29.5.10

1) BATANG dan 2) SUBSIDI

Memang isu hangat dan berasap:

1) Rokok 14 batang. 
     Cadangan pemansuhan jualan rokok 14 batang ditangguhkan. 

2) Cadangan mengurangkan atau mengekalkan subsidi kerajaan sedang diuar-uarkan.

Setiap isu yang melibatkan perubahan pasti akan mengundang kontroversi, pro dan kontra.
 
Ada kecenderungan untuk mendapatkan "public opinion" sebelum membuat keputusan. Rasionalnya barangkali untuk mendapat konsensus majoriti. Atau satu cara penghalalan cara.

Keputusan mesti dibuat. Caranya mesti tepat. Dan keputusan mesti dipetahankan.





27.5.10

KAKI

Kalau dah kaki pancing...

26.5.10

TEACH

Sambil-sambil tengok video....

24.5.10

SMS : Apa tu?

1). Sy trm msj SMS dr anak sy. Sy kna tel tnya apa SMS itu. Kdg2 mmg tak fhm. Sgkt sngt.

2). Yg sllu dgnakn & klru:
4, cite, u, gak, fon, Y, leh, N, ngan, d, ari, jer, cam, coz, tq, lom

3). Klu dia gna mcm ini lbh fhm:
Utk, crt, awk, jg, tel, knp, &, dgn, blj, hr, shj, mcm, sbb, tk, blm

4). Lbh baik jk guna :
Untuk, cerita, awak, juga, telefon, kenapa, dan, belajar, hari, sahaja, macam, sebab, tidak, belum.

5). Kdg2 ada emotikon, yg sy tak fhm. Kalau dia gna Emotikon spt dibwh ini lebih mudah utk sy fhm.
:-)            - sedih
:-d           - ketawa
:-||         - marah
;-)           - bergurau atau kenyit mata
:-v           - menjerit
:-*           - ciuman
|-o          - menguap
:-o          - terkejut
:-q          - saya tidak faham
:-c          - amat sedih
:-&         - lidah kelu
:-x          - bibir terkunci
:-p          - mengejek
:’-(         - menangis
:-/          - ragu-ragu
:- |         - bosan atau tidak peduli
:-y          - komen sampingan

19.5.10

MUNTAH

Memang muntah saya dibuatnya. Laksam yang saya beli ada ''alien (makhluk asing)". Ketika sedang mengunyah laksam, terasa ada bahan yang liat, disangka ketulan ikan, rupa-rupanya secebis sepan pencuci pinggan (diperbuat drpd bahan fiber - bukan getah). Patutlah susah dikunyah.
Apa nak dikata. Kalau tahu, takkan dimakan.
      ................................................................................................. 

Laksam merupakan sejenis masakan  yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.

Resepi 
Ramuan
  Kuah
  1. 300 gm isi ikan
  2. 150 ml santan pekat (tambah air jika perlu)
  3. 4 ulas bawang merah (dikisar)
  4. 4 ulas bawang putih (dikisar)
  5. 1 batang serai (dikisar)
  6. Sedikit halia (dikisar)
  7. 2 kiub pati ayam
  8. Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun dan daun salam (dihiris)
  9. Sedikit lada hitam
 Laksam
  1. Minyak masak, garam & lada sulah 1 cawan tepung beras
  2. 1 cawan tepung ubi
  3. 2-3 cawan air
  4. sedikit garam
 Cara penyediaan
Tepung beras, tepung ubi, garam dan air dibancuh sehingga sebati. Gunakan tudung periuk sebagai loyang dan guna satu senduk adunan bagi setiap loyang. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan kepingan laksam dari loyang dan digulung. Ulang proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Matikan api dan ia sedia unduk dihidangkan.
  Cadangan Hidangan
Potong tepung laksam anggaran 1 sm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan kuah panas. Enak juga dimakan dengan sambal belacan.

17.5.10

INSENTIF UNTUK GURU

Tentu guru  sekalian berasa gembira apabila kerajaan mengumumkan pelbagai ganjaran untu guru. Jasa guru tetap dikenang.

13.5.10

YONGBO

Menjelang perlawanan separuh akhir  Badminton Piala Thomas 2010  - China menentang Malaysia, jurulatih China, Li Yongbo berkata:

"Keseluruhan pemain (persaorangan) Malaysia sudah tua, mereka terlalu mengharapkan Lee Chong Wei untuk memenangi semuanya.

"Pemain seperti Wong Chong Hann atau Hafiz tidak boleh lagi diharap, manakala pemain muda mereka pula tidak mencapai standard yang meyakinkan".

Apakah kata-kata ini sebagai satu "perang psikologi" atau juga satu provokasi. Atau memang benar kata-katanya itu?


12.5.10

CIKGU SITI NORANIZA

 Assalamualaikum Cikgu Siti Noraniza,

Menurut berita yang saya baca, suami Puan,  Koperal Jemain Subi  didakwa menembak arwah Adik Aminurasyid Amzah. 

Saya amat bersimpati. Namun, selagi mahkamah belum memutuskan hukuman, orang dituduh dijamin tidak bersalah.

Saya harap Cikgu Siti sentiasa bersabar dengan ujian Allah ini. Ketika kejadian itu, suami Puan sedang menjalankan tugasnya.

7.5.10

Orang Gigit Anjing



Tadi, di kedai buku, berjumpa teman lama. Bertanya khabar. Dan dia menyapa" banyaknya beli suratkhabar?"

"Tak banyak, 2 saja". Memang kebanyakan orang beli senaskah. Setiap hari, saya beli 2 pun rasa tak cukup. Kalau Hari Ahad, memang beli 3.

Yang seronoknya, berita/ atau rencana yang sama dihidangkan cara yang berbeza. Itu yang bestnya. Ketika membaca berita, yang saya lihat ialah KENAPA dan BAGAIMANA. Ini yang berbeza dipaparkan. Tentang APA, BILA, SIAPA, biasanya sama saja antara akhbar.

Kadang-kandang BAGAIMANA dan KENAPA sesuatu itu berlaku, sengaja disensasikan. Kalau tak sensasi mana ada nilai berita? Siapa nak baca. Ini komersil. Ini pertandingan.

Masa mula masuk kuliah Penulisan Kreatif & Deskriptif di UM dulu, teringat kata pensyarah.

"Anjing gigit orang, itu biasa. Bukan berita".
"Orang gigit anjing, itu luarbiasa. Itu berita".


3.5.10

Politik Kotor: Rasa Nak Tergelak.

Setiap hari ada berita politik dalam akhbar. Perang politik tak pernah berhenti. Pihak yang berperang ada hujah masing-masing. 

Saya tak berapa minat dengan politik kepartian ni. Saya dah undi pilih wakil. Biarlah wakil yang saya pilih ni main peranaan. 

Ada kawan-kawan saya yang "main politik" sepanjang masa. Ada yang sampai abaikan tanggungjawab yang lain. Kadang-kadang mereka ni bukan pandai berpolitik pun. Hujah dan pendapat mereka macam budak-budak yang belum matang. 

(Lebih teruk apabila ada pemimpin poliktik yang menjadikan politik kelihatan "kotor"). 

Kadang-kadang rasa nak tergelak melihat gelagat mereka ni...

1.5.10

Xada

Hari ini Hari Pekerja.....  Cuti... dan nak tulis apa ye?.