Cikgu B: Saya bercakap tentang tanggungjawab awak menyiapkan latihan, bukan kesalahan budak yang curi buku latihan awak.
...

Barangkali antara kedua-dua situasi  itu, ada sedikit kesan yang berbeza.





2 comments:

Anonymous said...

Assalam mu alaikum wr wbt
Maaf lama tak ziarah Cikgu Wahab...
Sebagai mantan guru bilik darjah, kita sering menghadapi situasi dituduh tidak berbuat sesuatu untuk murid-murid. Semua kelemahan akan di tempelak kepada guru!! Semua yang tak elok dalam masyarakat adalah hasil salah didik guru!! Ibubapa semuanya molek belaka.
Tetapi sedarkah masyarakat.. Pendidikan bukan berlaku dalam sekolah sahaja.. Utamanya di rumah, tidak ketinggalan di luar rumah atau masyarakat. Sekolah membina tetapi persekitaran meroboh.... Persekitaran pula terdapat berbagai agensi.. TV, Video, Rakan Sebaya, Orang Tua, Komuniti setempat dan berbagai lagi... Akhirnya apa yang diajar di sekolah akan larut dan lesap bila balik kerumah...
Peranan ibubapa dalam pendidikan...
Dr Abdullah Nasih Ulwan, Professor Pengajian Islam, Universiti Al-Malik Abdul Aziz, Jeddah dalam bukunya “Pendidikan anak-anak dalam Islam” menyarankan cara-cara pendidikan berkesan kepada anak melalui lima pendekatan iaitu, [1] Pendidikan dengan menunjukkan contoh dan tauladan. [2] Pendidikan dengan adat kebiasaan. [3] Pendidikan dengan nasihat dan bimbingan. [4] Pendidikan dengan pemerhatian dan pengawasan. [5] Pendidikan dengan denda dan hukuman

mantan said...

Alberangque,
Assalam mu alaikum wr wbt

Seluruh alam, wadah pendidikan.
Isinya cuba saling mempengaruhi. Sampai berantakan.
Manusia (yang mendidik dan yang dididik) ada pilihan. Bergantung pula kepada akalnya.