25.11.10

Saya Tetap tidak suka padanya.

Walaupun agama melarang kira berburuk sangka sesama manusia,  namun sebagai manusia biasa, kita tidak mampu menyukai  semua orang. Kita ada sebab-sebab tertentu kenapa kita tidak menyukai sesaorang.

Saya juga demikian.  Sampai sekarang, sudah berpuluh-puluh tahun, ada sesaorang yang tiadk saya sukai. Saya bukan pendendam. Tapi saya memang tidak menyukai dia.

Puncanya begini:  Pada akhir tahun 1970-an dan pada awal tahun 1980-an,  saya menuntut di Universiti Malaya (UM). Di kampus UM disediakan beberapa mini podium dan sudut pidato. Sesiapa saja boleh berdiri di podium dan sudut pidato, pada bla-bila masa dan berpidato apa-apa topik yang disukai. Barangkali itu penerpan unsur kebebasan bersuara dan memupuk bakat diri..

Maka lahirlah  seorang pemidato yang seringkali mengambil peluang berpidato. Seringkalki dia dikelilingi pelajar yang gemar mendengar dia berpidato.

Saya sempat mengikut rakan-rang mendengar dia berpidato. Setelah beberapa kali mendengar pidatonyaq, saya hilang selera. Saya memberitahu   rakan-rakan bahawa saya semakin tidak berminat mendengar pidatonya. Rakan-rakan menyatakan bahawa saya cemburu kepada kebolehannya.  Saya tidak peduli. Hakikatnya, saya tidak boleh menerimanya sebagai seorang pemidato yang hebat.

Rakan-rakan saya tidak tahu apa yang ada dalam fikiran saya.  Bagi saya dia seorang pemidato yang oportunis dan mempunyai fikiran yang negatif. Isi pidatonya berunsur penentangan. Banyak yang ditentang. Tetapi isi pidatonya  dikaburi oleh gaya dia berpidato. Dia bijak memanipulasi bahasa. Dia pandai menggunakan body language. Dia berupaya menggoda. Dia mampu memperdaya.  Menggoda dan memperdaya itulah yang tidak saya sukai. Sehingga sekarang setelah berpuluh-puluh tahun hal itu berlalu, saya tetap tidak menyukainya. Demikiannlah tanggapan saya kepada dirinya. Dan saya tidak pernah memberitahu hal ini kepada sesiapa pun.

Dari ruang kampus dia berjaya menjaja pidatonya hingga ke dalam masyarakat. Malah pidatonya boleh pula  menjadi punca dan pencetus demonstrasi dan tunjuk perasaan. Dia berjaya membakar semangat pendengar dan penyokongnya. Beberapa tahun selepas itu, dia menjadi public figure yang seringkali mendapaat sanjungan. Saya tetap tidak menyukai  dia.

Anehnya dengan cara yang demikian, dia memang bejaya. Dia mempunyai begitu ramai penyokong. Khabarnya dia mempunyai karisma sebagai pemimpin. Dan aneh juga, semakin dia berjaya, semakin saya tidak menyukai dirinya. Namun dia terus berjaya apabila dia menceburi bidang politik. Malah dia adalah  ahli politik yang sangat pantas mencapai jawatan tinggi dalam politik negara. Entah kenapa, saya tetap tidak menyukai dia.

Namun, kata sesetengah orang,  semakin cepat naiknya,  maka semakin cepat jatuhnya. Demikianlah dia. Ramai yang terkejut dan tidk menduga. Dia tersungkurdalam persada politi yang dibinanya besama nafsu serakahnya. Namun ramai yang tidak percaya. Ramai yang tenggelam dan dikaburi oleh kebijaksanaanya memainkan peranan sebagai watak “wira” yang disanjung tinggi.

Ramai yang terpedaya. Ramai yang terpesona dengan gayanya.  Namun saya tetap tidak menyukai dia.

Sekarang dia masih tetap dia, tidak belajar daripada pengalaman pahit yang dilaluinya.  Ramai yang masih menggap dia wira. Bagi saya, dia tetap dia seperti berpuluh tahun yang lalu ketika saya melihat dia berpidato.

Hakikatnya  bagi saya, dia adalah petualang  yang mempunya nafsu serakah yang amat hebat.  Dia pendendam. Dia adalah wira yang kecundang yang masih mahu menegakkan benang yang basah, yang masih mahu melindungi  keserakahan beribadi di sebalik lalang sehelai, yang masih mahu menutupi bangkai dengan  nyiru sebesar genggaman tangan. Dia berpegang kepada prinsip : Biar putih tulang, jangan putih mata.  Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai  ke pangkal lengan, hatta menghancurleburkan negara sekalipun. 

Ah, ramainya penyanjung-penyanjung yang  terpedaya yang masih terus menyokong.

Jika  dia masih mampu memperdaya ramai orang sehingga dia mampu pula menjadi  ahli politik yang paling berkuasa,  maaf ya, saya tetap tidak menyukai dia.

2 comments:

Anonymous said...

ai pun x suka....

Anonymous said...

saya pun tak suka pemidato tersebut walaupun cuma pernah melihatnya melalui TV.