Di mana-manapun, guru
mendepani pelbagai cabaran. Baik di
pedalaman, di bandar, di hulu, di muara, di gunung, di lembah, di daratan dan
kepulauan kaum guru tetap berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Seringkali diperkatakan masalah dan cabaran yang dihadapi
kaum guru di pedalaman. Infrastruktur dan kemuadhan asas yang sempurna sesungguhnya
menjadi dambaan.
Kesukaran yang dihadapi untuk ke daerah pedalaman dengan persekitaran yang menuntut banyak kesabaran bukan sahaja memerlukan lebih ketabahan malah seringkali mengorbankan banyak tenaga dan wang.
Kesukaran yang dihadapi untuk ke daerah pedalaman dengan persekitaran yang menuntut banyak kesabaran bukan sahaja memerlukan lebih ketabahan malah seringkali mengorbankan banyak tenaga dan wang.
Menjadi guru di kawasan bandar juga, tidak kurang
cabarannya. Barangkalai “kelebihan” yang
ada di bandar menjadikan guru sentiasa tercabar. Kepelbagaian suasana dan
persekitaran serta hiruk-pikuk dan kesesakan menuntut pengorbanan masa dan
tenaga yang bukan sedikit.
Para intelek pendidikan
seringkali memperkatakan tentang: Pembelajaran
Berterusan, Penggunaan Teknologi dan ICT, Pengurusan pendidikan, Pembentukan
Jatidiri Pelajar dan Kualiti Guru.
Masyarakat umumnya seringkali mengharapkan kejayaan anak-anak mereka di samping mempersoalkan kewibawaan kaum
guru.
Pada ketika yang sama kaum guru masih terus berjuang
untuk menjadi guru yang sebaik-bainya sambil terus bergelumang dengan cabaran dan masaalah
yang dihadapi setiap hari.
Guru oh guru, di mana-mana pun kalian mendidik, tetap ada cabarannya.
Kasihannya cikgu!
8 comments:
memang kasihan, sapa yang dah rasa, sendiri tahu macam mana, tapi itulah, bila ada masalah di sekolah, cikgu punca, bila pelajar berjaya, pelajar yang rajin berusaha, tp usaha cikgu yg bertungkus lumus buat kelas tambahan, tinggalkan anak2 di rumah, takde siapa pulak yang kisah.
apapun, jadi cikgu ni, pahit manis telan sendiri jer.. biar kita bekerja semata2 keranaNya
ade jugak guru yg tidak kasihankan dirinye sendiri....
assalamualaikum cikgu!
gitu le cikgu............
salam cikgu
selagi kita bernama pendidik, biarpun dimana kita ditempatkan....cabaran tetap ada. hatta ibubapa yang mendidik anak dirumah pun, tetap ada cabarannya tersendiri...moga pendidik dapat memperkemaskan langkah bagi menghadapi tiap liku cabaran yang mendatang...
Dahlia,
Tulah, ramai cikgu yg kata kerja cikgu tu memang susah, tapi tak ramai cikgu yang berhenti atau bertukar kerja lain.
Kerja cikgu ni memang ada istimewanya...
ybs,salam..
gitu la... tak lama tu.. nak pencen dah...
ustaz eds,
... hanya yg tahu sajaa...betapa nikmatnya menjadi guru....
amalhaj,
pekabo cikgu2 Perak?
Post a Comment