7.11.08

SUDAH HAMPIR SIAP


Tumpang gembira bila lihat dewan besar SMK Rompin sudah hampir siap. Membinanya pun sudah makan masa setahun lebih.

Sebelum itu sudah tiga tahun menunggu selepas membuat permohonan. Jadinnya, hampir lima tahun barulah dapat gunakan dewan. Itu pun
belum tentu. Memang lambat. Tak tahu kenapa.

Harap-harap tidaklah akan tergendala. Adanya dewan besar di SMK Rompin itu, nanti akan banyak membantu proses pendidikan di sekolah itu.
Tegaknya dewan besar tersebut, kawasan sekitarnya kelihatan agak sempit. Tambahan pula pada masa yang sama, berhampirannya dibina juga sebuah blok tiga tingkat. Tidaklah menghairankan. Di mana-manapun, lebih-lebih lagi di bandar, ruang lapang sudah banyak yang hilang ditelan bangunan.

Teringat saya ketika pemeriksaan tapak di buat untuk "meletak" dewan itu. Pegawai JKR yang datang berbincang dengan saya "mengecek" untuk membangunkan dewan dan blok tiga tingkat di padang bola sekolah.
Apapun pandangan dan hujah pegawai JKR tersebut, padang bola dapat saya "selamatkan". Saya tetap dengan pandangan saya betapa padang bola itu "jangan disentuh".

Saya bukan pandai sangat tentang membina bangunan. Saya bukan engineer. Tetapi "mengecek" padang itu tampaknya macam "nak mudah" sahaja.
Saya masih ingat; entah betul, entah tidak saya katakan bahawa jika padang itu diambil, sampai bila-bila pun SMK akan kehilangan padang permainan. Untuk meyakinkan mereka, saya buat "lagak tahu" tentang membina bangunan di kawasan sekolah. (Padahal tak tau pun).

Saya katakan apabila membina bangunan dewan dan blok baru di kawasan yang saya pilih itu (bukan di padang bola), beberapa perkara saya sarankan..Kedudukan dewan dan bangunan itu nanti, jangan sampai masuk cahaya
matahari, nanti menganggu pelajar-pelajar. Oleh sebab Rompin letaknya di kawasan pantai, arah tiupan angin juga kena ambil kira. Seharusnya nanti, bila siap tidak ada gangguan persekitaran. (Saya cuma bercakap berdasarkan pengalaman menjadi guru). Saya tidak tahulah sama ada pegawai JKR itu menerima pandangan itu atau tidak. Mungkin itu sudah ada dalam perkiraannya.

Dia diam sahaja, barangkali tidak setuju, atau tidak mahu melayan "kebebalan saya".

Apapun, syukur
Alhamdulillah, dewan sudah hampir siap.


.

2 comments:

sazili said...

Tahniah cikgu,
Sebagai SMK tertua dalam daerah memang wajar SMKR mempunyai dewan. Dan usaha menyelamatkan padang memang usaha yang wajar kerana ruang-ruang lain masih ada.

waruna said...

sekolah saya pun mengalami masalah yang sama. Bangunan baru yang dijangka siap bulan julai yang lepas, sampai sekarang belum saip-siap.. LAMBAT. Padang sekolah turut TERKORBAN bila sebuah sekolah rendah dibina bersempadan dengan sekolah saya. Kini,padang yang sempit terpaksa dikongsi bersama sekolah rendah itu. Dewan sekolah juga masih belum ada walaupun telah berkali-kali dimohon. Sekolah hanya menggunakan dewan terbuka yang sempit dan serba kekurangan di bawah bangunan kelas.