Jika dilihat memang cantik, beraneka
warna. Namun di sebalik keindahan itu, diselubungi racun berbisa.
Terdapat beribu-beribu jenis makhluk
berbisa yang tedapat di daratan , lautan atau berterbangan di udara. Kadang-kadang
manusia sendiri tidak mengetahui kwujudan racun berbisa itu.
Beberapa contoh:
1.
Obor-Obor / Ampai-Ampai:
Makhluk paling beracun. Mengikut
rekod 6000 orang telah maut terkena bisa
racunnya(venom). Saiznya hanya sebesar telapak tangan. Warnanya biru. Terdapaat
di sekitar pantai Asia Tenggara dan Australia.
Setitik racunnya boleh membunuh
sekurang-kurangnya 25 mamalia yang besar, termasuk manusia. Corak dan warna
cengkerangnya memang cantik. Siput ini
boleh “menyamar” dan tidak dicam dan dengan mudah menyerang mangsanya.
3. Katak Biru:
Warnanya memang menarik. Membunyai
racun yang sangat bisa. Setitis racunnya (2 microgram) yang sangat berbisa itu
boleh membunuh manusia dewasa.
4. Ikan Buntal:
Di Jepun dan Cina, ikan ini menjadi
makanan kegemaran. Ada bahagian-bahagian organnya menjadi racun kepada manusia.
Selepas beberapa minit termakan organ yang beracun, otot manusia akan menjadi
lumpuh, menambah kencang degupan jantung, loya, pening, muntah dan pengsan.
5.
Ular Tedung:
Walaupun racun atau venom ular
tedung tidak terlalu toksik jika dibandingkan dengan haiwan lain, tetapi ia
menjadi makhluk yang sangat berbisa kerana kemampunnya menyuntik racun dengan
banyak ke dalam tubuh mangsa. Ular tedung boleh memproses racunnya dengan
banyak sehingga mampu membunuh seekor gajah. Ular jenis ini terdapat di merata
tempat terutamanya di Afrika, Asia dan Australia.
6.
Sotong Gurita:
Sotong Gurita Biru dianggap makhluk
lautan yang sangat berbisa. Sotong ini mampu membunuh 25 manusia dalam
satu gigitan sahaja. Ia boleh dijumapai di Lautan Pasifik terutamanya di Jepun
dan Australia. Racunnya akan segera bertindak terhadap otot, melemahkan
jantung, pengsan dan maut dalam beberapa minit.
7.
Ikan Batu.
Sejenis ikan yang paling beracun di
samping paling hodoh. Apabila ikan ini menyerang manusia, bahagian anggota yang diserang terasa seperti
lumpuh. Sengatannya tidaklah begitu
berbahaya, tetapi jika tidak dirawat, dalam tempoh 2 hingga 3 jam boleh membawa
maut.
8. Labah-Labah Pisang:
Labah-labah ini deikenali juga
sebagai labah-labah Brazil. Sejenis
labah-labah paling berbisa, sengatannya boleh membunuh manusia.
9. Ular Taipan:
Seekor ular Taipan mempunyai racun yang boleh membunuh lebih seratus manusia
dalam masa 45 saat sahaja. Terdapat di Austral
10.
Jengking Pembunuh:
Walaupun racunnya tidak begitu kuat
untuk membunuh orang dewasa yang sihat,
tetapi kanak-kanak yang mempunyai masalah jantung perlu di rawat segera jika disengat jengking
jenis pembunuh ini.
Warna-warna kehidupan ini banyak memberikan pengertian dan mendidik diri kita sebagai manusia. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu melainkan penuh dengan iktibar supaya difahami oleh manusia.
Mantan: Pernah disengat lebah, tebuan, lipan, sembilang dan pari. Sakit juga.
Mantan: Pernah disengat lebah, tebuan, lipan, sembilang dan pari. Sakit juga.
6 comments:
salam mantan,
terima kasih berkongsi... menarik entry nie...
salam mantan,
yang cantik tu la tak harus dipegang kerana berbisa di dalam...
Zaijb.
Salam.
Terima kasih kerana berkunjung.
salam,
mantan, tentu tak ada penawar bagi makhluk berbisa ni kan...iktibarnya, jangan pilih yang cantik aje...
IP,
Salam,
Kena sentiasa berhati-hati.
Puterizz,
Lama tak singgah kat blog mantan ni.
Maut je lah penawarnya kalau kena bisanya tu...
"Cantik" tu penting juga...
Post a Comment