“Saya kena tukar…!”
Barangkali Itulah tanda permulaan seorang pekerja akan berada di tempt tugas yang baru!
Bertukar ke tempat kerja baru boleh menimbulkan stress, walaupun kita yang memohon pertukaran untuk bertugas di tempat baru.
Namun pada waktu yang sama ia boleh menjadi suatu pengalaman yang menarik. Bertemu rakan-rakan baru, beradaptasi dengan suasana baru, dan memulakan tugasan baru boleh menimbukan kesan emosi yang positif. Dan yang negatif juga.
Namun pada waktu yang sama ia boleh menjadi suatu pengalaman yang menarik. Bertemu rakan-rakan baru, beradaptasi dengan suasana baru, dan memulakan tugasan baru boleh menimbukan kesan emosi yang positif. Dan yang negatif juga.
Untuk menyesuaikan diri ketika pertama kali melangkah masuk ke persekitaran tugas yang baru mungkin ada cara-caranya yang boleh dipelajari.
KENAL
Kenalkan diri. Penting bagi orang lain tahu nama dan kenal wajah kita. Menghulurkan tangan untuk bersalaman sambil memperkenalkan diri adalah langkah terbaik.
LIHAT
Lihat persekitaran tempat tugas. Persekitaran baru boleh memberikan banyak maklumat. Pemerhatian kepada persekitaran akan banyak membantu kita menyesuaikan diri.
TAHU
Kita perlu segera tahu segala peralatan dan keperluan yang akan digunakan untuk menjalankan tugas. Kita akan menjadi lebih selesa, dan dapat melakukan tugas dengan lebih cekap dalam waktu yang singkat.
TANYA
Tanya jika tidak tahu sesuatu. Tanyalah apa yang ingin kita tahu kepada orang yang sesuai yang boleh memberikan maklumat berkaitan tempat dan bidang tugas. Mereka akan sentiasa mahu membantu.
KOMUNIKASI
Berkomunikasilah dengan rakan setugas yang baru. Sikap ramah mesra boleh membantu kita mendalami bidang tugas di tempat baru dengan lebih cekap.
BELAJAR
Pelajari cara mengendalikan sistem dan peralatan yang mungkin berbeza dengan tempat tugas terdahulu. Pelajari segala prosedur asas yang penting bagi membantu tugas-tugas yang akan dijalankan.
FLEKSIBEL
Perlu ada sikap terbuka dan fleksibel untuk menerima idea dan cara-cara baru dalam melakukan sesuatu. Di tempat tugas yang baru mungkin ada prosedur baru. Perlulah fleksibel dan bersedialah untuk beradaptasi.
Yang tersebut di atas hanyalah “langkah pertama” . Namun segala kejayaan seterusnya mungkin bermula daripada langkah pertama itulah!.
13 comments:
Kata orang lama, kena pandai ikut rentak...
macam tips ni utk saya je,,,cikgu.
Salam Cikgu.
Info yang banyak manfaatnya. Jadi panduan bila diperlukan. Terima kasih cikgu.
masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang harimau mengaum..
kalau bos baru sampai,kita kena ikut rentak bos..hehe
mendewa,
Bagaiman gendang, begitulah tarinya...
Rosnah,
Ye ke?
Saya tulis entri tu "Untuk Sesiapa Yang Berkenaan" aje.
Roha,
Salam,
Ada rasa nak mohon tukar...?
salam cikgu..dimana saja kita ditukar atau bertukar, perkara utama sekali ialah pandai menyesuaikan diri...dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung. Apa yang penting, kita jaga hablun minallah(hubungan kita dengan Allah) dan hablun minannas (hubungan sesama insan). InsyaAllah selamat dimana sahaja...wallahua'lam
tempat baru, suasana baru, kawan2 baru dan yg pasti pengalaman baru!!!
Salam Cikgu.
Taklah cikgu. Saya baru ditukarkan dari sekolah kebangsaan ke sekolah jenis kebangsaan kemudian kembali ke sekolah kebangsaan semula pada tahun ini. Terima kasih cikgu.
salam cikgu...walau dimana kita bertukar atau ditukarkan, yang paling utama sekali ialah pembawaan kita menyesuaikan diri dengan iklim baru.Jaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama insan...insyaAllah selamat
ustaz eds,
Salam,
Sepatutnya begitulah. InsyaAllah kerja kita menjadi mudah...
sayapun tunggu nak tukar...lelama duk sekolah (baru 3tahun) dah rasa mcm need new environment...tapi xpernah nak lepas..biarpun hilang seniority kat sekolah, tp kan best kalo dpt belajar suasana baru
Post a Comment