Katak-katak ini cantik. Warnanya.
Di United Kingdom "FROG" amat terkenal dalam bidang pendidikan, terutamanya dalam bidang ICT. "FROG" menjadi lambang kemajuan pendidikan.
Barangkali ramai juga cerdik pandai pendidikan di negara kita sedang membuat kajian dan mengintai-intai tentang lompatan sang "KATAK". Mungkin nanti akan bertukar menjadi "KODOK".
(Apapun, katak dan kodok jika dieja secara songsang, sama saja).
Mantan: Teringat lagu "Lompat Si Katak Lompat!"
26 comments:
katak selalu membuat lonjakan saujana...
Katak pisang bahaya cikgu wahab, dengarnya mata boleh buta kalau terkena pancutan air kencingnya!. Lagi 1, katak x semestinya boleh melompat je, katak lembik tu siap boleh memanjat pokok kelapa...
katak kalau warna merah dan terang2 tu beracun ... tapi lagu tu tentunya mengimbau kenangan masa zaman kanak-kanak.
kata orang...
katak juga melambangkan seseorang yang tiada pendirian...duduk dua alam...survivor..macam macam lagi...
Wallahualam..
Mula-mula masuk pra-sekolah dulu...
Lagu 'Katak Oh Katak' antara pelajaran yang paling awal cikgu perkenalkan...
KATAK juga...eja dari depan atau belakang tetap KATAK!
klcitiz,
ha ah, tengok jenis-jenis kataknya juge...
chun,
banyak juga rupanya kebolehan sang katak ni...
IP,
Jangan dekat dengan katak merah yg beracun tu...
hazeleyed lady,
Macam-macam rupa dan perangai sang katak ni. Yang bertanduk pun ada...
xiiinam,
Lompat Si Katak Lompat,
Lompatlah Tinggi Tinggi,
Cepatlah Adik Cepat,
Cepatlah Bangun Pagi Pagi,
Lompat Si Katak Lompat,
Lompatlah Tinggi Tinggi,
Cepatlah Adik Cepat,
Cepatlah Bangun Pagi Pagi,
Kalau Adik Malas Lagi,
Malas Bangun Pagi,
La La La La La La,
Nanti Kita Rugi...
Lompat Si Katak Lompat,
Lompat Tepi Perigi ,
Cepatlah Adik Cepat,
Cepatlah Pergi Mengaji,
Kalau Kita Rajin Usaha,
Tentu Kita Berjaya,
La La La La La La,
Hidup Aman Bahagia....
Kalau Adik Tidak Malas,
Rajin Setiap Hari,
La La La La La La,
Tentu Usaha Jaya....
Lompat Si Katak Lompat,
Lompat Tepi Paya ,
Cepatlah Adik Cepat,
Cepatlah Pergi Belajar,
comel nyeee katak2 tue....
Dengar khabarnya setelah melihat di London Menteri Pelajaran kita mahu bawa 'frog' ke dalam sistem pendidikan kita...Ramai yang akan terlompat...projek datang! beban datang!
zaijb,
comel pun katak tu, ramai yang geli...
mendewa,
Tulah, kena sedia awal-awal, belajar macam mana katak-katak tu melompat.
teringat dulu kejar katak sebab nak bedah buat eksperimen biologi..
n@m@n,
Masa sekolah dulu belajar sains kena bedah katak dan arnab juga.
Masa mantan kecik2 dulu, kejar katak (anak yg kecik), tangkap buat umpan pancing ikan haruan.
Semoga dapat berehat bersama keluarga pada cuti hujung minggu ni...
Saya paling takut dengan katak. Geli tak dapat nak cakap. Tengok pun kalau boleh tak mau. Pengalaman hitam masa kecil....
Aida,
Takut katak ye.
Masa saya kecik-kecik dulu suka tengok nenek saya latah kalau dia nampak katak melompat...
Kata mereka yang pernah makan katak, rasanya manis dan sedap, tetapi bukan semua jenis katak selamat di makan.Bagi kita muslim, katak tidak boleh dimakan kerana dia jenis binatang dua alam.Begitulah mengikut pendapat ulamak.
HAPPY BIRTHDAY TO YOU CIKGU...SEMOGA PANJANG UMUR...MURAH REZKI...
cikgupj,
Saya pernah tonton di Asian Food Channel (Astro), chef masak katak!
Rosnah,
Terima kasih atas ucapan dan doa tu.
alamak rasanya tak terlewat juga nak ucapkan....
HAPPY BIRTHDAY !!! kat Mantan...
Moga sentiasa di berkati oleh Allah ape yg kita lakukan....amin.
Zaijb,
Terimakasih atas ucapan dan doa untuk mantan.....
Antara haiwan yang dilarang dibunuh dalm Islam ialah katak, haiwan lain ialah semut, lebah, dan labah-labah. maaf kalau tersalah, dah lama... ingat-ingat lupa
Orang muo,
Islam agama syumul. Mendidik kita tentang semua perkara dalam kehidupan termasuk belas kasihan bukan sahaja kepada manusia tetapi haiwan juga.
Post a Comment