Apa yang guru sebut dan (Apa yang guru maksudkan):
“Anak awak memang bijak mendapatkan maklumat daripada rakan-rakannya". (Dia didapati meniru ketika peperiksaan).{1
“Anak awak memang cergas dan bersmangat.” (Dia pelajar hyperaktif dan tidak boleh duduk diam). {2
“Anak awak mempunyai imaginasi yang mengkagumkan. Sangat berkebolehan menyusun fakta dengan cereka.” (Dia pelajar yang amat pandai bercakap bohong). {3
“Anak awak sentiasa tenang, menunjukkan dia seorang pelajar yang tidak kisah apa orang lain kata.” (Dia pelajar yang malas dan tidak peduli arahan guru supaya menyiapkan kerja rumah).{4
“Anak awak berbakat menjadi peguam.” (Dia sentiasa tidak bersetuju dengan tugasan yang diberikan oleh guru).{5
“Anak awak memang suka dengan cabaran daripada rakan sebayanya”. (Dia pembuli).{6
“Anak awak meminati alam sekitar dan sentiasa mengambil peluang meneroka persekitaran alam sekitar yang diminatinya”. (Dia didapati selalu ponteng sekolah dan suka bersantai di tepi pantai).{7
“Saya kagum kerana anak awak masih mengekalkan personaliti keanak-anakannya”. (Dia masih belum matang walaupun sudah berada di Tingkatan
“Anak awak sangat petah bercakap” (Dia sangat celupar).{9
“Anak awak suka berterusterang dan bersikap terbuka”. (Dia suka mencarut).{10
No comments:
Post a Comment