Showing posts with label A.Wahab Taha: HIDUNG. Show all posts
Showing posts with label A.Wahab Taha: HIDUNG. Show all posts

15.4.10

"HIDUNG" Bayerische Motoren Werke


Semua orang kenal. Ni kereta apa? Ye, betul, BMW!

Tengok gambar grill ni pun (tak payah tengok gambar kereta), orang tau, kereta BMW. Grill kembar bentuk 'spec mata' depan kereta BMW, dah diguna sejak kereta pertama sehingga sekarang walaupun bodynya dah banyak kali berubah.

BMW kekalkan "hidung"nya! Lonjong, kembang, pesek, mancung, leper...identiti 'hidungnya' tu tetap kekal.

Bagi saya, banyak maknanya tu... Pengekalan identiti, jatidiri, branding, keteguhan dan macam-macam lagi.

Kereta BMW gah bukan hanya kerana nama dan teknologinya. Pemikiran yang terkandung dalam penciptaannya. Pemikiran!.

Pengekalan Indenti/ jatidiri itu adalah pemikirannya.... Ada identiti yang dikekalkan, diselamatkan. Sampai bila-bila pun orang tau itu "rupa" BMW.

Apa identiti kereta Malaysia? 
Barangkali pada tayarnya!