1.3.10

Syafia Humaira.

Humaira,


Titis airmataku merenung
redup matamu.
Luluh rawan pilu hatiku
mengenang.

Malang,
malangnya nasibmu.
Syaitan durja yang
menggila itu.
Meragut,
meragut segala
riang ria usiamu.

Dalam amukan syaitan,
syaitannya itu.
Dihumban usiamu ke
dalam gelap,
gelap nestapa.

Namun
Allah menyanyangimu..... Syafia Humaira 

A.Wahab Taha 02/2010

13 comments:

Anonymous said...

Syaitan menyamar jadi manusia

ain said...

sedih sungguh hati membaca nasib Syafia!! bila iman tiada di dada, senanglah syaitan bermaharajalela.

Semoga roh adik Syafia bahagia di sana!!

ckLah @xiiinam said...

Apabila Tuhan mahu membuka sesuatu...(contoh keburukan/kejahatan yang disembunyikan selama ini)


Ada kalanya sesuatu perlu ditutup... (contoh kematian/ kehilangan)

Semoga kita dijauhkan dari dugaan seperti ini...amin.

CIKGU NAMAN said...

macam-macam hal sekarang yang dulunya tak terfikir akan berlaku

mintak2 dijauhkan,amin

Guru said...

assalammualaikum mantan

saya setuju betul ngan komen xiiinam

Rohani M.U said...

Salam.
Nilai kemanusiaan semakin menghilang, yang ada hanya nafsu binatang bertopengkan insan. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Puterizz said...

salam,
satu demi satu kisah anak kecil yang cukup menyayat hati, bilakah kesudahannya.....

zaijb said...

siapa pula selepas ini... tiada kesudahan.

mantan said...

terima Kasih semua:
ain
xiiinam
n@m@n
a kl citizen
roha
puterizz
zaijb
anonymous

Kita semua manusia, maka kita punya nilai kemanusiaan...

Abam Kie said...

harapan daddy agar roh syafia tenang di sana dan ditempatkan di kalangan para solehah. Amin...

mantan said...

DZ, semoga begitulah.

Ada satu kes penderaan terbaru. Kanak-kanak berusia 18 bulan mati didera suami pembantu rumah...MasyaAllah...

Mohamad said...

Dunia makin maju, manusia makin pelik. Inilah cabaran bagi guru-guru untuk mendidik supaya jiwa anak-anak kita lebih tenang menghadapi liku-liku hidup yang penuh dugaan.

mantan said...

Cikgu Mohamad,
Ada juga manusa yang hanyut dalam kemajuan itu...