15.4.10

"HIDUNG" Bayerische Motoren Werke


Semua orang kenal. Ni kereta apa? Ye, betul, BMW!

Tengok gambar grill ni pun (tak payah tengok gambar kereta), orang tau, kereta BMW. Grill kembar bentuk 'spec mata' depan kereta BMW, dah diguna sejak kereta pertama sehingga sekarang walaupun bodynya dah banyak kali berubah.

BMW kekalkan "hidung"nya! Lonjong, kembang, pesek, mancung, leper...identiti 'hidungnya' tu tetap kekal.

Bagi saya, banyak maknanya tu... Pengekalan identiti, jatidiri, branding, keteguhan dan macam-macam lagi.

Kereta BMW gah bukan hanya kerana nama dan teknologinya. Pemikiran yang terkandung dalam penciptaannya. Pemikiran!.

Pengekalan Indenti/ jatidiri itu adalah pemikirannya.... Ada identiti yang dikekalkan, diselamatkan. Sampai bila-bila pun orang tau itu "rupa" BMW.

Apa identiti kereta Malaysia? 
Barangkali pada tayarnya!

2 comments:

Cikgu Chun said...

Tayar pun masih x ada identiti cikgu....sebab keta je tempatan, tapi pakai tayar Dunlop, Falcon, Silver stone, Michellin dll. Paling tidak pun pakai tayar sparuh bunga dari Singapore.

Puterizz said...

salam mantan,
ada identiti sendiri itu adalah lebih baik, namun apa yang penting keselesaan adalah keutamaan si pemakai, kalau dah berkenan tak kira bentuk "hidung" dah, tak ada identiti pun laris jugak...