28.4.10

CROCS: 2 Entries: Serupa Tapi Tak Sama

(E1):
Zaman dulu orang berkaki ayam. Kemudian mereka pandai menggunakan alas kaki (terompah, selipar, capal, kasut, dll). Tujuannya untuk menjaga keselamatan kaki. Di tempat-tempat yang tidak mendatangkan bahaya kepada kaki, alas kaki tidak diperlukan. Sebab itu orang tidak berkasut di dalam rumah.

Kemudiannya, alas kaki bertukar fungsi  menjadi fesyen. Di manaa-mana pelbagai aneka alas kaki digunakan. Memang janggal sekali jika orang tidak memakai alas kaki. Nampak macam tak sempurna. Dan ada yang memakai kasut di dalam rumah. (Dalam tandas, lain cerita...).

(E2):
Hari Ahad ke Pasar Minggu. Dari jauh terlihat longgokan kasut. Beraneka warna. Bila dekat, wah, kasut CROCS! Ramai beli. Murah. RM 20. 

Tak ori?. Memang. Yang ori, tak kan RM20!. Paling murah pun RM 160. Nampak serupa, tapi tak sama.


26.4.10

Obey All Teachers' Instructions

Laporan akhbar: Di Perlis ada pelajar yang nak terjun bangunan (bunuh diri?). Dinyatakan puncannya kerana stres diejek oleh pelajar-pelajar lain.

Di sekolah, ejek mengejek sesama rakan sekolah, memang banyak berlaku. Entah mengapa. Barangkali penerepan nilai-nilai murni merentasi kurikulum tidak sepenuhnya berjaya. Atau budak-budak ni tak pandai berkomunikasi.

Bagai saya, ejek mengejek dalam kalangan budak-budak di sekolah boleh menimbulkan banyak masalah disiplin.

Sebab itu, dulu, di sekolah manapun saya jadi pengetua (SMKPD, SMKSP, SMKTG, SMKR), perkara ini tak terlepas daripada pengurusan saya. Di setiap sekolah itu, saya adakan kod etika sekolah untuk mudahkan urusan disiplin murid. Hal membanteras ejek mengejek dan buli membuli ni menjadi agenda penting.

Di sekolah saya syaratkan pelajar faham dan amal 5 kod etika tigkahlaku seperti berikut:

1. Obey All Teachers' Instructions.
2. Look After Our School.
3. Look After Yourself And Your Friends.
4. Keep Your Hands And Feet To Yourself.
5. No Teasing And No Name-calling.

(Saya suka ungkapkannya dalam Bahasa Inggeris - ada sebab / rasional di sebalik penggunaan Bahasa Inggeris itu).

Yang No. 5 tu ada kaitan dengan perbuatan ejek-mengejek.

Tak taulah sama ada etika ini terus digunapakai selepas saya tidak lagi berada di sekolah-sekolah berkenaan.

Barangkali ia tidak mendatangkan apa-apa faedah pun!


23.4.10

Kapal Menjala Udang Galah

Pagi tadi menonton tv. Dipaparkan rencana perihal kegiatan nelayan pesisiran pantai. Yang menarik perhatian ialah dialog dua orang pengacara. Antaranya:

Pengacara I:... mereka membuat sendiri peralatan menangkap ikan daripada bahan-bahan terbuang...

Pengacara II. ... saya ingat mereka tu menggunakan kapal  untuk menjala ikan ke...

Pengacara I .... tidak... mereka menyelam untuk menangkap ikan atau udang galah yang besar....

Saya tersenyum sambil meneliti dialog pengacara-pengacara yang cantik itu...


19.4.10

P94

Wah hebatnya P94! Banyak "happening"!

Undang-undang dan Peraturan Pilihan Raya

Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan tanpa masalah. Undang-undang dan peraturan tersebut ialah:-


  • Perlembagaan Persekutuan

  • Perlembagaan Negeri

  • Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19).

  • Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)

  • Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981

  • Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002


  • Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003
Semua undang-undang dan peraturan ini adalah berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

15.4.10

"HIDUNG" Bayerische Motoren Werke


Semua orang kenal. Ni kereta apa? Ye, betul, BMW!

Tengok gambar grill ni pun (tak payah tengok gambar kereta), orang tau, kereta BMW. Grill kembar bentuk 'spec mata' depan kereta BMW, dah diguna sejak kereta pertama sehingga sekarang walaupun bodynya dah banyak kali berubah.

BMW kekalkan "hidung"nya! Lonjong, kembang, pesek, mancung, leper...identiti 'hidungnya' tu tetap kekal.

Bagi saya, banyak maknanya tu... Pengekalan identiti, jatidiri, branding, keteguhan dan macam-macam lagi.

Kereta BMW gah bukan hanya kerana nama dan teknologinya. Pemikiran yang terkandung dalam penciptaannya. Pemikiran!.

Pengekalan Indenti/ jatidiri itu adalah pemikirannya.... Ada identiti yang dikekalkan, diselamatkan. Sampai bila-bila pun orang tau itu "rupa" BMW.

Apa identiti kereta Malaysia? 
Barangkali pada tayarnya!

12.4.10

Kasihannya Cikgu!


Ketika cerdik pandai pendidikan memperkatakan tentang cabaran-cabaran pelaksanaan pendidikan, para guru pula masih bergelumang dengan  pelbagai cabaran dalam kelangsungan hidup mereka  sebagai  guru.

