Siapa lagi yang nak saman?
Saya tanya soalan ni
bukanlah nak galakkan cikgu-cikgu menyaman. Tapi saya bimbang, saman
menyaman ni jadi budaya. Akan cemarkan nama baik bidang perguruan. (Sekarang pun tercemar dah!)
Jika itu berlaku, pengurusan institusi pendidikan (sekolah
khususnya) jadi lebih mencabar dan tambah rumit. Kesan negatifnya tentulah
terpalit kepada produk dan output pendidikan.
Yang jadi gb dan pengetua, kena siap.. Siap apa? Bukan
siapkan peguam dan pembiayaannya. Yang nak disiapkan ialah ilmu pengetahuan
yang mendalam tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah. Yang lebih penting
ialah ilmu kemanusiaan kerana guru-guru
adalah manusia. Kalau setakat belajar ilmu pentadbiran dan pengurusan selama setahun dua, memang belum cukup. Banyak ilmu bantu berkaitannya perlu diterokai secara berterusan.
Tujuan persediaan ilmu ini ialah supaya pentadbiran dan pengurusan dapat dilaksanakan
dengan sempurna . Bila ilmu sentiasa ditambah dan sudah betul pentadbiran dan pengurusannya,
tidaklah ada yang akan menyaman dan disaman!
tidaklah ada yang akan menyaman dan disaman!
16 comments:
Assalam mu alaikum wr wbt
Cikgu Wahab!! Siapa pula yang kena saman? Kalau hubungan antara guru dengan pembesar sekolah yang jadi tajuk bicara, maka orang besar sekolah kenalah memahami hubungan antara manusia, hubungan kemanusiaan. Kadang-kadang orang kecik sekolah kena juga kadar kan diri. Tapi apa-apa hal kenalah jaga hubungan antara manusia (Hablum minan nas) di samping itu sentiasa munajat kepada Allah SWT agar menyatukan hati-hati manusia di sekeliling kita demi kebaikan diri kita semua dan juga anak-anak didik yang disayangi...
salam mantan,
di sekolah kalau ada pengetua atau guru besar yang suka sangat nak cari salah cikgu atau suka sangat nak jatuhkan air muka orang bawahan dia eloklah kita saman je dia, ok tak mantan? biar jadi pengajaran pada orang2 besar yang lain....
alberangue,
Kalau tidak ada persefahaman, banyaklah perkara negatif yang berlaku...
puterizz,
Sudah lama puterizz tak komen ...
Kalau ada pengetua atau GB yang suka sangat nak jatuhkan air muka orang lain, mungkin pengetua atau gb yg begitu, kekurangan ilmu, kekurangan keyakinan atau mungkin 'gila kuasa' atau ada masalah peribadi yang lain.
Mantan rasa, ada segelintir sahaja yang begitu. Serlintir yang tersalah pilih profesion atau segelintir yang disalah pilih.,
sampai saman berjuta pulak sekarang ni kan?terkejut baca paper hari tu
sy setuju dgn cikgu...klu tdk dicari cara penyelesaian yg berhemah, saman akan jd satu budaya!!!
Salam, saja nak mencelah, dlm pengalaman yg tak seberapa, dah pernah berkhidmat bawah 6 guru besar 3 daripadanya bermasalah, nasib kot dpt mcm tu...
alberangque ,
Assalam mu alaikum wr wbt
Saling faham memahami sangat penting dalam institusi / organisasi sekolah...
puterizz,
salam.
Kalau ada pengetua ataau GB yg macam tu, dia belum "khatam" (bukan khatan) lagi. Kena banyak belajar lagi tu...
n@m@n,
saya terkejut juga keran nama baik profesion perguruan semakin tercemar.
ain,
akan jadi semakin teruklah nanti..
alangbudi,
salam... tq kerana berkunjung.
InsyaAllah cikgu...jika semua GB dan Pengetua ada ilmu pentadbiran yang dipelajari baik dari Institusi dan juga pengalaman ditambah budi bicara serta hubungan baik dengan guru bawahan perkara saman menyaman ni dapat dielakkan.Apa yang kita sedar ialah, jawatan itu amanah Allah dan akan ditanya di sana nanti...
salam mantan,
cabaran bidang perguruan memang cukup besar sekarang. Ramai yang masih tidak faham tanggungjawab yang dipikul dan peranan yang dimainkan oleh guru, terutama ibu bapa anak-anak sendiri. Pengorbanan guru selalu diambil ringan.
ustaz,
Begitulah yg diharapkan.
Dr.Sam,
Konsep pendidikan semulajadinya tidak berubah. Yang berubah ialah manusianya.
Post a Comment