5.3.10

Sama Rasa Dan Sama Bau

Banyak yang sudah berubah. Atau diubah. Kadang-kadang kita pun tak sedar bila berubah. Ubah mungkin ada kesan positif. Ada juga yang negatif.

Nama dan jenis makanan juga berubah.
Contoh-contohnya:
Kerepek - Cip (pisang, ubi, keladi, keledek)
Budu -  Sos bilis.
Kicap - Sos soya.
Keropok - Cip ikan.
Lempeng - Penkek (Kelapa, pisang)
Agar-agar - Jeli (Kelapa)
Belacan - Pes udang.
Tempoyak - Pes Durian
Kuah - Sos (Kacang)
Air - Jus (Limau, epal, soya)
Air batu - Ais
Keropok lekor - Sosej ikan.

Barangkali dengan mengubah nama itu, jenis-jenis makanan itu tampaknya lebih komersial (Atau lebih enak?). Atau proses penyediaan makanan itu menyebabkan namanya diubah.

Mungkin nanti : ikan jeruk, ikan pekasam, cencalok, petai jeruk, jering peram dan sebagainyaa itu akan turut berubah.
Apapun, rasa enak dan bau pes udang, pes durian, pes ikan, sos bilis akan tetap kekal walaupun namanya diubah seribu kali.

11 comments:

ain said...

supaya nmpak lebih glemer pun ye gak kot!!

mantan said...

ain,
Ye lah ain...bunyinya glamer la sikit...budu dan tempoyak tu kan sedap jugak,....apapun namanya.

CIKGU NAMAN said...

mantan suka makan budu jugak ke?hehe

packaging budu pon dh berubah, ada yang dipakej dalam plastik macam yang dijual dkt mydin..tp xpenah try lagi yg tu..hehe

mantan said...

n@m@n

Makan je. Sedapnya budu. Kena dengan ikan bakar dan celur sayur kangkung..oooo bestnya...

Belacan (Pes udang) pun dah ada dalam bentuk serbuk kering. pack dalam botol ....canggih dah...

orang muo said...

amat setuju bos...jenama komersial. baru le org asing paham dan mahu mencuba rasanya..

DrSam said...

berubah mengikut peredaran zaman. Mungkin jika tiada perubahan, tiada perkembangan atau mungkin mengancam 'survival.

zaijb said...

best gak tukar nama... macam makan kat oversea lahhh hahaha....

nama2 tue sekadar daya tarikan jee... selalu kalau sedap jee yg zai beli... mmm... macam2...

Rohani M.U said...

Salam
Apa ada pada nama? Pada saya la, yang penting ialah rasanya. Nama aje glamour tapi rasa tak da, takda apa la.

mantan said...

OM,
Sekarang ni banyak piliha. Banyak persaingan...Kenalah tampilkan keistimewaan.

mantan said...

DrSam,
Amat setuju,
Untuk survival kena ubah...jika tidak mau ketinggalan... dan perubahan juga harus sepadan dengan keperluan....

mantan said...

Zaijb,
Nama yg glamer kenalah selaras dengan keperluan-keperluan lain...