Di mana-manapun,  guru mendepani pelbagai cabaran.  Baik di pedalaman, di bandar, di hulu, di muara, di gunung, di lembah, di daratan dan kepulauan kaum guru tetap berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Seringkali diperkatakan masalah dan cabaran yang dihadapi kaum guru di pedalaman. Infrastruktur dan kemuadhan asas yang sempurna sesungguhnya  menjadi dambaan. 

Kesukaran yang dihadapi untuk ke daerah pedalaman dengan persekitaran yang menuntut banyak kesabaran bukan sahaja memerlukan lebih  ketabahan malah seringkali mengorbankan banyak tenaga dan wang.
Menjadi guru di kawasan bandar juga, tidak kurang cabarannya.  Barangkalai “kelebihan” yang ada di bandar menjadikan guru sentiasa tercabar. Kepelbagaian suasana dan persekitaran serta hiruk-pikuk dan kesesakan menuntut pengorbanan masa dan tenaga yang bukan sedikit.
Para  intelek pendidikan seringkali memperkatakan tentang:  Pembelajaran Berterusan, Penggunaan Teknologi dan ICT, Pengurusan pendidikan, Pembentukan Jatidiri Pelajar dan Kualiti Guru.
Masyarakat umumnya seringkali  mengharapkan kejayaan anak-anak mereka  di samping mempersoalkan kewibawaan kaum guru.
Pada ketika yang sama kaum guru masih terus   berjuang  untuk menjadi guru yang sebaik-bainya sambil  terus bergelumang dengan cabaran dan masaalah yang dihadapi setiap hari.

Guru oh guru, di mana-mana pun kalian mendidik, tetap ada cabarannya.
Kasihannya cikgu!

9.4.10

CANTIK DAN PENDEK UMUR.

Ajal maut kekuasaan Tuhan. Itu semua orang tahu. Tapi bagaimana kalau orang sengaja menempah maut?

Sekarang ramai wanita ketagih merokok. Khabarnya mereka merokok kerana itulah salah satu cara  mengurangkan berat badan. Betulkah begitu.?

Mereka ingin lebih cantik, biarpun pendek umur!  Ni lah susahnya. Yang mendatangkan mudarat itulah yang digemari.

Cerita lainlah...Merokok ni, kata mereka, hak peribadi.....

6.4.10

Gawat Gejala Negatif

Sebagai seorang warganegara Malaysia, saya amat bimbang tentang kesan buruk akibat gejala-gejala negatif yang semakin gawat dan berleluasa berlaku di dalam negara dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

30.3.10

Hujan dan Warna-Warna Bosan



Hujan!

Hitam 
Bulat  kuning
Segi empat kuning

Services currently not available 

Astro... Astro...

Manusia dan teknologi tak mungkin sempurna...
Tips:
1 - Have your dish alignment and LNB (the receiver-amplifier in the centre of the dish) performance checked by an installer once every 2 - 5 years. Dishes do move away from optimum pointing after a few years of usage, and LNBs do degrade over time.

2 - Make sure the down-lead cable running between the ODU (Outdoor Unit) and DMT (Digital Multimedia Terminal) is the original Astro installed one - standard VHF /UHF antenna coaxial cable is not suitable - and is not kinked or significantly damaged.

3 - Try to keep this down lead as short as possible. Make sure the downlead oonnection on the DMT is still tightly in place and the cable securely clamped, especially if the DMT had been taken out for servicing since the first installation.

4 - Don’t try to split a single ODU feed between more than 2 DMT unless you use an 'active’ splitter that has an internal amplifier. Even this requires a qualified installer to achieve optimum results and the correct type of amplifier must be used

24.3.10

Sexual Turnoffs


Saya baru selesai membaca buku berjudul “ What Women Want Men To Know”.
Buku ini ditulis oleh seorang penulis wanita, Barbara Deangelis, Phd.
Buku setebal  483 muka surat ini memuatkan tajuk-tajuk seperti:
What Women Want To Know About  us, Love, Intimacy, Communication and Sex.
Saya petik satu tajuk kecil untuk tatapan kaum lelaki:  (Orang perempuan nak baca pun boleh):
Women’s Top Twenty Sexual Turnoffs:
1.      Men who are unfamiliar with a woman’s body.
2.      Men who mishandle a woman’s breast.
3.      Men who have no nipple etiquette.
4.      Men who have sloppy sex.
5.      Men who are bad kissers.
6.      Men who are too rough.
7.      Men with poor hygiene.
8.      Men who are obsessed with how a woman looks.
9.      Men who judge a woman by her orgasms.
10.  Men who are push about wanting oral sex.
11.  Men who are obsessed with their own sexual performance.
12.  Men who have sex with the tv on.
13.  Men who need to have sex when they’re drunk or high.
14.  Men who don’t take time to get a woman properly aroused.
15.  Men who check out emotionally right after having sex.
16.  Men with gross personal habits.
17.  Men who are obsessed with their own bodies.
18.  Women who don’t like giving a woman oral sex.
19.  Men who treat other people poorly.
20.  Men who don’t love us.

Saya percaya ramai lelaki yang tidak bersetuju dengan apa yang ditulis (sebahagiannya) oleh pengarang wanita ini….. Barangkali pengarang ini mempunyai perspektif yang berbeza tentang sex!. Bagaimanapun, ini pengetahuan juga….
Tajuk” Women’s Top Twenty Sexual Turn-Ons” ----  lain kali saja ye….

23.3.10

Sanggup Apa Saja

Ada orang sanggup lakukan apa saja untuk kepentingan diri, walaupun tindakannya itu akan menggadai maruah negara, bangsa dan agama...