7.7.08

BAGAIMANA ANWAR DIDAKWA MELIWAT


Exco Pemuda Umno, Datuk Idris Harun yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, berkata:
1) Golongan muda, terutama pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tidak harus terpengaruh dengan kelicikan DSAI.
2) DSAI licik mencipta isu untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap fakta bahawa dirinya didakwa meliwat.
3) DSAI sengaja memutarbelitkan pelbagai isu dan mempolitikkan masaalah peribadinya.
4) DSAI mahu mengalih tumpuan ramai terhadap laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan.
5) Rakyat harus membuat penilaian berdasarkan fakta, bukan isu. Faktanya: Anwar didakwa meliwat. Isunya: DSAI cuba mengalih tumpuan orang ramai mengenai masaalah peribadinya.
6) Kebanyakan blog hanya memperkatakan isu, bukan fakta.
7) Jangan mudah terpengaruh.
8) Perlu bersikap bijaksana untuk menilai sendiri.
9) Mengawal perasaan dan emosi.
10) Berpegang kepada fakta dan sejarah.
11) DSAI menjadi talibarut dan bersekongkol dengan Amerika Syarikat.
12) DSAI petualang bangsa sanggup menghuruhara negara untuk mencapai cita-citanya.

Datuk Idris Harun memberitahu demikian kepada Berita Harian ketika berada di Kucing kerana menghadiri Malam Rumpun Budaya UNIMAS.

5 comments:

AbnormalSuam said...

kupasan yang ringkas dan menarik... pun begitu, terus-terang saya katakan, saya tertarik dengan bahagian pertama posting dalam blog ini... daripada pendekatan pengajaran... sesuatu yang sepatutnya cikgu kembangkan sesuai dengan kebolehan cikgu. Susah nak dapat pengkhususan mengajar seperti itu....

Teruskan usaha cikgu... saya memang kaki ronda blog... yang mana saya rasa nak tempek comment, saya tempeklah... tapi tak banyaklah, sebab kebanyakan blog saya tengok macam ikut musim... kalau musim durian, bersepah-sepahlah durian di sana sini... kalau musim rambutan, bersepah-sepah juga rambutan sampai tengok kulit dah tahu isi...

mantan said...

sdr. abnormalsuam,
Tq kerana singgah di blog saya. Betul kata sdr. Sekarang macam musim durian. Banyak isu. Saya lebih suka mencari faktanya.

Apa pun isunya saya cuba mengaitkannya dengan pendidikan. Itulah dunia saya. Kalau boleh, buah durian yang banyak inipun nak saya kaitkan dengan pendidikan.

Saya telah singgah di blog sdr. Mencari Abah. Saya akan kembali ke blog saudara untuk membaca semuanya. Teruskan dengan catatan pengalaman yang baik itu. Tq

nurul said...

assalamualikum boss (ex boss) hehe

tahniah sbb bejaya ada blog yg menarik ni. sy plg suka cikgu menulis tntg isu pendidikan. sy anggap itu ilmu yg cikgu pusakakan pd guru generasi kini. cadangan sy cikgu mgkn blh gunakan kepakaran cikgu utk menarik kump sasaran br untuk menghayati isu pendidikan masakini iaitu golongan ibubapa. ketengahkan isu yg mampu menyedarkan mereka tntg pentingnya mereka turut terlibat dlm urusan pendidikan ank2 di sekolah. GOOD LUCK!!!!

mantan said...

Sdr Seman,
Terima kasih kerana singgah di blog saya. Setelah bersara barulah ada peluang untuk menulis. Cadangan sdr itu memang baik. InsyaAllah, akn saya cuba untuk melaksanakannya. KOmen sdr seman saya anggap satu motivasi yang memberi semangat untuk saya menulis. Terima kasih.

Anonymous said...

Quality articles is the main to interest the users
to go to see the site, that's what this website is providing.
Also visit my web blog - how to get rid of acne overbest way to get rid of acne overnight