21.7.08

BAGAIMANA MENGHUKUM MURID ?


Mengapa murid-murid dihukum di sekolah?(1
Apakah murid-murid perlu dirotan, ditampar, dicubit supaya mereka belajar?(2

Mungkinkah kerana guru kurang sabar dan mudah teransang rasa marah ketika mengendalikan muri-murid?(3

Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana kurang kawalan diri dan rasa marah yang tidak dapat dibendung.(4

Memang tidak dinafikan ada murid-murid yang nakal dan tidak bertanggungjawab. Sebahagiannya pula bukanlah pelajar yang nakal tetapi hanya lemah dalam pelajaran.(5

Terdapat murid-murid yang sememangnya tidak memahami betapa pentingnya pelajaran kepada diri mereka kerana latarbelakang kehidupan yang mundur.(6

Sekiranya guru-guru bersifst kasar dan tidak mempunyai rasa empati kepada murid-muridnya, lama kelamaan murid-murid mereka akan menjauhkan diri.(7

Apabila murid-murid sentiasa dihukum dan tidak dapat melahirkan rasa kecewa mereka, akhirnya mereka akan hilang hargadiri. Mereka akan menjadi manusia introvert (hanya memusatkan perhatian kepada diri sendiri sahaja).(8

Mereka akan terus hidup untuk menjadi manusia introvert dan mementingkan diri sendiri sahaja.(9

Sekolah yang sihat persekitarannya mempunyai guru-guru yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi. Guru-guru mempunyai sifat lebih simpati apabila mempunyai kematangan emosi.(10

Sebelum mengenakan sebarang hukuman kepada murid-murid, guru-guru mesti menyedari, memahami dan menilai tentang perasaan murid-murid mereka.(11

Guru-guru mestilah terlebih dahulu cuba memahami kualiti diri mereka sendiri dan murid-murid sebelum mengenakan hukuman kerana sebarang tindakan yang silap akan menjatuhkan harga diri murid-murid. Kesilapan ini sukar dipulihkan.(12

Berkomunikasilah bersama murid-murid dengan penuh kesabaran!(13

Cubalah memberi inspirasi dan motivasi kepada murid-murid. Tawanlah hati mereka dengan toleransi dan hukumlah mereka dengan cara yang berhemah.(14

Menghindari diri daripada mengenakan hukuman fizikal kepada murid-murid adalah pilihan terbaik buat guru.(15


“If you punish a child for being naughty, and reward him for being good, he will do right merely for the sake of the reward; and when he goes out into the world and finds that goodness is not always rewarded, nor wickedness always punished, he will grow into a man who only thinks about how he may get on in the world, and does right or wrong according as he finds either of advantage to himself”.



No comments: