2.11.08

RINDU



Hampir sebulan tidak ketemu, alahai rindunya.

Namun selang 2 atau 3 hari, kedengeran juga suara manjanya melalui handphone. Bolehlah... pengubat rindu.

Sebentar tadi, suaranya dapat didengar. Tidak sangka dia yang menelefon. Nombornya lain.

Petah dia bercerita.

"Atuk, Ina ada phone . Mama beli. Nak tepon Atuk".

Cerita dia makan apa. Main apa. Cerita ada phone. Kawannya siapa. Mama bawa ke mana. Makan aiskrim. Papa baca cerita. Tengok TV (kartun). Pindah rumah. Bagi makan kucing... Hari ini mama dan papa tak work.
Macam-macam cerita kepada atuknya...


Cucu hanya seorang. Memang manja. Selalu telefon atuknya. Kadang-kadang guna telefon mamanya. Kadang-kadang papanya.

Ina, cucu saya baru berusia empat tahun. Anak-anak zaman sekarang, seusia itu sudah dibekalkan telefon.

Saya menelefon mamanya supaya Ina diajar menggunakan telefon ketika kecemasan. Biar dia faham kegunaan telefon sebenarnya.

1 comment:

sazili said...

Wah...Datuk Wahab dah rupanya, tak tahu saya !