28.6.08

SAMPUK, UNGGAS, CELUPAR, AMPU, BONGKAK

Kalau tidak berhadapan dengan masaalah murid, bukanlah guru namanya. Murid-murid kita, ada macam-macam ragam perangainya. Masaalah murid, masaalah guru juga. Proses pengajaran boleh terganggu. Guru hilang tumpuan. Rugi masa, habis tenaga. Perangai murid-perlu difahami. Kefahaman ini boleh membantu.

2. Kalau dibuat kajian ada berpuluh-puluh jenis perangai murid-murid. Macam-macam jenisnya. Ada yang rajin, Ada yang malas. Ada yang pintar. Ada yang bebal. Macam-macam perangainya. Pening juga guru dibuatnya.

3. Saya akan cuba jelaskan perangai murid-murid ini. Semoga dapat membantu guru.

4. Kelakuan Sang Unggas:
- Sentiasa cuba memuaskan keinginan yang sensasi dengan segera.
- Bercakap pada bila-bila masa apabila terasa ingin bercakap.
- Menyampuk / mengganggu
- Bersuara lantang.
- Makan dalam kelas. Kadang-kadang mengambil makanan orang lain.
- Mempamerkan perlakuan sexual kepada orang lain. Menyentuh, berpeluk
- Tidak mempedulikan nilai murni orang lain.
- Selalu menunjukkan kelakuan buruk apabila diperhatikan oleh orang lain.
- Sukar menerima teguran.
- Mengkritik rakan sekelas yang tidak berkelakuan seperti dirinya.
- Tidak berminat dalam aktiviti kurikulummaupun ko-kurikulum

5. Kelakuan Si Pengampu:

- Berhati-hati bertindak bagi mencapai hasrat diri sendiri.
- Memanipulasi orang lain dengan pujian bagi faedah diri sendiri.
- Memuji bagimana diri kita betul, bagus dan sempurna.
- Sukarela ingin membantu.
- Cuba membuat andaian tentang kehendak kita.
- Sukarela ingin membantu walaupun tidak diminta tolong dalamperkara-perkara yang kita sukai.
- Meletakkan keutamaan hubungannya dengan guru berbanding hubungannya dengan rakan-rakan.
- Seringkali memberi pujian yang keterlaluan..

6. Kelakuan Si Bongkak :.

- Umumnya seorang pelajar cerdik.

- Bangga diri.
- Mungkin cemerlang dalam sesuatu bidang, misalnya sukan, menimbulkan perasaan sombong.
-Seringkali tidak berdisiplin dan tidakmenghormati rakan sekelas, orang dewasa dan guru-guru.
- Biasanya berkelakuan buruk di rumah.
- Biasanya mempesoalkan keputusan, tidakan guru atau kerjarumah yang diberi.
- Selalu mengeluh, menganggap tindakan orang lain sebagai “bodoh”.
- Selalu bertanya “Kenapa” dengan sinis.
- Seringkali gagal menyiapkan tugasan atau mengingkari peraturan dan arahan bagi menyiapkan tugasan.
-Mempersoal kewibawaan dan pengetahuan guru, dan akan memberikan fakta dan buah fikiran dengan harapan dapat memperkecikan pengetahuan dan pemikiran guru.
- Tidak menyukai orang lain.
- Berlagak sombong dan memperkecilkan orang lain

7. Kelakuan Si Celupar:
- Suka memaksa dan mempunyai keinginan yang tidak terkawal untuk memburukkan orang lain.
- Suka mereka-reka cerita dan mengumpat
- Menyebarkan khabar angin dan secara tidak langsung menghina orang lain.
- Akan bercakap dengan sesiapa sahaj, pada bila-bila masa, berkenaan apa sahaja yang diketahuinya.
- Hanya memerlukan seorang pendengar.
- Akan mendedahkan rahasia seorang sahabat baik kepada orang yang tidak dikenali, asalkan sanggup mendengar.
- Mempunyai masaalah sosial disebabkan oleh tanggapan kendiri yang salah.
- Ingin mendapat perhatian dengan mendedahkan rahsia.
- Pernah mengalami ketakutan, rendahdiri, penolakan, yang membawa kepada perlakuan mengawal diri.
- Tidak kira apa yang dicakapkan, asalakan dapat memperkakatakan sesuatu kepada orang lain.

8. Kelakuan Si Sampuk

Menyampuk percakapan orang. Kelakuan kelihatan “berlebih-lebih”.

Memberi jawapan walaupun bukan dirinya yang ditanya. Menyamuk jawapan orang lain.
- Menyampuk percakan guru, ketika guru belum habis bercakap. - Memberi komen yang tidak relevan dengan tajuk ketika berbual.
- Mencari perhatian.
- Tidak menghiraukan kehendak/ keperuan orang lain.
- Tidak adil.
-Seringkali lambat menyiapkan tugasan. Bagaimanapun, suka berjanji dan kelihatan mempunyai niat yang baik. Tetapi, kurang menunaikan janji.

9. Banyak lagi yang akan saya tulis….perangai si pembuli, si pendesak, si badut, si pengadu, si pengacau dan banyak lagi…….


No comments: